THE HUSBAND & WIFE :)

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

13 June 2013

Mencari Strategi Fayel Tido Lewat

Semakin anak membesar jadi toodler/kanak kanak...satu persatu perangai akan keluar....learning development process nak membesar kekdahnya...yer hari tu tantrum..sekarang ni tido lewat pulak...adehhh...pening kepala...kesian jugak hari hari kena paksa tido...tapi aku kena paksa jugak...sebab aku nak tido awal esok nak bangun awal pagi....yer aku faham dia nak perhatian...nak orang melayan dia....owh...so bad...ini la sebenarnya dilema ibu bekerja....aku akui anak kurang perhatian...:((..

Fayel sekarang dah kurang tido...tido pun lewat...nak kata faktor pemakanan manis...hmm ye kot tapi aku dah kurang kan pengambilan coklat......nak kata tido siang pun tak jugak...tok mak hari hari la duk ngadu kat aku..Fayel ni susah tido la...15 minit bangun....susah nak buat keje..adeh ...oh anak...jangan begitu tido itu penting ye...di usia kamu tido itu adalah untuk otak yang sihat...bila cukup tido badan akan membesar dengan sihat...Fayel nya tabiat tido now dah tak menentu...kalau dia rasa letih sesangat baru la dia surrender tertido sendiri...tapi payah la kalau malam tu hari hari tido lewat...not good

Aku mengambil langkah inisiatif untuk menangani isu tabiat anak tido lewat....lagi pulak pendedahan gadget...zaman IT tak dapat nak elak...ada orang kata jangan ajar sebab kecik lagi...tak payah ajar budak sekarang advance dia tau cari gadget sendiri..Gadget pun ada baik nya kalau di guna secara betul ...hmm tapi belajar nya kejap selebih nya nengok kartun...Fayel dah pandai ko...tak de makna dah nursery rhymes ke hapa...song song ni bo layan la weh...now ke cerita kartun..habis dia selongkar youtube nak tengok lepas habis satu sambung satu..adeh...


Tantrummmmmmmmmm....mengamuk sakan sebab nak youtube...geram nya aku....youtube loading mengamuk...youtube pause mengamuk...youtube cerita habis mengamuk...apa ni Fayel......


Nah dapat ko kemain khusyukk menatap....mata tu apasal celik lagi jam 1 pagi...ingat siang ke grrrrrrrrrrr

Jangan nak serius sangat arrrrrrrr.....baik tido lagi bagus...anak oh anak............





Rutin waktu tidur yang tetap dan berulang setiap malam amatlah penting untuk mewujudkan satu tabiat tidur yang baik.

LUANGKAN seberapa banyak waktu berkualiti dengan anak apabila dia terjaga dari tidur.
MENYUNTIKKAN sedikit perubahan ringkas pada rutin waktu tidur boleh menyumbangkan kepada malam-malam yang lebih tenang.
Tidur dan mood yang baik saling bergantungan baik untuk ibu bapa mahupun si anak. Namun begitu, tidur berkualiti yang amat diperlukan oleh ibu bapa sering diganggu oleh anak kecil. Situasi inilah yang paling kerap menimbulkan rasa geram dalam kalangan 25 peratus daripada ibu bapa yang ditemubual.

Untuk melakukan perubahan dari segi pola tidur, anda mungkin perlu:
*Tetapkan satu waktu dan rutin tidur
*Perlukan banyak kesabaran
*Dapatkan sokongan daripada orang sekeliling
*Jika boleh, bekerjasama bertukar ganti tugasan menguruskan rutin waktu tidur


Mengapa anak tidak dapat tidur?
Seorang anak mungkin keletihan tetapi masih merajuk untuk terus berjaga. Situasi ini mungkin disebabkan naluri kanak-kanak yang ingin terus terjaga. Ia mungkin disebabkan naluri anak yang sentiasa ingin meneroka dan tidak berhasrat ketinggalan dalam segala hal.
Dalam aspek ini, ibu bapa boleh menentukan masa yang sesuai untuk anak masuk tidur. Malah, keperluan amaun tidur yang diperlukan setiap orang adalah berbeza. Misalnya, seorang anak berusia lima tahun mungkin memerlukan 11 jam untuk tidur setiap malam.
Penyediaan jadual waktu tidur yang praktikal boleh dilaksanakan dengan memastikan anak masuk tidur selepas 11 jam bangun pagi pada setiap hari.
Rutin waktu tidur yang tetap dan berulang setiap malam amatlah penting untuk mewujudkan satu tabiat tidur yang baik.

