THE HUSBAND & WIFE :)

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

15 December 2011

Baru Ku Tau Novel Ombak Rindu dan Sambungannya ......

Ombak Rindu tak habis lagi ni....lalalalala....tapi bukan pasal filem ...tapi novel nya yang di adaptasi jadi filem ni karya Fauziah Ashari.....filem dan novel banyak beza....aku rasa novel berjela...filem amik plot pendek je jadi citer...ada lah watak dalam novel ni takde...tak kisah la janji jalan citer lebih kurang...buat orang terpukau ..aku ingat novel Ombak Rindu ada satu je tak de sambungan...oh rupanya aku ni ketinggalan zaman ....baru aku tau ada 2 novel sambungan dari Ombak Rindu...laaaaaaa tepuk dahi...itupun google internet baru tau...apasal aku tak tau eh....ooo sebab keluaran kedua dan ketiga bukan dari Alaf 21...tu pasal la....ni nak kena baca jugak ni...nak gak tau apa kesudahan konflik Haris dan Izzah....aku nak cari novel ni la... Keluaran dari Intens Idea/Media....sah sah la kot filem ada sambungan lagi ni...maybe part 2 , part 3...ada ke??? aku sokong patut ada...ala kalau dah 9 juta takkan tak nak sambung kot....citer box office ni...bukan senang citer melayu nak pecah panggung....meh tengok apa menarik novel novel sambungan ni...


Novel pertama
Sinopsis Novel Ombak Rindu ( Keluaran Alaf21 )

Izzah adalah seorang gadis yatim piatu yang kematian orang tua mereka akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, pak saudaranya, Taha mengambil tugas memelihara Izzah. Isteri Taha tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bencana dalam keluarga.

Pak cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual anak saudaranya itu kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak pak saudaranya walaupun hatinya tidak rela.

Di situlah dia telah berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz. Hariz telah membeli Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Di atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.

Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, iaitu model dan pelakon terkenal tanahair menggugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz. Dapatkah Izzah menerima Mila Amylia sebagai madunya? Bahagiakah rumah tangga yang dibina di atas kehadiran orang lain? Bagaimanakah tindakan Datuk Sufiah setelah mengetahui cerita sebenarnya?



 Novel Kedua
Sinopsis Novel Cinta … Tiada Akhirnya ( Keluaran Intens Idea/Media)

Kehidupan menjanjikan segalanya. Pahit, manis, suka dan duka. Satu perjalanan anugerah dari Maha Pencipta yang menjanjikan kematian dalam kembara kehidupan. Bagi kaki yang melangkah dan tangan yang menadah, terpulang pada insan itu sendiri mencorak hidupnya.

Inilah kisah …..Cinta … Tiada Akhirnya, menyelami Izzah yang setia, hampir sempurna, menyajikan cinta pada suaminya, Hariz yang masih mencari diri dan cinta sejati.

Disulami detik cemas yang pasti mengocak minda, mendebar jiwa, Cinta … Tiada Akhirnya, akan menyerapi kehidupan setiap pembaca.



Novel Ketiga
Sinopsis Novel Rindu Cintaku ( Keluaran Intens Idea/Media)

Izzah tercari-cari ketika dirinya hilang ingatan. Mimpi-mimpi ngeri tentang suaminya berkunjung datang dalam kotak minda menambah kekeliruan, menjadikan dia kedinginan dalam cinta Hariz yang sentiasa membara. Izzah pulih saat konflik memuncak dan dia tidak berdaya untuk menggalas beban yang membelenggu hati bila cinta suami ditagih insan lain walau maruah menjadi taruhan.

Haris yang keresahan terus dilanda tsunami permasalahan. Neraca karma beralun ganas melibas keegoannya. Hariz hilang punca, hilang kuasa dan hilang Izzah. Namun, membuang cintanya pada isteri tercinta tidak pernah wujud dihatinya walau dalam keterpaksaan.

Andainya mampu ditebus kesilapan, apakah harga yang perlu dilunaskan? Rumahtangga? Cinta yang tidak kesampaian? Kesetiaan? Maruah? atau… Nyawa?




