THE HUSBAND & WIFE :)

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

17 August 2011

Saya Seorang Pesakit....... Part 2 (Operation dan Kehidupan)

Masuk bab operation pulak...akhirnya setelah postponed...aku kena buat jugak operation di bahagian kelenjar dada...pembedahan di lakukan di IJN...time tu ramai ingat aku sakit jantung...hehehe...bukan susah aku nak explain apa sebenarnya operation tu....aku budak budak lagi time tu tak pot sangat....merasa lah aku masuk IJN tahun 1997..sebulan aku cuti dari sekolah...merasa aku masuk ICU...IJN nya layanan tip top bebeh...makan sedap....kira family aku berkampung la kat IJN tu...aku pun dah hafal kedai bawah kat IJN tu...sebab time tu aku budak lagi...asik la merayau ke wad lain..perasaan masuk bilik bedah pun aku dah rasa..memula aku kena inject bius...meronta gak aku sebab sakit woooooo.....teringat aku time tu Mak Abah ada disisi tengah menangis masa tolak aku nak masuk bilik bedah...pastu aku dengar sayup je Mak Abah cakap baca Kalimah Syahadah...lepas tu terus aku tak ingat apa...


bekas operate panjang sampai ke tengah atau kawan kawan bagi gelaran "lipan bara"..pehhhh...aku dulu orang tanya suka jawab..ini tanda nak tau isi hati dalam...maka operate la dada tengok apa isi dalam..baru tau ada cinta ke tak...ngeh ngeh...


Dan aku tersedar..selepas 2 jam...aku dah ada kat ICU..ngan dada dah terbelah operation...kanan ada darah besar tong nya...takut tengok ..color tu macam pink sirap lak...kencing berak pun pakai salur...mulut kena oksigen...air kena drip...nak bangun rasa sakit kat dada.....terasa sakit teruknya aku time tu....aku duk ICU semalaman sebab kena tengok kadar denyutan jantung kembali normal...disebabkan aku takde masalah pernafasan....(selalunya penyakit ini eefect pernafasan...tapi aku takde...) ..Alhamdulillah selepas itu aku sudah kembali ke wad biasa...kesan sakit dada terbatuk masih ada...aku pun dijaga oleh mak aku macam orang ber pantang jugak...


Selepas itu life aku as usual macam biasa....macam orang lain normal ...bebas bergerak aktif aktiviti seharian cuma beza hidup diteruskan dengan ubat...cuma kali ni kena makan satu jenis je...tak perlu makan sebeban ubat banyak...dan bebas dari steroid yang menyebabkan aku kegemukan..dan susah nak turun sampai la sekarang semakin di pam pam macam belon :))...aku perlu makan ubat seumur hidup sampai bila bila pun.....kira umpama ubat itu bateri la buat aku...hidup aku memang bergantung dengan ubat ini...MESTINON....tapi aku tak kisah dah biasa....aku dikelilingi orang sekeliling yang memahami. keluarga, husben dan member terapat...bila rasa lemah semacam ada yang concern.."ko dah makan ubat lum ni"..walau ada tu tak tau sakit apa tapi diorang tau aku ni makan ubat setiap masa....so inilah hidup aku yang sebenarnya...setiap 5 jam aku makan...rutin aku so memang tak lupa...ubat ini penting buat aku...biar takde duit dlm handbag janji ada ubat dalam handbag :))...


Kalau orang tanya ko sakit apa ...aku susah nak bgtau..sebab kalau sakit jantung kita tau sakit nya kat jantung...sebab tu kalau orang tanya aku cakap..sakit dalaman....hihi...bukan nak elak or sorok tapi kalau aku explain orang tak paham...so baik aku gelak gelak je...life aku normal maca orang lain...boleh berjalan..boleh bergerak...cuma orang tak tau semua itu bergantungan ngan ubat seumur hidup MESTINON...takde mestinon tak tau la apa jadi ngan aku....wallahualam...aku terima ngan redha didiagnosis penyakit ini..tak pernah rasa mengeluh atau rasa mengapa aku....sakit itu penghapus dosa..prinsip aku...jangan jadi kan alasan sakit untuk tidak teruskan hidup...dan setelah 15 tahun...aku masih berpenyakit ini...tak kisah...alah bisa tegal biasa.


peh gonjeng nya aku...leher tinggi menegak...sekarang leher pun tak nampak..ini lepas operate...terus berposing sakan...badan dah agak mengepam sikit tang tetep...hehehe....aku rindu badan size gini....lupakan saja yer skrang ...

