THE HUSBAND & WIFE :)

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

26 October 2015

Tips Gaya Kasual Mango

Mango merupakan jenama pakaian antarabangsa yang telah mula ditubuhkan sejak tahun 1984 dan membuka cawangan butik pertama di Barcelona. Setahun kemudian, jenama ini mempunyai penambahan beberapa butik cawangan lagi dan kemudian menguasai pasaran domestic. Sehingga hari ini, jenama Mango terus berkembang pesat dan mempunyai ratusan buah cawangan di seluruh dunia termasuk Malaysia!

Apa yang menjadikan Mango Malaysia sebagai jenama yang paling diminati oleh ramai penggemar fesyen adalah kerana koleksi pakaian yang dihasilkan adalah amat berkualiti dan berpadanan dengan harga yang ditawarkan. Bukan itu sahaja, koleksi pakaian Mango juga tidak terlalu terdedah dan ia sesuai dipakai oleh semua golongan wanita tidak mengira umur. Oleh kerana itu juga, koleksi pakaian pejabat dan kasual Mango sering mendapat perhatian ramai penggemar Mango di Malaysia. 


Berikut merupakan beberapa tips pakaian kasual Mango yang boleh anda gayakan;




Tampil dengan koleksi gaya casual yang smart seperti padanan harem pants dan oversized shirt seperti berikut untuk hari yang lebih selesa. 

Atau dengan menggayakan koleksi jogger pants bersama blouse seperti berikut. Anda juga boleh mengenakan cardigan atau jacket sebagai pilihan outerwear. 

Dan untuk gaya yang paling ringkas tetapi menyerlah, anda boleh bergaya dengan kombinasi blouse atau kemeja yang loose seperti berikut dengan padanan skinny jeans. Selain blouse, anda juga boleh tampil dengan koleksi baju-t lengan panjang yang selesa keluaran jenama Mango.










No comments:

Google