THE HUSBAND & WIFE :)

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

11 July 2011

Amalan Doa dan Zikir Harian Ketika Mengandung...Insya Allah



Amalan Doa Ketika Mengandung...Insyaallah..  
(di kongsi bersama oleh http://ainorkayno.blogspot.com ...terima kasih awakkkk)

Ya Allah peliharalah anakku selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhan Mu, Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperut ku dengan rupa yang baik, dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu.

Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad SAW, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam".








Zikir Harian Ketika Mengandung 
(dikongsi bersama oleh princessfinaz...thanks sis)


1. “ Ya Tuhan kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat ( anak ) yang baik sempurna (tidak cacat ). Sesungguhnya Engkau sentiasa mendengar dan menerima rayuan dan doa hamba Mu”

2. “ Tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau ( Allah ), maha Suci Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku termasuk di kalangan orang-orang yang zalim.

3. “ Tuhanku berilah kepadaku ( seorang anak) dari anak-anak yang soleh”



Dan apabila saat hampir bersalin bacalah doa ini:

4. “ Allah telah mencukupi segala sesuatu bagiku dan sebaik-baik yang ku serah diri kepada Allah”

Untuk memudahkan bersalin digalakkan pula membaca ayat kursi,
Kemudian pula :


5. “ Bahawasanya Tuhanku, ialah Allah yang telah menjadikan langit dan bumi dan yang diantara keduanya di dalam enam hari kemudian Dia bersemayam atas Arasy. Dia memasukkan malam ke dalam sarang yang mencarinya dengan cepat.
Matahari, bulan dan bintang semuanya ditundukkan dengan perintah-Nya. Ketahui olehmu, Allah yang mempunyai pencipta dan suruhan. Maha Mulia Allah Tuhan semesta alam.

Seterusnya perbanyakkan membaca tasbih ini:

6. Maha Suci Allah

7. Aku Pohon ampun kepada Allah





 ayat bacaaan zikir tak leh copy paste lak..takpelah hayati maknanya..Insya Allah ..mudah mudahan..amin


6 comments:

cik xxx said...

mimy,

hai kak mimy.

winkwink

PinKy MoMMa said...

tenkiu share ni mimy..amalkan surah yusof pun bagus nok..nnt ank ko insyaAllah encem or sweet look hehhehe ;)

ratusiput said...

amin...kalau nk baby boy ade doa..kalau nk baby girl tak pasti lak ade ke takde doanya...kalau ko ade roger2 aku nok...kot2 aku nk buat gegirl ke lg satu last kopek.hehehe...

Mrs. Norrie said...

ader petua jugak nak baby boy atau girl melalui pemakanan kita sebelum capai usia 3 bulan...naktau??? email aku..heheheh!!! Insya Allah jika diizinkan...kita usaha, Allah yg tentukan...

Sharing is caring...

Just Call Me Bitt said...

amin ya rabbal al'amin

Softtouch [Hanim] said...

aminnnn semoga ibu n baby dlm keadaan selamat n diredhai ok....

Google