 Bila dah besar sikit...i means dah matured sikit...aku sikit demi sedikit cuba untuk mengenali apa sebenar penyakit aku...aku tak nak jadi bodoh ngan tak tau apa penyakit sendiri...aku cuba mengoogle mencari ..tanya doktor detail...apa, mengapa, kenapa ...akhirnya aku temui jawapan...aku penghidap MYASTENIA GRAVIS...ada yang pernah dengar..ada yang tak pernah...penyakit ni orang Amerika ramai la kena siap ada foundation ...kat Malaysia tak ramai...mengapa ek...pelik kan....ntah le doktor takde jawapan...ke aku spesis Amerika ni...huuhuh....penyakit ini berkaitan ngan otot yang lemah...so aktiviti aku terhad...boleh diibaratkan...mangga yang hendak dibuka dengan beribu kunci...dan hanya satu kunci berjaya...dan bagi pesakit macam aku hanya ubat Mestinon berjaya membuat otot kembali bertenaga dan kekal aktif....dan pembedahan yang aku jalankan tahun 1997 itu adalah pembedahan thymectomy iaitu kelenjar timus ada kena mengena dengan transmisi saraf untuk menggerakkan tangan dan kaki....begitulah ceritanya....cuma bila di sahkan hamil aku anggap satu anugerah dari Allah bagi hambaNYA yang diduga berpenyakit...next citer bab kaitan hamil dan MG..


 wah habis gambo ku kurus murus nak tayang kan...hihihih...sesekali pamer gambo lama..kan time ni aku dah besor remaja habis...gedik gatal pun dah ada time ni...maklum la dah 22 tahun...baru keje lak tu...pehhhh body oh body kenapa sekarang mengepam pam ...EA tengok gambar ni dia kata aku tak lawa...sekarang lawa sikit....ceh...saja la tu tergugat kan...huhuhuh




_____________________________________________________________________


APA ITU MYASTHENIA GRAVIS (MG)


