THE HUSBAND & WIFE :)

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

28 August 2015

Festival ILM Arts - 30 August 2015

Assalamulaikum dunia…orang Malaysia semua …nak cerita sikit pasal julung kali nya Festival  ILM Arts…Istimewanya, acara ini bakal menempa sejarah dunia Islam kerana ianya merupakan acara pertama yang akan mengumpulkan barisan personaliti dan artis antarabangsa dan tempatan didalam satu arena. Ini adalah satu acara yang unik, dan ianya tidak pernah diadakan sebelum ini. Pengunjung akan dapat melihat sendiri kepelbagaian ekspresi seni menerusi persembahan barisan artis dan personaliti dalam acara ini.
Festival yang hanya akan berlangsung selama satu hari ini bakal menampilkan lebih daripada 30 artis dan personaliti antarabangsa dan tempatan daripada pelbagai genrekarya dan hiburan; antaranya fotografi, karya graffiti, seni pertahanan diri,sukan papan lungsur ,nasyid, kaligrafi, komedi dan yang lain-lain lagi. Ada ramai artis local/international termasuk Altimet, Miss Nina etc. dan ramai lagi…korang boleh rujuk web site untuk tengok senarai pendakwah & artis antarabangsa/local yang terlibat. 

Festival Ilm Arts ini bakal menampilkan persembahan daripada personaliti terkenal seperti artis hip hop Altimet dan Mizz Nina, Muadz Dzulkefly, Shazet dan Syafiq Zane chef terkemuka dan pemilik restoran FIQs Gastronomy dari Malaysia; Qari terkenal Sheikh Mishary Alafasy, penyanyi nashid Zain Bikha (Afrika Selatan) dan Ahmad Bukhatir (UAE). Antara lainnya, festival ini juga akan menampilkan personaliti komedi Hollywood, Omar Regan (AS) dan Baba Ali (AS)…Best kan…antarabangsa okeh…..kalau konsert besar leh pegi napa sini tak leh pegi kan….jom ini satu usaha dakwah jugak…. 




Event yang sangat sesuai untuk seisi keluarga…sambil kita berhibur ada pengisian dakwah......bukan setakat hiburan malah ada jemputan pendakwah Ustaz Nouman Ali Khan dan ramai lagi….jangan lupa kat sana ada juga banyak bazaar F&B disediakan…aktiviti untuk kanak kanak…memang sesuai la kita beramai ramai datang sini turut serta...kanak kanak 12 tahun ke bawah masuk adalah PERCUMA (dengan pengawasan orang dewasa yang mempunyai tiket)




Festival ILM arts  ini akan berlangsung bila??  Ye pada 30 hb August 2015..hari sabtu …dimana di mana??Event terbesar ini akan diadakan di STADIUM MALAWATI, SHAH ALAM…..tempat yang sesuai..sini banyak parking…jangan risau ….yang penting jangan lupa tick calendar ..save the date….Acara akan bermula pada jam 11.30 pagi hingga 10 malam…wow satu hari disini penuh padat dengan aktiviti….tiket tiket sudah mula di jual ..serendah RM55,RM108, RM161,RM257, RM373, RM1062…teruja tak…menarik kan….aku ber ura ura nak pegi...tengok jadual bang megat cana...kalau tak keje...Insha Allah jumpa sana…



Untuk keterangan lanjut, pengunjung boleh merujuk lampiran  berkenaan seperti dibawah:

Website: http://ilmartsfestival.com/
Hashtag Official : #ilmartsfest2015 #ilmartsfestival












No comments:

Google