Ingatan’ waktu tidur
Sebagai sebahagian daripada rutin anda, adalah baik jika anda memberi petanda vokal kepada anak bagi mengingatkannya tentang waktu tidur yang sudah tiba. Gunakan kata-kata pujukan seperti ‘Nak, sudah tiba masa tidur’ atau ‘Selamat malam’ atau ayat pujukan lain yang boleh membantu.
Tiada sebarang rayuan diperlukan kerana perbincangan yang meleret-leret hanya akan mengurangkan peluang anak untuk tidur.

Selesanya katil
Letakkan anak di tempat yang selesa baginya setiap malam. Tindakan ringkas ini sebenarnya mampu mewujudkan satu hubungan antara anak dan katilnya serta persekitaran dalam bilik tidurnya.
Jika anak enggan tidur di katilnya sendiri, ini mungkin satu cabaran besar bagi anda dan pasangan. Penolakan itu mungkin kerana takut dengan perubahan pada rutin yang sudah biasa diamalkannya. Namun, anda usah berputus asa kerana anda akan melihat hasilnya nanti.

SEORANG anak berusia lima tahun mungkin memerlukan 11 jam untuk tidur setiap malam.

Elakkan membiarkan anak tertidur ketika menonton televisyen atau DVD di atas katil. Jika perlu, pindahkan pemain DVD dan TV dari bilik tidur.
Tip-tip penting
*Sebaik sahaja anda berada di atas katil, jangan sesekali memberinya peluang menggunakan sebarang alasan untuk turun dari katilnya. Pastikan juga bilik tidurnya dilengkapi air minuman dan kemudahan tandas.
*Jika anak bertekad untuk mendapatkan anda dan pasangan agar terus bermanja dengannya, gunakan semula kata-kata pujukan tadi. Elakkan meninggikan suara anda. Sebaliknya, bercakap dengan baik dan cuba yakinkan anak bahawa sekarang adalah masanya untuk tidur.
*Jika anda belum ada peluang berjumpa dengan anak sehari suntuk, mungkin ada baiknya anda meluangkan sedikit masa bermanja dengannya. Antara aktiviti menarik yang boleh dikongsi bersama ialah membaca buku cerita, permainan jigsaw atau ‘menidurkan’ anak-anak patung di katil.
*Wujudkan larangan anak daripada bermain permainan komputer atau video pada sebelah petang kerana ini akan menyukarkan mereka untuk terlelap.
*Luangkan seberapa banyak waktu berkualiti dengan anak apabila dia terjaga dari tidur. Kebanyakan kanak-kanak terjaga untuk menghabiskan waktu bermain yang telah ‘ditinggalkan’ apabila terjaga sebelum ini.

Dengan berbekalkan tip ini, penyelarasan waktu tidur untuk si kecil yang baik mungkin mengambil sedikit masa tetapi yang penting, ia memuaskan hati setiap orang.




Important : Declaration of images are the intellectual or personal property,image usage is strictly prohibited without the written consent of the blog owner,Failing which may result in possible legal action against the involved party using the image. MIMY HAMID

19 comments:

Cik Puan Rara said...

huaaaaaaaaaaaaaaaaa.anak saya.tp sy dh bg dye leka skrg.xbg tido magrib.so mlm tido ok.tp ada jugak kdg2 dye buat ibuu dye jd mereng sbb bangun 3am and main ag.

missayu said...

Ayu memang dah set kalau kat rumah,pukul 9 lebih tu mesti dah masuk bilik,gelapkan bilik,nenen...then golek3 jap dia mesti tido...

achiek anis said...

airis kdg2 buat perangai tido lewat jugak...caranya nk bg tido awal saya sorokkan semua mainan dia...tutp lampu bg gelap...n buat2 tido....bila dia dah bosan dia tido la...tapi kdg2 jela menjadi...kdg2 dia main2 jugak...hehe

erin said...

klu anak tido lewat mmg x larat nk layan kan kak, kita balik kerja lampu ultraman kita dah bipbip kaler merah, dh habis tenaga, dia pulak dok sibuk nak main lagi..memang mengundang la..tp aish since lahir smpai skrg kul 9 dah tido smpai 7 pagi esoknya, tu pun klu dia kul 10 tak tido lagi mmg dah geram2 maknya ni, kita byk lagi kerja nk buat

