THE HUSBAND & WIFE :)

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

05 April 2012

Perkembangan Di 2 bulan

Kelmarin hari selasa aku masih cuti lagi sempat bawa Fayel pegi checkup bulanan nya...Fayel dah 2 bulan..maka nya kena datang untuk cucuk imunisasi lain pulak..macam biasa aku masih memilih checkup di Klinik Kerajaan (KK)...Klinik KK sekarang sistem dah baru ..masa menunggu pun tak lama...tarikh dan masa temujanji kita dah ditetapkan oleh Nurse yang sama setiap kali datang....kena pastikan datang tepat waktu...bagus gak eh...tak buang masa kepam tunggu....so nurse yang sama itu akan pantau anak kita sampai la setahun....benda ni jugak dipraktikkan pada checkup ibu mengandung.....kalau la benda ni implement masa aku pregnant hari tu kan bagus...aku tanya Nurse bila start sistem baru ni...katanya 1 February 2012 hari tu...ala terlepas sehari jek.....bagus bagus ada improvement sikit dah...

Aku jugak sebenarnya tak sabar nak tahu progress perkembangan ukuran kepala, berat badan nya...di usia 2 bulan..Fayel dah ada beberapa perkenbangan terbaru yang di lakukan..antaranya adalah seperti :-
- dah fokus pandang orang...
- dah pandai senyum ..orang tertentu je dia senyum...mahal senyum dia
- dah tumpu pada objek tertentu..
- dah cuba nak tegakkan kepala bila dukung
- dah bersuara aa ooo
- dah nyenyak tido malam
- dah minum susu 4 oz per session setiap 2-3 jam

Kali ini untuk 2 bulan ..jenis imunisasi nya adalah 5 dalam 1 yang meliputi 5 jenis sekali inject....DTAP/DT 1,Polio 1,Hib 1...sedikit info mengenai imunsasi :-source : http://herneenazir.com
Difteria – vaksin DT, vaksin DTP (kombinasi difteria, tetanus, pertussis)
Difteria adalah radang pada selaput hidung dan kerongkong yang disebabkan oleh toksin(racun) yang dihasilkan oleh bakteria Difteria. Kesannya adalah bengkak pada saluranpernafasan yang mengakibatkan saluran pernafasan tersumbat dan mungkinmenyebabkan kematian. Penyakit difteria boleh dirawat dengan antibiotik.Adalah penting untuk diberikan antitoksin dengan segera bagi mengelakkan kerosakanberkekalan pada jantung dan sistem saraf atau kematian. Hanya dengan pemberianimunisasi sahaja dapat melindungi anak anda daripada penyakit difteria.

Pertussis (Batuk Kokol) – vaksin DTP(kombinasi difteria, tetanus, pertussis)
 Batuk kokol adalah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh bakteria pertussis yangmenjangkiti kerongkong dan saluran pernafasan. Akibatnya adalah batuk yang teruk dankerap muntah dan keadaan ini mungkin berlarutan sehingga 3 bulan walaupun mendapatrawatan yang sempurna. Kematian akibat daripada penyakit ini kerap berlaku di kalanganbayi berumur di bawah 6 bulan. Komplikasi pertussis yang teruk adalah sawan tarik,pendarahan dalam mata, kerosakan atau radang paru-paru dan kerosakan atau radangselaput otak (meningitis).

Tetanus (Kancing Gigi) – vaksin DTP (kombinasi difteria, tetanus, pertussis),vaksin T
Spora tetanus didapati di dalam tanah. Penyakit tetanus boleh berlaku apabila terdapatluka yang tercemar dengan spora tetanus. Tetanus juga tersebar melalui penggunaangunting dan peralatan lain yang tercemar dengan spora tetanus. Hanya imunisasi bolehmencegah penyakit ini.

Polio (Poliomyelitis)- vaksin OPV (melalui mulut)
Polio disebabkan oleh virus Polio yang menyerang sistem saraf. Penyakit ini menularmelalui tangan, makanan dan air yang tercemar dengan najis dari orang yang dijangkitipenyakit polio. Jangkitan polio biasanya menyerang sistem saraf ke otot dan ini bolehmenyebabkan lumpuh. Kadangkala polio menyerang otot pernafasan yang menyebabkankesukaran bernafas dan ini boleh membawa kematian.

