THE HUSBAND & WIFE :)

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

14 May 2013

Fayel Dah Start Tantrum...Menguji Kesabaran Sungguh

Serius aku risau ngan Fayel jadi gitu...dia sekarang barang apa dia pegang tak boleh minta...dia jadi kedekut...bila kita minta elok elok ..dia cakap nanak...cuba minta baik lagi mula la dia ketuk kepala kita dengan barang tu...lagi kalau ada kawan ajak main sama..dia ok tapi pastu dia jadi kedekut semua tak boleh pegang barang dia...pastu kita sound sikit dia dah jadi memberontak mula la lentik badan ...siap guling meniarap hentak kaki...biasaaaa diaaa tuu...aku seboleh nya kontrol tak nak naik suara tapi kesabaran aku teruji bila nengok Fayel gitu...ini lah nama Fayel mula Tantrum...

Tantrum??? apa benda tu.... meh nak berkongsi sikit...dah mak mak ni suka bebenor explore hal anak anak..ye Fayel dah Tantrum sekarang...mungkin faktor manja...faktor mak pak nya pitiching tinggi...faktor naik lemak....huhuhu...memang betul sangat menguji kesabaran...kita cakap baik pun tak jalan...mula la angin naik kepala mood mak pak naik hantu kan....

Anak berusia 1.5 tahun ke 2.5 tahun akan mula memberontak, buang barang, merajuk dan protest. Jika anak anda berkelakuan demikian, bukan bermaksud dia sudah menjadi degil atau kurang ajar. Anak sekecil ini, tidak akan kurang ajar. Dia sedang belajar untuk ekspres diri dia disebabkan dia berasa letih atau kecewa akan sesuatu.



Info Perkongsian bersama bagaimana untuk menenangkan anak tantrum..hmmm kena baca ni...


Sumber : FB



Oleh itu jalan untuk membantu dia menjadi tenang:
1- Pegang dia seperti dalam gambar ini.
2- Bisik kan anda sayang dia dan understand perasaan dia.
3- Baca ayat Quran dan A'uzubillah hi manasyaitan nir rajim, supaya syaitan tidak mengambil kesempatan kepadanya dan anda.
4- Tenangkan dia dengan kata-kata kasih dan anda pun perlu tenang
5- JANGAN SEKALI-KALI MARAH DAN MENJERIT ATAU MEMUKULNYA KONONNYA UNTUK MENDISIPLINKAN DIA. Ini hanya akan menjadikan dia anak yang pengecut atau yang suka memberontak.

*Kenali Apa Itu Tantrum?
Tantrum bermaksud kemarahan secara tiba-tiba. Manakala "Temper Tantrum" ialah suatu luapan emosi yang meledak-ledak sehingga tiada kawalan diri. Temper Tantrum seringkali muncul pada anak usia 15 bulan – 6 tahun. Tantrum biasanya terjadi pada anak yang hyper-aktif. Tantrum juga lebih mudah terjadi pada anak-anak yang dianggap "sulit", dengan ciri-ciri sebagai berikut:

1) Kanak-kanak tidak cukup tidur.
2) Makan dan proses pembuangan najis tidak teratur.
3) Kekok dengan situasi baru atau orang yang dia tidak kenali.
4) Lambat beradaptasi terhadap perubahan.
5) Emosi tidak tenteram (sering negatif).
6) Mudah marah dan mudah menangis.
7) Sulit dialihkan perhatiannya.

Tantrum termanifestasi dalam berbagai perilaku. Berikut adalah beberapa contoh perilaku Tantrum, mengikut peringkat usia:

Dibawah Usia 3 tahun
·Menangis
·Menggigit
·Memukul
·Menendang
·Menjerit
·Memekik-mekik
·Menghempaskan badan ke lantai
·Memukul-mukulkan tangannya
·Menahan nafas
·Menghentakkan kepala
·Melemparkan barang
·Menyangkung
·Memeluk tubuhnya

Usia 3-4 tahun
·Perilaku tersebut diatas
·Menghentakkan kaki
·Berteriak
·Meninju
·Membantingkan pintu
·Mengkritik
·Merengek

Usia 5 tahun keatas
·Perilaku-perilaku tersebut diatas
·Memaki hamun orang lain @ ibubapanya
·Menyumpah
·Memukul kakak @ adik @ kawan-kawannya
·Mengkritik diri sendiri
·Memecahkan barang dengan sengaja
·Mengancam
·Merungut
·Trauma @ fobia keatas sesuatu yang menekan emosi anak. 