Aeen said...

kalau Aeen tutup lampu..biar gelap...lepas tu..biarkan je dia golek2...dy membebel ke buat x layan je...nanti dia tidur sndri...2 lah kn kadang2 kene paksa gak dia tido..sbb kite keje..kesian pn kesian gak..sbb dy tau x jumpe mama dia siang..dia ajak mama dia main malam2..tp..mamanye pun nak kene tdo gak coz sok keje..kalau x sok pagi bangun dah jadi mata panda...huhuhu...

Aty_Fared said...

Anak aku kuat giler tido...ponnn aku risau gak nih...huhu

Siti Haslinda Sadiken said...

alhamdulillah..SB mmg dr kecik dh displin waktu tido baik siang atau malam..cuma bila ari jumaat atau kt umah atok nenek bg chance dia tido lambat..

fifi said...

So far rissa dari lahir sy ajar tido time yg sama tiap2 hari.sbb tula sy tak pernah bawa rissa kuar rumah lepas pukul 6.sebab tak nak rentak tido dia terganggu.tp tak taulah bila dia dah besar nanti..

^*NaNa*^ said...

ank sy pun dulu pernah tido pkul 2pg sebab gara2 tgk youtube..tp bila da start masuk tadika otomatik dpt tidor awal...penat kt skoll..



lagi satu nak kasik dia tidur awal adalah kita kena setelkan kerja kita awal2 mcm masak, makan dan gosok baju serta kelengkapan anak buh dlm beg awal2 ..pastu bila da setel bagi makan ank2 dulu kasik knyg..pastu tutup segala lampu kat hall dan bilik bagai..tv senyap semua..pastu landing atas katil..henpon kasik sorok..pastu diamkan diri..mmg take time kot..kang lelama dia tidur sndiri..mmg jadik lah..heheehe...kena bertabahlah ..

Nurul Aziz said...

Anak sy sekarang ni lepas maghrib, takpun pukul 8 dah rebah dah.. dah tak dapat ditolong dah.. memang mata kuyu habis.. kalau dulu pukul 10 camtu baru tidur.. ni semua sebab siang tidur sekali je.. sebelum ni dua kali.. kerja asyik nak mainnn je sekarang... huhu..


tapi kadang tu, pernah jugak la.. dia tidur lambat jugak, walaupun cuma sekali dua.. tu pun dah buat maknya stresss.. ni pulak kalau hari-hari.. lagi lah.. kan?



cuba la tidur dalam keadaan gelap, pastu tutup semua tv, senyap.. ;)

PinKy MoMMa said...

anak aku dua dua aku ajar dari dalam pantang my suruh tido awal hahaha..dalam kul 8 camtu mata smua dah layu..paling lmbat pun abg ngah dalam 10malam camtu la dia dah tergolek dah..

smpaikan aku ssh hati gak kalau pergi berjalan..tak boleh kuar malam2..sbb diaorang dah flat..huhu

nadiya yusoff said...

salam kak mimy,

ada beberapa tips yg saya amalkan untuk ajar & ajak anak tdo awal. mula2 saya biasakan anak dengan lagu zikir yg mendayu2 sket..nanti bila dia dah biasa, pasang je lagu zikir tu dia da paham ni waktu untuk tdo..

tapi kadang2 kalau dia stil nak main, kita pujuk dia slow2..cakap kat dia kata "dah malam ni, syg kena tdo. esok bangun bangun kita main lagi, ok?" InsyaAllah dia akan faham. :) kalo x lut jugak, last2 sy biar dia main sensorang atas tilam tu. x layan langsung. kesudahnya maknye terlelap langsung x sedar bila anak tu tdo.hahaha

kalau dia still nak main henpon, selalunya saya akan alih perhatian dia ke benda lain selain henpon.anak sy sgt suka teddy bear, jadi sy amik 2 3 teddy bear buat wayang kat dia..dah penat main2 gelak2, pujuk dia tdo. kalo mcm fayel lelaki, akak try la buat wayang ultraman or robot depan dia..mesti dia hepi. budak2 kan nak perhatian kita.hehe

panjang lebar beno tips yg x seberapa nak tips ni..harap membantu kak mimi. :)

Sue Lynnda said...