Penyakit Hib – vaksin Hib
Penyakit Hib disebabkan oleh bakteria Haemophilus influenzae type b. Di Malaysia 30% -50% kanak-kanak di bawah umur 5 tahun yang menghidap radang selaput otak(meningitis) adalah disebabkan penyakit Hib.Penyakit ini juga boleh mengakibat kanak-kanak menderita keracunan darah (septisemia),radang paru-paru (pneumonia), radang sendi (septic arthritis), radang epiglotis, bengkakpada saluran pernafasan yang mengakibatkan saluran pernafasan tersumbat dan bolehmenyebabkan kematian. Komplikasi lain seperti ketidakupayaan, pekak atau kerosakanotak yang kekal. Hampir 10% daripada kanak-kanak ini mati dan 30% lagi mengalamikecacatan otak yang kekal, buta, pekak, Cerebral Palsy dan masalah pembelajaran atautingkahlaku.Penyakit Hib dan Hepatitis B BUKANLAH satu penyakit yang sama. Vaksin pencegahHepatitis B adalah disebut vaksin Hepatitis B manakala vaksin penyakit Hib adalah disebutvaksin Hib.Penyakit Hib kerap berlaku di kalangan kanak-kanak di bawah umur 5 tahun. Risiko jangkitan adalah paling tinggi di kalangan kanak-kanak berumur di bawah 1 tahun.Penyakit ini jarang berlaku pada kanak-kanak berumur 5 tahun ke atas.Pergaulan rapat dengan kanak-kanak yang dijangkiti Hib meningkatkan risiko mendapatpenyakit Hib. Bakteria Hib disebarkan melalui titisan ketika bersin atau batuk oleh merekayang dijangkiti penyakit Hib. Penyakit ini juga boleh merebak melalui perkongsian barangpermainan yang dimasukkan ke dalam mulut.Walaupun bayi yang menyusu susu ibu sepenuhnya akan mendapat perlindungan daripadapenyakit Hib, imunisasi masih diperlukan untuk mendapatkan perlindungan yang maksima.


Hai saya dah umur 2 Bulan ..dagu dah ada double chin


Mari kita mula kan pemeriksaan dengan buka baju..mari bogel kan dia...hehehe

Nah mama ko pakai kan Jumpsuit kemain leceh nak buka baju...haiyooo lain kali Rompers aje senang

Sedia ditimbang kati...wah semangat angkat tangan nampaknya...yeahh naik 1kg..dah 5kg

Pakai pampers kita ukur panjang pulak...sampai 2 nurse kena pegang ..tak reti diam duk gerak

Ukur lilit kepala pulak...hahah apa lagii daa Fayel kata

Dan yang seterusnya...kasi cucuk la...Fayel ni mengada sikit...belum cucuk dah melalak...sorry eh mama nak tergelak pulak tengok peel Fayel bukan nangis...huhuhu



Summary Checkup 2 Bulan

Berat - 5 kg (naik 1kg )
Panjang  - 59 cm
Ukur Lilit Kepala - 38 cm
Tindakbalas - Aktif 
Imunisasi - 5 in 1 (DTAP/DT 1, Polio 1, Hib 1)






Important : Declaration of images are the intellectual or personal property,image usage is strictly prohibited without the written consent of the blog owner,Failing which may result in possible legal action against the involved party using the image. MIMY HAMID

17 comments:

Deqna said...

comel betul lah si fayel nie.... geram aku... nak baby boy pulak....hehehe

aTy _faRed~ said...

kejap jer ek dah 2 bulan..aku ni yang tak beranak2 lagi..huhu...pasal kat KK tu pon aku baru jer tau last week aku pergi..[lame tak pergi]..sekarng aku dah tak ley suke2 tukau2 appoinment..

Wanita Mutalib said...

hensem la fayel ni.....

Riri Yoorin said...

kak mimy.. first of all kita nk wish u all the best sgt.. kita follow kak mimy since kita kenal kat mimy kt secretary week @istana.. dari a-z kita follow..

n now bila tgk dh ada baby plak..memang hepi sangat dapat rasa kegembiraan kak mimy..

kita doakan semoga Allah SWT melindungi memelihara kak mimy sekeluarga hingga ke syurga.. amin..

azayani alim said...

kecik2 lagi dah hensem :)

SURIA AMANDA said...

alhamdulillah dah besar...cepat2 besar..boleh main2 ngan si kembar...

mamyharraz said...

dah semangat fayel yg hensem.
seronok baca perkembangan fayel dari hari kehari.

farahfatihah said...

inject yg ni demam kan huhuhu sedih kalau anak demam

Ina Khairina said...

fayel hensem dah nampak boolat,xlama lg cpt la dia bambam ni....dah bambam nti mesti la lg2 hensem

wahida said...

yg penting anak ko sgt hensem okeh...gerammmm!!

wah klinik kesihatan sekarang dah ada sistem baru la...bagus!!

-oP_ida- said...

ensem Boyy nih...

nida xg cucuk klinikgomen..so xtahu info bekenaaan ukuran lilit kepala zainabsafiyah, yg tahu berat badan jaa ..huhuhu

PUAN SUE said...

alhamdulillah..syukur dah besar ank anty ni

PinKy MoMMa said...

double chin tu la shomel shomel hehehe..sihat membesar bagai juara fayel ensem ;)

POSH76 said...

Datang tengok fayel...makin cumil!!!!!

Liyana said...

hensem dh fayel ni, makin bulat dgn double chin nye.. hehe baru nk cop menantu, haha

Pepel BoNda AmaNi said...

fayel bolatttt.....double chin mahal hoke..senyuman mahal cam kanda amani la nie...

Shu Shinju said...

hensem boy !!

Google