*FAKTOR PENYEBAB TANTRUM

Ada beberapa faktor yang menyebabkan terjadinya Tantrum. Diantaranya adalah seperti berikut:

1) Kehendak @ Keinginan Anak Di Halang
Setelah tidak berhasil meminta sesuatu yang tetap pada keinginannya, maka sianak mudah saja melepaskan emosi tantrumnya yang bertujuan mendesak ibubapanya agar memenuhi impiannya.

2) Ketidakmampuan anak mengungkapkan dengan perkataan
Kanak-kanak bawah usia 4 tahun memiliki keterbatasan bahasa. Amat sukar sekali untuk mereka menterjemahkan keinginan mereka dalam bentuk bahasa yang mudah untuk kita fahami. Oleh itu, kondisi mereka yang masih tidak betah telah menekan emosi mereka menjadi kecewa dan secara tidak langsung mewujudkan frustasi pada diri mereka dan disampaikan dengan sikap tantrum.

3) Pergerakan yang Terhad
Kanak-kanak yang hyper-aktif sudah biasa dengan pergerakan yang bebas tanpa kongkongan atau batasan. Sekiranya, ibubapa cuba mengawal pergerakan atau hadkan kelakuannya menjadi sopan dan bertertib, maka ini mewujudkan stress pada diri sianak. Untuk anak melepaskan stress, maka wujudnya tantrum. Sebagai contoh; anak hendak minum menggunakan gelas, ibu atau pengasuh tidak benarkan dan menggantikan dengan cawan plastik; sianak masih bertegas dengan keinginannya, maka telah wujud sifat amarah dalam dirinya dan untuk dia melepaskannya dia akan bersikap tantrum agar kehendaknya
diperbolehkan.

4) Asuhan Ibubapa
a. Terlalu dimanjakan apabila semua keinginan dipenuhi dan tetiba ada keinginannya yang lain tidak diikutkan.
b. Asuhan yang tidak konsisten – tidak menerangkan yang mana baik dan yang mana buruk (tiada penjelasan diberikan). Apabila anak melakukan kesilapan dan secara tiba-tiba kita menegur dan menghukum, maka inilah komplikasi yang timbul dengan wujudnya tantrum.
c. Ibubapa bertelagah pendapat yang mana baik @ buruk untuk sianak.

5) Anak merasa penat, lapar atau dalam keadaan sakit.

6) Anak sedang stress
Samada anak penat dengan bebanan tugasan sekolah, dan lain-lain atau kerana merasa tidak aman (insecure).

7) Trauma @ Fobia
Anak diseksa atau pernah menyaksikan sesuatu yang ngeri atau diperkosa sejak kecil. Trauma yang melanda dirinya menjadikan emosinya tak tenteram. Kanak-kanak mengharapkan perlindungan yang aman. Apabila itu terjadi, dia beranggapan bahawa ibubapa tidak memberikan kasih sayang atau keamanan yang diharapkan. Maka dia akan tantrum untuk melepaskan tekanan yang melanda emosinya. Tantrum ini memakan masa untuk pulih dan akan terbawa sehingga dia dewasa.


Lets See Fayel Tantrum...


Fayel mengamuk nak ikut atok dia balik rumah...sejam jugak la nak memujuk





Lepas mengamuk pandai cari mama ye...malas nak layan...kemain panjat nak peluk


 Sampai tertido sedih..tido awal kul 9 dah tido....aku lak touching....shian dia....

 Eh tetiba bangun lak kul 1 pagi...terus cari makanan lapar la tu...tu ar sapa suh majuk

Esoknya bangun pun lewat kul 12 tengahari...

Bangun pagi tak mandi nak plyaground pulak...tak bagi mengamuk pulak

 Still tak mandi lagi..gi dapur cilok 2 ketul ayam panas....

Dengan tak mandi pagi nya happy bawa round naik car kejap pun jadi la...kalau tak mengamuk

Dalam kete pun nak buat lasak...ada ke nak buka pintu tu...bahaya key...kena marah la ngan papa dia...buat muka hokay....terus bad mood...



 Kena marah papa cari mama...



CABARAN DEMI CABARAN ANAK NAK MEMBESAR....SABAR JE LAH..YAA LATIF





Important : Declaration of images are the intellectual or personal property,image usage is strictly prohibited without the written consent of the blog owner,Failing which may result in possible legal action against the involved party using the image. MIMY HAMID

24 comments:

MOMMYLIN said...

hafidh pun selalu cmtu... pening gak nak ngajarnya.. kadang2 tu... blur tak tahu nak buat apa...