Myasthenia Gravis yang lazim dialami wanita lingkungan 20- 40 tahun
  • PENYAKIT Myasthenia Gravis (MG) mungkin asing bagi kita yang sebaliknya lebih biasa melihat kesannya dalam bentuk masalah otot lemah, sebelah mata layu dan hampir tertutup serta kesukaran bernafas. 
  • Hakikatnya, MG adalah sejenis penyakit yang menyebabkan otot menjadi lemah. Malah mengikut statistik antarabangsa, pada bila-bila masa saja, satu bagi setiap 20,000 orang, boleh mengalami MG. 
  • Bagaimanapun ia bukanlah penyakit keturunan dan boleh dirawat secara berkesan untuk membantu pesakit menikmati kehidupan yang berkualiti dan normal jika mereka peka dengan kehadiran tanda-tanda atau simptomnya. Ini seperti kesukaran bercakap, payah menelan makanan, sebelah mata layu dan penglihatan terjejas. 
  • Tidak kurang juga yang berdepan masalah seperti kesukaran bertutur atau sengau serta otot leher lemah yang menyebabkan bahagian tengkuk itu menjadi lemah. Apa yang membahayakan, jika dibiarkan tanpa rawatan, pernafasan boleh terhenti terus dan membawa maut. 
  • Namun, perlu diingat, tanda-tanda penyakit MG berbeza mengikut pesakit. Tetapi biasanya ia bermula apabila otot-otot menjadi lemah. Semakin kerap otot itu digunakan, pesakit terasa semakin lemah dan masalah ini boleh dikurangkan dengan merehatkan otot berkenaan. Andai dibiarkan, gejala ini boleh menjadi lebih teruk. 
  • Penyakit autoimun yang mana sistem imun tubuh yang sepatutnya berfungsi melawan jangkitan dan bendasing, mengenal pasti reseptor ototnya sendiri (receptor acetylcholine) sebagai bahan asing dan menyerangnya dengan mengeluarkan antibodi.Antibodi yang selalu dikaitkan dengan MG adalah antibodi reseptor acetylcholine yang kebanyakannya dihasilkan dalam kelenjar timus yang terletak di bawah tulang dada (sternum).
  •  Kelenjar timus ada kena mengena dengan transmisi saraf untuk menggerakkan tangan dan kaki. Ketika bayi, kelenjar timus menghasilkan antibodi. Kelenjar ini bagaimanapun semakin kecil apabila bayi membesar. Atas alasan ini, kebanyakan pesakit MG pada tahap tertentu boleh pulih selepas membuang kelenjar timus 
  • Begitupun sehingga kini pakar perubatan masih belum faham mengapa antibodi ini bertindak sedemikian. 
  • kumpulan otot yang terjejas oleh MG adalah seperti otot mata (kelopak mata layu (ptosis), penglihatan menjadi kabur atau berganda apabila otot yang berkaitan dengan pergerakan mata terjejas); otot di muka leher dan tekak (susah menelan, susah bercakap dan leher lemah). 
  • Otot lain termasuk otot di lengan (susah mengangkat lengan melebihi paras kepala); otot paha (susah bangkit dari duduk, susah menaiki tangga); kelemahan otot dada (sesak nafas apabila menggunakan banyak tenaga dan rasa mengah apabila berbaring terlentang. 
  • Kelemahan yang menyerang setiap penyakit adalah berbeza dan sesetengah pesakit mendapati hanya otot mata mereka yang terjejas sementara otot anggota lain kekal normal,” katanya. 
  • Ujian yang boleh dilakukan untuk mengenalpasti penyakit ini adalah ujian darah untuk mengesan antibodi terhadap reseptor acetylcholine, ujian elektrodiagnostik, imbasan dada untuk melihat kelenjar timus dan ujian pernafasan bagi pesakit yang mengalami lemah otot pernafasan. 
  • Jenis rawatan yang diberikan pula bergantung kepada sifat dan tahap penyakit antaranya Perubatan Anticholinesterase, steroid dan immunosuppressant 
  • Bagi sesetengah kes yang serius, pesakit perlu dimasukkan ke hospital kerana otot perlu dikuatkan serta merta. Pesakit begini perlu menjalani terapi pertukaran plasma (dengan mengeluarkan antibodi tidak normal daripada aliran darah) atau rawatan immunoglobulin. 
  • Apa yang menarik, menerusi rawatan yang betul, pesakit MG boleh menjalani kehidupan yang normal dengan syarat mereka perlu mendapatkan rawatan sebelum dirujuk kepada pakar saraf. 
  • Fakta: Simptom MG
  1.  Otot lemah 
  2. Sukar bercakap 
  3. Payah menelan 
  4. Sebelah mata layu 
  5. Sukar mengangkat lengan 
  6. Sukar bangun, menaiki tangga 
  7. Sesak nafas
**APA SAJA YANG HARUS DILAKUKAN UNTUK MENCEGAH MYASTHENIA GRAVIS?


Sebenarnya penyakit ini tidak dapat dicegah secara langsung, namun dapat dihindari dengan cara:
  • mengurangi stress emosional
  • menghindari paparan langsung suhu ekstrim
  • menghindari demam dan penyakit lain seperti infeksi pernafasan, pneumonia, abses gigi.
  • dan jangan bekerja terlalu keras



ini lah Mestinon ..umpama bateri , nyawa dalam kehidupan aku...tanpa nya tak tau nak cakap apa...EA panggil kacang kudapan ...hehehe




PART 3 NANTI AKU BONGKAR KAITAN PENYAKIT INI DENGAN KEHAMILAN... ...JENG JENG...ADA KEMUSYKILAN NAK TANYA SILA SILA...TAK KISAH NYA OKEY JE





Important :Declaration of images are the intellectual or personal property,image usage is strictly prohibited without the written consent of the blog owner,Failing which may result in possible legal action against the involved party using the image.MIMY HAMID

28 comments:

mamyharraz said...

mcm-mcm penyakit ni kan..syukur mimy ok selepas pembedahan tu..walau hidup bergantung dgn ubat..pun tak apalah janji mimy dpt jalani kehidupan dgn selesa :)

zaman kurus memang cung lah ;) tp skrg pun cung :D

ana liyana said...

