THE HUSBAND & WIFE :)

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

11 October 2010

43 Pantang Larang Bakal Pengantin


p/s : Percaya atau tidak terpulanglah kepada anda. Namun setiap pantang larang orang dulu-dulu pastinya ada hikmah dan kebenarannya:


1.Jangan makan nasi dengan gulai berkuah beberapa bulan sebelum naik pelamin bagi mengelakkan perut buncit. - alamak aku kantoi la ...hahaha tu pasal bonbonchett
2.Elakkan makan ulam yang berbau busuk seperti petai dan jering.- nasib tak makan..amik bau aje dong
3.Elakkan minum air berkarbonat kerana ia mempunyai gula dan gas yang tinggi dan boleh menyebabkan kencing manis.- halamak set fastfood selalu bagi air ni..spoilt la
4.Kurangkan makan makanan yang manis kerana jika terkena kencing manis, lelaki tersebut menghadapi masalah berat ketika bersama. - opss haha nasib ko la encik awak...
5.Kawal makan iaitu sekali makan setiap hari (mengikut sesetengah adat) - tapi aku asik lapar jeee
6.Elakkan terlalu banyak makan makanan laut kerana ia mengandungi banyak toksid.- cannot hide sotong la..favvy
7.Amalkan makan telur ayam kampung 2 kali seminggu yang dicampur madu dan lada hitam yang ditumbuk untuk menambah tenaga.- terbaikk!! ni untuk encik awak ni
8.Bagi mereka yang banyak angin, minum air halia utk membuang angin.- angin sentap camner la pulak??
9.Elakkan minum air soya kerana ia sejuk dan tidak elok untuk alat kelamin.- omg..baru minum kelmarin
10.Elakkan minum minuman keras dan merokok.- no no  for us
11.Amalkan makan jamu supaya malam pengantin tidak mengecewakan. - jamu mak dara ok tak
12.Jangan makan sebebas-bebasnya kerana ketika ini sistem dalaman tidak stabil.- adehh ni nak kena pantau
13.Elakkan makan dan minum seperti sayur bersifat sejuk seperti kangkung, bayam, timun, jambu batu dan air kelapa agar muka nampak segar.- jambu batu u yang tak tahan
14.Jangan makan kepala ayam nanti mengantuk masa bersanding.- eeeeeeee geliii..benci mak
15.Jangan makan bersulam air kerana dikhuatiri menyebabkan perut menjadi buncit.- perli aku ni..
16.Jangan bercermin terutama selepas maghrib ke atas bagi mengelak diri dari perkara sihir.- elakkan cermin
17.Dilarang memandang cermin ketika disolek oleh juruandam kerana dikhuatiri hilang seri.- yessza
18.Dilarang membuang alis kerana perbuatan tersebut akan menghilangkan seri wajah buat pengantin lelaki.- tapiii errr
19.Elakkan terkena cahaya matahari kerana dikhuatiri hitam dan tidak berseri pada hari perkahwinan.
20. Jangan bercelak atau berlangir serta memotong rambut seminggu sebelum ijabkabul.- no mekap la pasni nk gi keje
21.Jangan cukur kening ditakuti akan menghilangkan seri muka.- mak andam nya keje
22. Jangan keluar dengan pasangan selama 40 hari sebelum diijabkabul untuk mengelakkan tohmahan masyarakat. Selain itu ia bertujuan untuk mengawal nafsu dan menimbulkan perasaan rindu dendam. Perasaan yang timbul akan membuatkan wajah pengantin lebih berseri.- boleh ke ni?? hehe
23. Elakkan keluar rumah tanpa tujuan kerana angan-angan yang tinggi menjelang perkahwinan dikhuatiri bakal pengantin mengalami kemalangan jika berada di luar.- harus ikut ni
24. Jangan bebas keluar ke mana-mana kerana takut di santau oleh mereka yang mempunyai niat yang tidak baik.- takutt
25. Jangan tidur di rumah orang kerana takut terkena ilmu yang tidak baik. Ia juga untuk menjaga nama baik keluarga.- baiklahh
26. Jangan terlalu terdedah kepada keluarga lelaki (simpan diri).- aku close in laws ni
27. Jangan berembun atau keluar malam bagi mengelakkan unsur jahat.- kannn
28. Elakkan mandi malam kerana tidak elok untuk sendi-sendi.-ok mandi petang
29. Jangan membuang air kecil dan air besar serentak di dalam air contohnya dalam sungai atau kolah kerana ia boleh melemahkan organ seks.-errr
30. Kaum lelaki elakkan memakai seluar dalam yg ketat pada waktu malam dan tidur meniarap kerana tidak bagus untuk organ seks kerana darah tidak mengalir.-takde kena mengena
31. Tiga bulan sebelum berkahwin, mula membuat urutan supaya pengantin mempunyai tenaga. - gi spa la next week
32. Jangan memuaskan nafsu dengan cara sendiri.- uiksss
33. Cukupkan waktu tidur tujuh hingga lapan jam sehari.  -terlebih cukup
34. Banyakkan baca surah-surah bagi mengelakkan gangguan syaitan. Sentiasa mengingati Allah.- Insya Allah
35. Belajar ilmu rumahtangga daripada orang yang berpengalaman dan sudah berkahwin tentang rahsia memikat isteri supaya rumahtangga aman dan damai.-tanya mak abah aku le
36. Sebelum menjadi pengantin, katil kelamin tidak boleh ditiduri oleh pengantin kerana tidak manis.-hari hari aku belasah tido ni
37. Bilik lelaki atau wanita jangan dikosongkan. Mesti ada orang atau ahli keluarga terdekat tidur di dalam bagi mengelak dari dikhianati orang lain.- hmm
38. Selepas nikah mesti ada peneman tidur sebelum bersama. Ia bertujuan untuk menghangatkan lagi kemesraan. - gitu pulakk
39. Jika telah nikah gantung tidak boleh bersama. - hamboii
40. Jangan buat kerja yang berat. Bila pengantin membuat kerja berat, dia akan berasa penat dan mudah mengalami gangguan emosi. - ok lah..rileks goyang kaki
41. Jaga pertuturan agar tidak menimbulkan rasa sakit hati.-jgn mencarut
42. Kedua pengantin dilarang bercakap ketika bersanding kerana kurang manis dipandang tetamu. - kena zip mulut ni
43. Lempar baju di atas bumbung rumah tanpa diketahui oleh orang lain bagi mengelakkan hujan turun ketika majlis berlangsung. - harusss










4 comments:

Nadine said...

hihi, ikut Mimy, jangan tak ikut. I dh melaluinya.. :)

Unknown said...

yg ke 43 tu x tahan tu dgr kak mimy..ehehe

Pepel BoNda AmaNi said...

pehhhhh mencabar gak tue nok...ada benda yang baik kita ikut apa salahnya nok...anyway gud luck...dun worie kawen adalah best...hahahaha :P

ratusiput said...

pergh tak byk plak pantang larang ek.jenuh nk folo sme...kalau aku nan ado...ehehe...

Google