SAPA ADA NOVEL NOVEL SAMBUNGAN NI??? PINJAM LEH...LALALALLA...





Important : Declaration of images are the intellectual or personal property,image usage is strictly prohibited without the written consent of the blog owner,Failing which may result in possible legal action against the involved party using the image. MIMY HAMID

23 comments:

Liyana said...

Ya allah ada novel sambungan ombak rindu ke?seriussss tak tau kak mimy...entry akak nih baru yg yana tau ada kesinambungan citer nih rupanya?sape ada?nak pinjammmmmmmmmmmmmm gakkkkkk! =D

NanieZara said...

nak baca gak...novel pertama dah bnyak kali khatam.

Kella said...

laa.. rupanya ya!

so sekarang ko dah jadi peminat tegar novel fauziah la nih... =)

NeenaAnuar said...

aku langsung tak baca satu novel pun tau.. now memang terasa-rasa cam nak baca gak novel dia secara detail! uhuhu...

mommychaa said...

tak baca novel lah kak..hiks...zaman mudo baca majalah ujang jer..kuikuikui

SUHAIDA said...

hehe..su xbace novel..sebab xde gmbr..hihi

Pepel BoNda AmaNi said...

ada sambungan ke?? baru ku tau....

wahida said...

aku mmg tau ada sambungan part 2 dan 3 ni...tapi tak berkesempatan baca lagi...
dulu baca yg Ombak Rindu je...

amal said...

saya ada cinta tiada akhirnya je :) tapi itupun dah tau kat mana. benci. ada orang amik pinjam tak pulangkan

Aty Fared said...

siyes..??!!! tak tau jugak pon novel ombak rindu ade sambungan..nak carikkkk..tak kire....

Qhaifa Nur said...

iye ke ada sambungan citer ni..
tak tau pulak....
kena carik ni..

wAhIdAjAnUdIn said...

kite ade yg n 3 je...yg no 2 tu xde...dh takder kat pasaran...huhu

Unknown said...

Salam...

yer...mmg btol novel nie ada smbungan...dah lama dah...
sy dah baca ketiga2nya...tp hmpir terlupa jln citernya...
nmpak gayanya nk kena baca lg skali la nie...

hai...xdpt la nk nolong...
novel 1st mmg ada beli...
but yg ke-2 & ke-3 xsilapnya sy pnjam di library jer...huhuhu

citer yg glamer camni & difilemkan...jgn risau diorg msti reprint blk ketiga2 novelnya...tungguuuuu....

Unknown said...

rajin ko baca novel...aduii aku ni kureng sikit...

Bitt (double IS) said...

alamak memang konpem tak sempat nak baca kalo ado...hehehhe

Anis Azalea said...

ler ada sambungan ker? aku baca yg 1st jek masa kat uni dulu. lepas tu dahhhhhhhh..ko ni sewa/pinjam dekat kedai buku jelah..hahaha..tapi aku dah tak minat dah baca novel2 melayu mcm ni. stereotype la

Ann Ishak said...

movie tak mau layan tapi buku, insyaAllah boleh di cari lagi. will be cari lepas nih tapi tak nak bagi mu pinjam lalalalala

Softtouch [Hanim] said...

yg pertana je sy pernah bc ynag lain xpernah bc..nak cr jgk..nak baca!

mrs kayrul said...

ada sambungan ke 3 ker...kayrul ada novel 1 dan 2 jer...nie kena gak cari no ke 3 nie

Aisyatul Nadia said...

alololo...nak kena kumpul ke3 3 novel tu..adoi ai..susah ni..

m2r said...

Kat KINOKUNIYA dah habis la yg 2 & 3. Kat Popular Bookstore xde jual plak. Kat mana lagi nak cari?

eny nurbaizura said...

sume novel nie dah baca beli masa study lg..ada smbangan yg ke 4 cuma msih x jmpe lg je..

Unknown said...

mak saya ade 2 ngan 3...tpi yg no 3 tu ada org pinjam x pulang :(

Google