THE HUSBAND & WIFE :)

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

24 July 2014

Sempena nurmimy.blogpsot.com 6Tahun

Salam..sana sini update persiapan raya...aku update lain...heheh..aku sebenarnya hampir terlupa usia nurmimy.blogspot ni...sampai la berwasap keanngan memblog ngan geng kedok...baru aku teringat...july adalah bulan kelahiran sebuah blog peribadi bernama nurmimy..nurmimy lahir pada 9 July 2008...yang pada masa tu tak la membebel panjang macam sekarang...tahun 2008 itu..nurmimy masih single cun melecun hot seksi meletop...sekarang hot ke?? ngeeeeee

Tak kisah la hot ke tak...blog nurmimy ni banyak sangat kenangan tercipta sudah dilakarkan...nak throwback balik semula esok pun belum tentu khatam....apa yang boleh aku rumuskan sepanjang 6 tahun...dari aku single, cinta cinta, kahwin..now anak sorang dah pun...semuanya aku story dalam nurmimy.blogspot,com.....apa perasaan sepanjang 6 tahun...aku blog ni dari sekadar suka suka..tak ada hala tuju pun...disebabkan aku suka mengomel...aku terkesan untuk menulis blog..dan tak sangka rupanya aku menulis blog syok sendiri sudah 6 tahun...di tahun ke 6 juga...aku mula berniaga kecil kecilan online..Alhamdulillah...

Aku bukan hebat sangat dalam berblog....mencari publisiti pun tidak...blog ini hanyalah jurnal life aku untuk ditatapi sehingga ke akhir hayat...blog aku adalah suka duka hidup aku…banyak kisah telah di paparkan....semoga blog ini dapta ditatapi untuk anak cucu....terima kasih yang sudi membaca sehingga ke hari ini...adat berblogging...biasa la kalau citer life kita dah didedahkan...macam macam bentuk tak puas hati...nak buat camner kan...suka or tak ..sudah berlaku...teruskan apa yang ada di depan..wahh bajet cam artis gitu...hahaha..ada la sket...muahahahaha...malu pun ada sebenarnya...pernah ada kisah....bang megat pegi Kg Baru makan..pun ada orang bgtau..eh nampak laki awak kt situ sinun...

Soalan klise "ko tulis blog tak rasa ke privacy ko hilang?"..wah soalan gaya selebriti ke aku ni?? oh hilang ke tidak..aku tak kisah..yg pntg aku puas untuk bercerita.....terserah apa pandangan orang...buruk pun orang maki aku jugak..bila baik pun kena puji aku jugak..so redah jeeeeeee ...adatla kehidupan ada yang suka ada yang benci...ada yang menyampah...ada yang menyenangi....apa yang aku harapkan....aku tak kacau life orang lain...tak pernah berblog berkisarkan orang lain... Aku akan terus berblogging tanpa henti demi sebuah kenangan di hari esok...walau pernah dihambat kisah pahit ...pernah kena maki kutuk....tapi ada aku kisah....itu semua buat aku matang dan jadi lebih baik dari semalam..


kenangan paling indah dan manis untuk dikenang dalam sepanjang umur ku...bibit perkenalan aku dan suami bermula dari blogging ini :))...




Kenangan paling terindah kami sebagai suami isteri yang sah....Alhamdulillah walaupun dihimpit banyak dugaan sebelum dan selepas berkahwin hingga sekarang....aku tetap berdoa agar rumahtangga kami berkekalan...

Kini cerita manis dan indah itu dikembang kan melalui penceritaan kelahiran permata hati anak ku...Fayel...cerita keletah nya aku abadikan di blog ini

 Terima kasih pembaca blog nurmimy.blogspot.com...kerana sudi membaca dan mengenali saya 6 tahun ini dari blog.....dari saya seorang yang agak seksi, free hair dan kini sudah bertudung..





  • 10 soalan untuk pembaca setia...sejauh mana korang mengenali diriku...
  • 10 soalan yang tepat...akan ku hadiah kan set kosmetik NYX.....suka takkkkk...suka sila jawab
  • Jawapan yang tepat hendak lah dijawab sebelum 26 July 2014 ...
  • sila bagi jawapan dibahagian komen ..terima kasih....


1.  Bila kah tarikh perkenalan pertama dengan Encik Awak @ Bang Megat ?

2. Bilakah tarikh pertunangan, pernikahan, persandingan kami ?

3. Bilakah Tarikh mimy memakai hijab ?

4. Tarikh Fayel dilahirkan berserta berat dan temapt lahir ?

5. Berapakah berat Fayel di usia 5 bulan ?

6. Apakah Solid Food pertama Fayel ?

7. Harijadi Fayel yang setahun diadakan di mana?

8. Apakah nama penyakit yang dihidapi mimy?

9. Apakah hobi bang megat?

10. Umur mimy pada tahun 2008?










HAPPY 6 YEARS NURMIMY.BLOGSPOT.COM

11 comments:

Nurul Aziz said...

1- 4September 2009

2- Tunang - 13 February 2010, Nikah- 26 November 2010 Sanding- 27 November 2010

3- 30 Julai 2012

4- 31 January 2012, Hospital Kuala Lumpur, 3.02kg

5- 8.5kg

6- carrot. haha yang ni hentam sebab dah godek2, macam takde tulis menatang apa.. tapi warna oren.. carrot la kot? :p

7- Dewan kafeteria Kolej Unikop

8- MYASTHENIA GRAVIS (MG)>>> ada kat sidebar sebelah ni tu kan..

9- Main bola sepak/futsal. haha.. sebab selalu main bola.