15 tahun bergantung dgn ubat.. masyallah...
ana baru kena makan ubat 2x sehari skung dah 6 bulan. setiap kali follow up mesti ana ckp kat doktor ana nak benti mkn ubat.
doktor ckp x bley, nnti effect lgi teruk. ana ada young-hypertention (darah tinggi).
6 bulan dah rasa seksa, inikan 15tahun.
ana respek akak. semoga akak & baby sehat..

NeenaAnuar said...

alhamdulillahh.. ko dah jalani pembedahan dan menjalani kehidupan dengan baik sekarang nie.. aku doakan semoga ko sentiasa dirahmati olehNYA.. ubat jgn lupa makan taw! :)

pearlsweets said...

siyus beb..
tul apa ckp hb ko..
ko lagi cun skrg daa...
biasa ar.. dewasa kan...

Mag said...

ouhhh..xpernah jumpa orang ade penyakit ni.xpelah mimi bergantung ngan ubat pon, yang penting boleh hidup macam orang2 lain=)

Unknown said...

1st tima tau pasal penyakit ni...tapi aku respekla ko mmg tabah...cool ajer...

farahfatihah said...

ooo cam tu...so jaga diri bebaik jgn lupa mkn ubat..jaga baby jugak yer..i doakan semoga semuanya dipermudahkan utk u lagi2 sepanjang kehamilan ni

Softtouch [Hanim] said...

betul mimy, skrg lg cntik tau..

ubat tu sekali mkn bape bijik?mas apeknen boleh mkn ke ubat tu?

take care tau..jgn lupe mkn ubat!

Mrs. Norrie said...

ramai gak buat operation tymectory nih sekarang....

Aku dpt trace medical record ko kat IJN...MRN 086432...hehhehehehe!!!

Tapi all detail in private sebab ko under parent govt staff.....

daela said...

Aduh nok...meremang mak baca nok...

cik xxx said...

mimy,

kawan sekolah aku dulu ada penyakit ni. penah skali dlm kelas dia duduk tapi kepala dia terkulai ke bawah.kadang sesak nafas, kadang mata kelabu. Bila time dia semput aku hulur inhaler. tapi takmo lak dia. heh!

time kepala terkulai tu, nasib aku nampak dok sebelah dia. So aku ada pengalaman dukong dia masuk keta cikgu.dia saiz kecik.

Sampai la ni dia pun makan ubt mcm ko. tapi aku tak pasti dia penah operate ke tidak.

ko cite2 sume ni ada yang aku paham..kawan aku penah cite lar masa sek2 dulu. :)

chill babe..

(gmbr kurus ko cun ah..klu aku laki lama dah kot ngurat ko..) huhu

Bitt (double IS) said...

BIL saya pernah kena...tapi tu la disebabkan dia tak de kat sini saya pon tak google penyakit ni boleh bawa maut...hope org2 disekeliling saya selamat dan diberi kesihatan yg baik...

baru ku tahu kenapa....mcm saya tak kesah kawan yg bersaiz mcm mana pon janji dia ikhlas kawan dgn saya dan saya pon ikhlas kawan dgn dia...

mimy thanks sudi share ;)

InaAchik said...

baru kini ku tahu kewujudan penyakit ni. tp alhamdulillah la, ko boleh survive even bergantung ngan ubatan. hope ko terus sihat...

apdm said...

salam

semoga sihat hendaknya...

jaga diri elok2.

adeeb said...

limy... vamtu kisah yer.. patut laa masa from 5 dulu kau byk kali x dtg... tak pe la limy... janji kau happy sokmo....