Unknown said...

hahaha fayel comel!!
iman slu kne ugut dgn papa die nk tgalkn kt balkoni sbb die suka sgt duk kt balkoni umh.memlm xbg keluar pn nk keluar jgk.huhu

~ NANA ~ said...

good info! ayish kadang2 ada gak tantrum dia...tp org sekeliling cakap normal je budak camtu...anggap je dia budak bijak but in the same time kita kena jugak la cari solution kn? hehe

PinKy MoMMa said...

gambar bawah tu yg aku tak menahan tu my..mama yer yer jer senyum hahahaha..fayel buat derk jer..

anak aku pun sama, suka tunjuk perasaan..aihh..kena baca ya latiff lbh lagi ni ;)

Mrs.Yana @ K.M & B.U.M.P said...

amboi garang nya muka dia marah.. hehe

yanamib said...

thx sharing info ni kak..mmg geram je tgk ank ber tantrum bagai hehh..insyaAllah boleh improve lps ni... :)

Chekgu Azrine said...

Alolo..muka marah dia tu homeiii

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
YanaHime said...

sabaq jaa laa bila dh start ngamuk. Yana selalu buat x layan jaaa, biaq dia tenang dulu baru dekat. klu tak, my blood goes upstairs laa

diary_ciknaa said...

comel giler bile fayel buat muke ketat.. btl la kak, time dia dh pandai memberontak, kite yg boyot ni lupe diri dah.. kejap ke api naik ke kepala..

diary_ciknaa said...
This comment has been removed by the author.
Nadt said...

nice sharing..kelakar plak tengok fayel buat muka ketat camtu..huhuhu..

amal said...

thanks kak for sharing. mmg cabaran sungguh bila anak dah pandai mengamuk. shaheem pun suka baling2 barang. menangis x tentu pasal. geraaaammmm..

Unknown said...

fuh...mencabar jugak ye bila anak dah besar sket...memang hari2 tiup ubun2 dengan zikir Ya Latif supaya anak jadi lembut hatinya...:)

ctmah said...

alahai..fayel buat2 muka ek..sgt comel ok..dr nak marah,terus xjd marah.hihih
good sharing...kena sabar byk2 la kan..kadang2 tu mmg menggugat iman jugak...

Mooniqueen said...

Betul tu... Ada anak ni baru faham kenapa dia macam tu.. dulu time MQ blm kwin mesti pelik kenapa mak ayah dia tak pandai jaga ke.. nangis, guling2.. sekrang dh ade anak, rasekan pulak.. ;D

fiqkbe said...

alolo comelnya muka merajuk dia ;D

Puan Eka said...

hahaha comel fayel buat muka camtu.mama senyum lebo, fayel wat derk jer. hehehe

aizamia3 said...

sedih je tengok dia tidur kepenatan lepas nangis.. tapi bila fikir balik.. kelakar pun ada.. bersungguh-sungguh nangis dengan harapan dapat yang dia nak.. hehehe..

Julia Johari said...

Bagus info mimy....tantrum mmg selalu terjadi pada anak2 hendak membesar...kena kumpul ilmu mcm kak mimy nih if esk anak2 Umi Qi jd cm nih...great info...ada pernah google x sis mimy dlm youtube kisah tantrum anak2 boleh diatasi dgn bau-bauan seperti bau lavender...ada tertgk video tantrum org putih tuh bg bauan dlm botol kecik terus kids tuh tenang dan senyap...tp kt malaysia x juai that tantrum solution...

safurara said...

hmmmgood info.selama ni xtau pon.tp simptom tu ada kat anak makcik i.kalo org marah.hentak kepala kt dinding.

Wawa said...

ok part ketuk kepala dengan barang mmg lawak...kalau naila buat gitu kat mama dia,siap la...hahaha...

errrr....baru tau pasal tantrum eh apa nama dia...lupa dah...hihhi...rasenye annaila dah menampakkan ciri2 tu...kuat merajuk, kuat marah...cuma kalau merajuk tu nampak manja siket la...(merajuk : sembam muka smbil jeling2 kat kita nak suruh pujuk...)

Lyena Vee said...

Good info kak.mimy! Hussein pon macam dah nak start tantrum jugak kadang2. Time kene tido dalam crib. nanges sampai dekat sejam! Last2 bapak die tak tahan,suh bagi tido ngan kitorang.huhuhu

noradzlina.kamdani said...

buat child lock klu fayel dlm kete

Google