10- 27yo


HAHAHA gigih tak jawab semua soklan? tak menang pun takpe, saje suka-suka sebab boringgg. hihih. selamat hari raya in advance kak~ :) ha, selamat maju jaya dalam dunia bloging gak... semoga pasni nuffnang pun makin2 mencanak2 la amountnya tetiap bulan. heee..

Unknown said...

1. 4 september 2009
2.13 february 2010
3. Tahun 2012
4. 31 Januari 2012 / 3.o2 kg / HKL
5. 8.5 kg
6. Puree Pear
7. Dewan Kafetaria Kolej UNIKOP, Taman Koperasi Polis Fasa 2, Gombak
8. Myasthenia Gravis (MG)
9. main bola / futsal
10. 27 tahun

RedLife2Love said...

Ok, nak jawab jugak la. hrpnye betul la kot. hehe. :))

1. 4/9/2009
2. Pertunangan : 13/2/2010, Pernikahan : 26/11/2010
Sanding : KL 27/11/2010, Terengganu 19/3/2011
3. 30/7/2012
4. 31/1/2012, 3.02kg, HKL
5. 8.5kg
6. Puri Epal
7. Dewan Kafeteria Kolej UNIKOP
8. Mysatenia Gravis
9. Main Futsal
10. 27 tahun

Aznor Ibrahim said...

nak try jugak lah

1. Tarikh perkenalan : 4 September 2009
2. Tarikh pertunangan: 13 February 2010
Tarikh pernikahan : 26 November 2010
Tarikh persandingan : 27 November 2010
3. Tarikh berhijab : 10 Ramadhan 1433 bersamaan 30 July 2012
4. Tarikh lahir Fayel : 31 JANUARY 2012
Berat : 3.02kg
Tempat lahir : HKL
5. Berat Fayel 5 bulan : 8.5kg
6. Solid food pertama fayel : Puri Epal
7. Harijadi Fayel pertama di : dewan kafeteria kolej Unikop
8. Penyakit : myasthenia gravis
9. Hobi Bang Megat : Bola sepak
10.Umur Mimy 2008 : 27 tahun

Norma NML said...

Akak pun nak cuba jugak..walaupun g tp suka tgok si Fayel tu..comel :-)

1. Tarikh kenal - 4 Sept 2009

2. Tarikh tunang - 13 Feb 2010, Tarikh nikah- 26 Nov 2010 & Tarikh sanding- 27 Nov 2010

3. Tarikh berhijab 30 Jul 2012 hari ke 10 Ramadhan 1433H

4. Fayel dilahirkan pada 31 Jan 2012 di Hospital Kuala Lumpur & berat 3.02kg

5. Berat Fayel masa 5 bulan ialah 8.5kg

6. Solid food Fayel yg 1st ialah Puri pear

7. 1st Birthday Fayel di Dewan kafeteria Kolej Unikop

8. penyakit MYASTHENIA GRAVIS

9. Main bola sepak & futsal

10. Umur pd tahun 2008 - 27 tahun

Nur Sabrina said...

1) 4 September 2009

2) Tunang : 13 Februari 2010
Nikah : 26 November 2010
Sanding : 27 November 2010

3) 30 July 2012

4) 31 January 2012 / 3.02kg / Hospital Kuala Lumpur

5) 8.5kg

6) Puri Epal

7) Dewan Kafeteria Kolej UNIKOP

8) Myasthenia Gravis (MG)

9) Main bola sepak

10) 27 tahun

Anis Azalea said...

Aku malas nak komen. Tapi aku kenal ko dah 10 tahun. Tu je aku nak ingatkan..hahah.. sebab orang atas2 aku ni semua macam confirm je dapat set nyx tu. Tahniah awal2 hahahah. Yang pasti banyak cerita lucu antara kita..kah kah kah..pun begitu ko selalu tumpangkan keta...mak ko kenal aku..ahhh sudah nanti aku nangis kat sini. Tiba2. ..

fifi said...

Ok singgah sini sambil pandang je sebab takleh join.hahaha..

wawa yusoff said...

tak pernah miss nak membaca, tp x mampu nak menjawab 10 soalan tu sebab yg ade dah menjawab tu mmg mcm dah confirm menang. jadi taknak bg harapan palsu kat diri sendiri konon2 boleh jadi peng'komen bertuah. hahaha

Apepun kak mi, moga dipermudahkan urusan hidup dunia dan akhirat.. Moga sentiasa dikurniakan rezeki yg melimpah ruah..

Selamat hari raya kakmi.. *salam sikit*

DiDiLiA said...

1. 4 September 2009
2. Bertunang:13/12/2010
Nikah: 26/11/2010
Bersanding: 27/11/2011
Bertandang: 19/3/2011
3. 10 Ramadhan 1433 (30/7/2012)
4. 31/01/2012 (3.02kg) HKL
5. 8.5Kg
6. Puree Epal
7. Dewan Kafeteria Kolej UNIKOP
8. Myastenia Gravis (MG)
9. Main Futsal &Football
10.27 tahun

Anonymous said...

Hi kak mimi.. Farha nak try wlpnon xde blog.. keke..

1. Tarikh kenal : 4/9/2009

2. Tarikh tunang :13/2/2010 Tarikh nikah : 26/11/2010
Tarikh sanding : 27/11/2010

3. Tarikh berhijab 30/07/2012 hari ke 10 Ramadhan 1433H

4. Fayel dilahirkan pada 31 Jan 2012. Hospital Kuala Lumpur. Berat 3.02kg

5. Berat Fayel masa 5 bulan 8.5kg

6. Solid food Fayel 1st Puri pear

7. 1st Birthday Fayel : Dewan kafeteria Kolej Unikop

8. penyakit MYASTHENIA GRAVIS

9. Main bola sepak & futsal

10. Umur tahun 2008 - 27 tahun

Google