Pepel BoNda AmaNi said...

pehhhh scary aku baca..macam2 jenis penyakit ada kan sebenarnya...alhamdulilah...ko dapat survive walaupun terpaksa makan ubat hari2 nok...take care taw...

mrs_nazir (Maz) said...

sis, nampak ceria, rupanya ade penyakit yg tak disangka...pepun smg sis n bb sentiasa sihat kay.... amin.. =)

PinKy MoMMa said...

ya allah..aku sebak membacanyer nok..
sabar ye..ubat jgn skip makan!

body camner pun janji ko vouge nyah..

shuhadah Zainol said...

oooo..gitu citenya...sebab tu aritu tgk pic akak kat langkawi nampak parut tu kat dada..:)

alhamdulillah...akak dah buat pembedahan tu & akak boleh jalani kehidupan seperti biasa...

jgn lupa makan ubat tau..

shu doakan akak terus sihat sentiasa...:)

Liyana said...

kesian kak mimy.. lg teruk penyakit akak klu nk dibandingkan dgn ciken pox sy ni haa.. hihi

jage diri kak, jgn lupe mkn ubat k :)

mekchu said...

kalo ko tak bg tau, konpem aku tatau.. tabahnya ko nok.. aku 2 round baca tau.. siap sambung lepas keluar dari bilik boss tadi..

tiba2 aku nak kaitkan ko dgn cerita kat dlm tibi.. yg gigil2 tangan carik ubat dlm henbeg dan telan.. kalo cam tu nok, siapkan byk2 stok ubat tu.. ish, risau lak aku kalo ubat tu habis..

Puan Eka said...

Oo camni citenyer. Akak tetapi cantik. Suka tengok. Skang lagi cantik. Manis je. Konfiden tinggi.

Jangan lupa makan ubat yer

nola said...

Dear Mimy,
I was in your shoes too when i was in form 4. I fell down from stairs, dropping eyelids and teachers were confused n believed that i took drugs for my exam. I totally innoncent at that time. All i know is, i must see the doc. Starting from the eyes specialists to neurologists in Husm. People kept staring at my eyes and both kept switching all the time. For sure, i was quite lucky and did not belong to the operation theater. Anyhow, you are such a tough gal, still with the smiling face in those cute pics. From; noorzila09@gmail.com / fb: noor zila hassan

Unknown said...

assalam.. akak..mestinon ni boleh menaikkan berat badan tak? sy ta pernah komen kat blog, jd xtau cmne akk akn reply soalan sy.. hehe..
tapi mata saya main teruk..sy xpernah g hosp lagi...

CkYnHaShiM said...

tc limy...aku pun survive penyakit cam ko..tp bkn same jenis penyakit..penyakit aku RTA..kn makan ubat seumur hidup gak..tp aku baru g kena..baru 4 taun...moga ko terus kuat yek limy...

Unknown said...

Penyakit kita sama tapi beza kisahnye...sy jgk pengidap myasthenia gravis tapi sy lmbt p hospital.tiba tiba sy kena strok dimuka sebelah kiri...sy x tahu apa nk buat.p hospital diorg x tau pnyakit apa...drh tinggi x
ada..mcm mana leh kena strok.ubt x ada...apa yg pihak hospital mengesyorkn buat rawatan fisiotrapi. .masa tu umur sy d
lm 21thn.sebelum tu sy ada sintom sintom mudah letih dan rasa mcm ada sesuatu di tekak sy rasa mcm tercekik.masa tu sy
masih x p buat rawatan.setelah 4thn berlalu sy tiba tiba jatuh ditempat keje tiba tiba kaki saya x leh bergerak...dan sy dibw kehospital seberang jaya btword.disitu le baru sy dpt
tau penyakit sebenar sy setelah doktor mengambil darah sy dan dihtr ke usa utk ujian darah.dan sy mendapati mengidap pnyakit myasthenia gravis..masa tu sy sudah
bertunang..ubt semestinye byk.akhirnya sy operation dan berjaya...slps oprate dlm tempoh setahun sy berhenti mkn ubt..dan sy pulih tanpa mkn ubt dan saya
mengandung..ank yg kini sudah pun sethn tujuh bln.kini sy kembali sakit dan otot sy lemah...skrg sy membuat rawatan di hospital.sy bukan apa cuma berkongsi cerita..doakn sy semoga sy x apa apa kali ke 2 ni.

Unknown said...

Sis.. Blh whatsapp sy x... Sy menghidap 0enyakit mg ni tp sy lum bt opration.. Msih berbelah bhgi dan xtau kesan akan dtg... 0192274808

kemboja said...

