THE HUSBAND & WIFE :)

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

30 December 2011

Sudah Minum Air Kelapak Dengan Asyiknya...

Penantian berakhir sudah...kejap sudah berlalu kini di kala 8 bulan kehamilan....air kelapak sudah boleh dinikmati....malah sangat la di galakkan....tu aku nak dengar tu...awal pregnancy jangan coba coba minum...kononnya dikhuatiri senang keguguran...tak tau la itu cakap cakap orang...aku tak berani nak konpom kan benda yang aku dengar dari mulut orang...tapi baiklah mencegah sebelum terkena....dah terjadi menyesal pulak...kes aku ni sama la macam nak makan doyan, nenas...awal pregnant kasi hold dulu yer...kandungan dah besar sikit kita balun...huhuhu...

Air kelapak ooo air kelapak...yer la mana leh tahan tengah panas buta...tiba lalu ternampak gerai ada jual air kelapa penghilang dahaga..pehh telan air liur je la aku....nak nak pulak ada air tebu, air kelapa...pehhh bikin panas...leleh air mata...tahan tekak.....nak minum di awal kehamilan memang kena tahan tahan la...tengok Encik Awak minum..pehhh tak sanggup nak pandang..takpe ku tahan kejap je...tunggu la dah masuk hujung pregnant...siap ko air kelapa...

Now dah 8 Bulan..yeay yeay...ini la masa membalas dendam kesumat...Doyan dah telan...Nenas pun boleh sudah...huhuhu...dan kini Air Kelapa la pulak sasaran....dah hujung ni makin di galak galak la orang sana sini..kononnya air ketuban akan bersih dan baby lahir pun bersih dari segi kulit, rambut lebat...pastu korek korek amik isi kelapa pehh sedap giler la..

Akibat sedap meratah isi kelapa ...Encik Awak telah mencari kan bini nya ketagih air kelapa muda...nah amik 2 biji terus buah kelapa di belinya....sakan terloncat la...suke suke....kasi tebuk dan minum dalam buah ...pehh rasa sangat pure...tak leh minum banyak sangat...sedut slow slow...pengsan nak habiskan...emak tak kasi letak ais lak..so redah la aku minum yang pure asli ni...sambil mengkorek isi dalam tu....pehh terbaekk...


2 biji buah kelapak....pehh pure asli la rasanya...tanpa pengawet campuran....pening nak bagi habis

Jangan tamak minum sebijik dulu...tebuk minum ngan straw ...sedut slow slow..isi dalam korek korek yer

minum dengan penuh perasaan ...kemaruk ke?? hehehe..tidak penuh keasyikan

muka tak boleh blah...macam nak kena bagi penampar jek...hihihi...konon la tu suka sangat air kelapa...nah hamekaw habiskan semua...

Eksyen lagi mentang mentang la dah boleh minum air kelapa kan...hahaha konon je ni pengsan weh nak habiskan air pure asli ni...pening kepala aku...minum sikit sikit...tak habis kan kena bahan satu umah lak...


5 KHASIAT AIR KELAPA MUDA BAGI IBU HAMIL (sumber google)

1. Elektrolit Alami

Air kelapa muda kaya dengan kandungan elektrolit, klorida, kalsium , potasium, magnesium, sodium, dan riboflavin. Sebagai isotonik semulajadi yang kaya mineral dan mempunyai elektrolit sama dengan elektrolit tubuh, air kelapa muda sangat bermanfaat untuk rehidrasi dan memulihkan stamina tubuh.
Ibu hamil memerlukan lebih banyak air berbanding orang lain. Dehidrasi semasa kehamilan boleh menyebabkan pelbagai komplikasi, termasuk sakit kepala, kejang , edema dan bahkan kontraksi yang boleh menyebabkan bersalin   prematur.

2. Diuretik Alami

Sebagai diuretik natural yang steril, air kelapa muda melancarkan air seni dan membantu membersihkan saluran kencing. Hal ini berkhasiat mengeluarkan bahan-bahan toksin dari tubuh dan mencegah jangkitan saluran kencing - yang juga cukup umum terjadi pada wanita hamil.