Mimi,

Anak aku Si Adam macam tu jugak. Ralik tengok kartun dalam youtube sampai 3 pagi!!

Last2, aku tutup Wifi pastu ckp Internet takde. Biasa dia faham sebab astro bila hujan kan takde siaran so dia ingat internet takde sebab hujan.

Pastu dia boring dia tidolahh..haha

Wawa said...

fuhh sebaik annaila tak buat perangai mase memalam...memang jarang bagi gajet dekat naila sbb kalau bg tengok, die cepat mengamok...abes je apa2 vdeo nak ngamok...last3 mama-daddy mmg tak main gajet depan die skang...kalau ajak die tdo pun dah senang skang...Alhamdulillah...

Fayel, awak jgn aktif sangat memalam...cian mama awak nak keje esok...mata panda...:p

salwana nordin @ che'wa said...

susah jugak ye kalo anak jenis tido lewat..bukan apa takut esoknya dia mengantuk keletihan :(

saya tak ada tip yg khusus sbb selalunya ikut gerak hati sendiri dlm menguruskn anak3..

tips sendiri yg saya buat utk anak2:

umur 9thn : dah besar, saya tentukn masa tido..biasanya pukul 9 lepas solat saya suruh masuk bilik..biasanya dia tak tido lg, time tu dia just baca buku atau buat keje2 lain..by 9.30 -10 dah tido

umur 5thn: biasanya 8.30 saya dah suruh kencing gosok gigi..by 9 dah masuk bilik..

umur 2thn lebih: sama mcm kakak dia..by 9 saya bagi susu dan suruh tido..

nampak mcm paksaan aje kan tp itulah hakikatnya..saya yg tentukn waktu tido..lama2 diaorg pun dah biasa..

cuma masih kena selalu ingatkn..

waktu 9-10 biasanya saya akan switch off TV dan tutup lampu..on lampu tido aje..

saya pd waktu ini mmg tgh sibuk uruskn rumahtangga..kdg2 mmg biarkn aje mereka tido sendiri :)

tp pd waktu cuti saya bg kelonggaran sikit utk lanjutkn sikit masa tido..mgkn dlm pukul 10 baru masuk bilik..

boleh tgk TV tp no cartoon mlm2 hari :)

harap2 dpt membantu..mgkn fayel masih kecik so tips yg kt atas tu tak releven kan tp mgkn awak boleh start dr skang ye :)

good luck!!!

CidaZam said...

erm sama dengan anak aku je... payah nenek selalu komplain dia tak tido siang. Tapi by 8 dah flat dah amani... tido sampai la ke esok pagi... tapi budak ni kena ajar beb... tutup lampu keraskan ati biar dia mengamuk. Amani pun malam2 nak tengok youtube, paling geram bila bateri ipad kong, dia tunjuk charger suruh recharge.... ermmm

Mally said...

Hai kak Mimy....
Saya melatih anak tido on time dari dia baby lagi.. Sbb sy & husband org jenis tido awal..paling awal pkl 9pm & paling lambat 10-11pm je...So sharp pkl 9pm sy akan suruh anak sy masuk bilik tido dan sy akan tutup lampu dan kami akan ucap good nite & suruh dia tido...kadang2 main-main juga tapi dlm 10 minit gitu dia akan tido dgn sendiri....
Xpa kak mimy perlahan2 train Fayel okay...
Dia kan gud boy....

m@m@yAyA said...

nielah mslh yg zura hadapi tiap2 ari kak..
kekadang menyesal sangat sebab marah yaya bila dia xnk tdo..
Bkn apa zura penat+letih bila dia tdo lg lmbt zura xdpt tdo lm ckit dhla dia suka bgun malam kerap bf..

tue kekadang jd angin mulala nk mrh jer..bila dia tdo ms pagi nk g keje mula mnyesal sb mrhkn dia tp klau x ajr suruh tdo ikut time nti smp ke besar dia xda disiplin..

bukan senang nak ajar anak kan bila dia semakin membesar nie..kita kena banyak sabar kena banyak idea nak ajar bagi dorang faham..

Mrs.Farhana said...

sama la kita mimy..Awisy tido sama time dgn mummy daddy tido..puas la ajak tido kul 9 tu..smpi mummy yg tido dulu xsedar hape..

thanks for info, kena try jugak ni.

Google