Assalamualaikum,
Saya En. Mohd Zuhairi , pengasas produk Jutawan herbs.

Sy ada menjual herba warisan yg mampu membantu merawat pelbagai jenis kanser dari tahap 1 hingga tahap 4 dan jugak untuk sakit lutut dan masalah penafasan,Insya Allah. Tak perlu risau sebab herba-herba sy tak menghalang dan tak mengganggu rawatan hospital seperti kimo. Herba ini boleh diambil semasa rawatan, malah sgt baik jika berubat bersama² supaya lebih cepat sembuh. Daun- daun herba warisan terpilih ramuannya yg amat mujarab ini memang tidak akan jumpa di mana mana. Ia herba yg sukar dijumpai tapi amat mujarab dan ramai pesakit kanser tahap 1 hingga tahap 4 yg dah sembuh. Herba ciptaan istimewa ini boleh merawat dan membaik pulih sel-sel kanser sehingga tahap akar umbi. Jangan biar penyakit anda lama-lama terbiar menyerang tubuh kerana ia perlu dibuang secepatnya supaya tak merebak lagi jauh ke organ-organ lain. Lagi lama dibiarkan lagi ambil masa nak pulih kan. Jgn sampai terlewat,jangan biarkan hidup derita, setiap penyakit pasti ada penawar, kita usaha sehabis boleh, selagi boleh rawat lebih baik di rawat. Hutan belantara kita tersembunyi sejuta 1 rahsia, herba ini amat- amat mujarab, jangan biar derita penyakit anda tanggung ini membunuh kehidupan anda. Ramai yang dah berjaya sembuh dengan produk sy, jangan ragu dan buang masa berfikir pjg lg, herba bukan lg perkara yg dipandang biasa, ia makin mendapat perhatian dan kepercayaan ramai pengamal perubatan herba di seluruh pelusuk dunia. Tetapi herba yg sy ciptakan ini sudah terbukti sgt berkesan untuk semua jenis kanser. Hubungi saya di nombor ini:







Sy cuma membantu kerana sy tak sanggup tngok org dpn mata sy sengsara kerana sakit teruk hingga meragut nyawa. Penawar nya dah ada, hubungi sy secepat mungkin .Orang yang tiada penyakit kanser andai nak amal kan herba saya ini pun boleh,jadikan amalan harian untuk menjaga badan dan membuang toksid serta mencegah kanser. Tapi orang yg ada kanser sy akan bantu merawat sehingga sembuh dgn penawar kanser dan herba ini. Saya juga akan membantu anda memberi nasihat dan motivasi bagaimana untuk hadapi kanser, serta cara-cara utk berdepan dgn kanser, cara menjaga pemakanan dan nasihat lain utk anda, kerana pesakit kanser adalah org pertama dalam hidup. Sy dh jumpa ramai pesakit, mungkin kita blh berkongsi pendapat bagaimana hendak merawat sampai sembuh.Sy hulurkan tangan pada anda ,sambut lah sebelum terlambat, ramai pesakit sy dah sembuh, anda bila lagi....?hubungi atau whatsApp sy dengan segera,
0174687570
Mohd Zuhairi pengasas Jutawan Herbs
Boleh singgah di youtube channel kami di Jutawan Herbs utk melihat testimoni-testimoni kanser lagi banyak lagi atau layari laman facebok saya https ://www.facebook.com/jutawan.herbs.9


Testimoni-Testimoni pengguna Jutawan Herbs.

▪️Pn. Hayati Abd Hamid- Pensyarah Kanan UITM, kanser payudara stage 4.
Sekarang dah sembuh dan sihat walaupun pernah diberitahu oleh doktor yang dia hanya mampu bertahan 1 tahun saja untuk hidup. Dia minum jus herba ni lebih 6tahun.
Dia mengarang sebuah buku yg mengisahkan pengalamannya sepanjang perjuangannya melawan kanser dengan mengambil jus herba ini sebagai salah satu rawatan alternatif (nk buku nti blh order)
Terkini (2022): Dia pernah ditemuramah dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia di Tv1 menceritakan tentang perjuangannya menempuh kanser dari tahap 4 hinggalah sembuh.



Google