3. Antipenyakit

Air kelapa muda mengandungi asid lauric, asid yang membantu melawan penyakit. Asam lauric yang terkandung dalam air kelapa sama dengan yang terdapat di dalam air susu ibu dan mempunyai ciri-ciri antijamur, antibakteria dan antivirus sehingga menjaga kesihatan ibu dan bayi dari virus seperti herpes dan HIV, protozoa giardia lamblia dan bakteria klamidia dan heliokobater.

4. Membantu Pencernaan

Air kelapa juga dipercayai memperbaiki fungsi pencernaan. Selama kehamilan, plasenta menghasilkan hormon progesteron yang melambatkan kontraksi otot perut sehingga pencernaan pun melambat. Air kelapa boleh membantu meningkatkan kelajuan pencernaan.

5. Meningkatkan HDL

Air kelapa muda tidak mengandungi lemak dan kolesterol, bahkan menurut penyelidikan dapat meningkatkan kolesterol baik (HDL) di dalam badan.







Important : Declaration of images are the intellectual or personal property,image usage is strictly prohibited without the written consent of the blog owner,Failing which may result in possible legal action against the involved party using the image. MIMY HAMID

11 comments:

mrs_nazir (Maz) said...

pergh...memang sedap air kelapa nih, lgi kalau isi dlmnya lembut jer..sodap sgt..org kata dah ujung pregnant elok minum supaya kepala bb nti ble kuar tak berkerak..heheh

Liyana said...

kt kg byk kelapa muda.. yg ade mcm rase air gas tu... sedap giler kot! :D

org kate minyak kelapa dara pun elok kak utk org pregnant. sy amalkan jgk vco... org kate nt kulit baby bersih... nk tnye doc lupe lak, hihi

CidaZam said...

ko tak rasa ke baby ko active semacam lepas minum air kelapa? hahah time amani iman, dia macam malas nak gerak2. Minum air kelapa perhhh ak leh diam dia. Suke sangat aku time tu. Tapi betul beb, rambut baby, kulit akan cantik... heheh bangga makkkk! oh minum2 jugak, tapi elakkan minum kalau ko makan ubat... jauhkan!!! walaupun vitamin. Well nasihat org tua follow je la... janji kita tak la gigit jari.Aku nenes mmg tak berani walaupun baby dah besar tapi lepas pantang, aku jadi pantang tengok especially rojak buah and pajeri nenes... perhhh terbaik...

Aty Fared said...

perrgghh...time2 pasan ni meamng kalau dapat pekena air kelape memang besh ar... tak berani agi nak minum..tunggu ar waktu2 macam ko nanti aku belasah semua..:)

maisara my said...

salam...sedap kan ...sy awal1 pregnant aritu bantai jer air kelapa...sbb org kt yg tak elok tu air tebu....air kelapa paling best is "kelapa pandan"..isi die lembut....

amal said...

akhirnyaaa dah bleh minum ehehe.. mmg org kata kalo mnum air kelapa kulit baby bersih je nanti bila keluar.. lagi satu makan buah tembikai. sama jugak, baby insyaallah cantik rupa dan perangainya :)

Anis Azalea said...

sedap tu makan isi kelapa

Bitt (double IS) said...

yummmehhhhh memang terbaikkkkkk

Ann Ishak said...

ko jangan minum banyak pulak weh...takat sekali seminggu tu takpe lagi. no no no ice ye, pantang tuh

ratusiput said...

masa peknenkan adik mmg aku ske minum air kelapa.mmg byk kebaikan minum air kelapa ni kan.tp apa yg aku notice...kulit baby mmg bersih.tp adik dlm poses membesar ni...kulit dia sgt sensitif.gigit nyamuk pun berbekas lama...cam kalah camtu..

NeenaAnuar said...

aku memang penggemar tegar air kelapa!!! kat mana jerrk kalau nampak air kelapa mesti nak minum! huhuu...

Google