THE HUSBAND & WIFE :)

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

12 June 2015

Bulan June untuk Kami - Myasthenia Gravis

As Salam semua…. sempena bulan kesedaran Myasthenia Gravis bulan June…nak tulis sikit pasal penyakit yang aku hidapi sejak 18 tahun…pernah aku kongsi kan sedikit pengalaman pasal Myasthenia Gravis or dikenali sebagai MG…..masa berlalu 18 tahun aku bersama MG….yang pada awal mula nya dapat detect….langsung aku tak tau apa….nothing zero…kena pulak tahun 1996 masa tu form 3..yang aku tau mak selalu macam sedih…napa la anak dia sorang ni terkena MG ni….aku kena MG masa sekolah jadi semua pergerakan aku limited tak macam orang lain….tak boleh aktif sangat dalam sukan….serius memang aku tertekan ya amat….apakah gejala melanda aku ni …….spoilt my live..

Apa itu MG…jujur aku tak tau menahu langsung pasal MG …bukan aku je …orang luar pun tak tau apa itu MG…aku takut nak pikir apa masa depan aku dengan ada nya MG dalam diri aku…dengan kena makan seumur hidup ubat nya…aku jadi takut nak merangka masa depan….apakah hala tuju hidup aku…aku kena MG budak lagi…masih mentah nak tau semua…masih berkeinginan nak lalui macam macam dalam hidup….aku suka nak main bola jarring… …aku suka nak masuk acara olahraga… tapi aku tak dapat semua itu…yang mampu aku buat jadi tukang sorak ..tukang buat air hari sukan heheheheh…


Info MG buat semua.....


Gejala MG


Semakin aku dewasa semakin aku sedar MG sebati dalam hidup aku…aku terima MG dengan hati terbuka….redha…ini bahagian aku semasa hidup….hidup kena teruskan…aku berhak jalani dunia tanpa sempadan …bersama MG aku harungi hidup membesar bersama MG yang tak sama normal macam orang lain..hakikatnya nampak sama je….beza nya harian aku adalah berbekal kan ubat setiap 5 jam…bersama MG juga aku lalui sama je kehidupan macam orang lain…berkahwin, mengandung, beranak..bekeluarga..Alhamdulillah syukur yang maha esa atas nikmat diberi walau diberi ujian bersama MG...

Melalui entry sebelum ini pernah aku kongsikan kisah aku dan MG...tak sangka ramai jugak yang pm aku melalui nasib yang sama bersama MG....hubungan sesama manusia senasib sepenyakit MG membawa ke sebuah group MG..tak sangka aku selama ni aku rasa aku alone....tiada sapa yang faham dan cuba untuk faham apa yang MG lalui....even orang terdekat pun takkan faham..pada dasarnya kami normal tapi hakikat nya penyakit kami special...sangat special....dan tidak terkecuali boleh menyerang siapa saja....so bersyukur la jika anda bukan MG,...maka jangan la dikecam kami buat buat sakit hanya kerana we all MG !!!

Seronok tak terkata ..tak dapat ungkap bila bertemu geng MG....yes im not alone...we are family.....kami disini berkongsi rasa kehidupan dan segalanya.....di sini kita bersatu melalui penyakit yang sama....yes kita istimewa sebab tu kita MG..kita kuat sebab tu kita di duga MG....buat kawan kawan MG baik yang lama dan baru diagnosis...sesama la kita harungi dengan gembira bersama MG....jangan diratapi kesedihan kita MG...usaha ikhtiar tawakal....yang penting happy dan makan dengan gembira nya..yeayyy yess geng MG kuat makan kekekekek....hidup tanpa stress ye kawan kawan.....

Insya Allah kita kuattt..






orang kuat MG group FB & whatsapp...sayang kak Mas...walau dia bukan pesakit tapi effort dia bersama we olls sentiasa support adik adik ...tqqqqqqqqqq kak banyak banyak


MG ladies yang gile gile sengal boleh tahan....mira, apis,nadiya abak , aida


eh eh terselit dynas mokhtar lak...dynas bukan MG ye...tapi dia teman adik ipar dia one of our geng MG.....so dia support we olls la....

Ramai ramai jumpa dynas ehhhhhhhh haha tak la....ini perjumpaan makan kfc aje 

dengan aida seng....aida tengah preggy ...Aida ni la baca blog pasal MG aku then dia email...terus kami kamceng....pastu history sama lak.....sayang aida













2 comments:

Anis Azalea said...

I can feel u. Tabah is the word.

Unknown said...

Salam kak. saya pun mg jugak. Terkena august 2015.saya pun mula2 sedih bila dpt tau mg ni. Skrg still ambik mestinon and pirodystigmine. Hmm.. kita xde geng plak mg

Google