THE HUSBAND & WIFE :)

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Showing posts with label greenday. Show all posts
Showing posts with label greenday. Show all posts

22 April 2015

Mari MengHIJAUKAN diri 22 April

Hari ni 22 April...setiap 22 April sejak keje TM dan ada blog ni aku tak miss akan berbaju hijau pastu upload kat Blog..tapi now blog dah jatuh ke bawah...apa2 hal update Instagram dulu pastu link ke Facebook...last baru Blog..kesian kat ko Blog...dah jatuh saham ko sekarang....

Ada apa 22 April...setiap 22 April adalah Hari Bumi...omputih panggil Earth Day..kebiasaan TM akan sambut Earth Day ni dengan support la berbaju Hijau...tgreenday gitu...yeahhhhhhh..meriah la hijau kat Menara TM...untuk aku Hijau tak ada masalah sebab aku memang suka sangat Hijau....warna kesukaan aku...selak selak almari...cari mana Hijau pakai....so untuk tahun ni masih dalam mood hijau ...nak bgtau tiap tahun tak pernah miss...huhu http://nurmimy.blogspot.com/search/label/greenday...


So sempena hari bumi....ada sedikit tips untuk kita pratikkan..masa aku banyak kat pejabat so aku share kat pejabat ye..


Tips HIJAU di pejabat:-

1) Tukar setting pencetak anda supaya ia mencetak di kedua-dua belah muka kertas
2) Gunakan sampul surat yang telah digunakan untuk edaran dokumen dalaman
3) Menggunakan cawan atau mug sendiri
4)Tutup pili air semasa anda membersihkan tangan menggunakan sabun di tandas. Buka pili
air hanya ketika membilas.
5) Tutup komputer anda semasa sebelum pulang
6) Tutup semua lampu di pejabat sekirannya tiada sesiapa lagi di pejabat pada ketika itu.



semangat hijau..pokok bergerak...lime green tu sgt la menyerlah dari jauh orang dah nampak...


gambar join contest...gadis hijauuuuuu 














19 April 2012

Hari Berbaju Hijau Datang Lagi

Tetiap tahun posing baju hijau pada setiap 22 April adalah harusssss...bukan halusss.....yer dah jadi kebiasaan blog aku ni 22 April je bertukar wajah Incredible Hulk... aku hampir lupa gak la..eh hari ni bukan 22 April la...erkk tapi email masuk bertalu reminder...pastikan berhijau hijau hari untuk esok...hari bumi ku katanya...hmm mungkin 22 April jatuh pada Ahad so naikkan semangat berhijau hijau alam sekitar maka opis nya di awal kan...meriah warna Hijau tau sekitar legar opis ni...huhu cuma department aku ramai tak support Hijau sebab lupa...jadi takde la acara bergambar reramai macam last year nak masuk contest ke hapa....takpe la asal kan aku berhijau sudehh...tanda support...

Jangan tak tau eh feberet color aku memang HIJAU dari dulu kini dan selamanya..hijau cantekkk la...mendamaikan...bila tengok hijau rasa hati berkobar...ecehhh...cuma yang kelakar...suka color hijau tapi bila hari kena pakai berhijau ..kemain kalut selak almari tengok baju hijau macam kurang jek....yer baju hijau tak banyak dalam almari lol...pelik pelik...bukan la takde langsung ek...cuma koleksi hijau tak banyak...ada la satu dua.....buntu aku apa nak pakai ni...takkan nak beli baru kot...melampau la....kalau boleh tak nak ulang tayang baju GREENDAY 2011 dan 2010 kennn.....akhirnya jumpa gak !!...ini diaaaaaaaaaaaaa....taraaaa


Baju kurung untuk raya tahun lepas tak pernah pakai lagi...tahun lepas aku pregnant...baju ni dah siap awal...tup tup dah tau pregnant...langsung ketat metat sendat tak boleh pakai langsung...jadi pameran almari...syukur selepas pantang dah muat boleh dan boleh pakai semula...dan secara rasmi nya...hari berhijau hari ini adalah di anggap baju baru ...terus fefeeling macam raya lak...hihihih...



Tips HIJAU di pejabat:-

1) Tukar setting pencetak anda supaya ia mencetak di kedua-dua belah muka kertas
2) Gunakan sampul surat yang telah digunakan untuk edaran dokumen dalaman
3) Menggunakan cawan atau mug sendiri
4)Tutup pili air semasa anda membersihkan tangan menggunakan sabun di tandas. Buka pili
air hanya ketika membilas.
5) Tutup komputer anda semasa sebelum pulang
6) Tutup semua lampu di pejabat sekirannya tiada sesiapa lagi di pejabat pada ketika itu.










Important : Declaration of images are the intellectual or personal property,image usage is strictly prohibited without the written consent of the blog owner,Failing which may result in possible legal action against the involved party using the image. MIMY HAMID

10 May 2011

BerHijau Hijau Green Day

Tetiap tahun opis aku ni memang sambut Hari Bumi Sedunia...ingat ke bila hari bumi atau bahasa english nya Earth Day...?? yer aku pun lupa tapi dah email bertalu duk remind tarikh nya adalah 22 April every year...dan adalah di war war kan supaya all staff support dengan memakai baju bercolor hijau....untuk tahun lepas nya cecite aku nya baju dah macam pokok bergerak....still mode hijau....nah flash back balik baca ni..Greenday Like Incredible Hulk......tahun ni nya stail camner lak??. kebetulan jatuh pada hari Jumaat so kasual la kekdahnya...spotcheck dalam almari color hijau....jumpa terus sauk je....so apa aku pakai?? layan gambar la ek


buat keje pun semangat hijau di pagi hari...partition oren la spoil....eh itu color tema opis...cannot tukar maaa



okey tayang tayang baju hijau,.....sauk tshirt labuh ..sarung legging ...wedges....sempoi jek...kata hari kasual kann.harus pose tepi pokok ..kata bumi ku tema



bergedik sama Ika yang dah makin kurus....nak tau rahsia nya...call me?? heheh aku jugak tak kurus kan....nangis




chill photo with ladies audit department....ini still tak cukup ni...ramai tak de kat opis...mereka semangat berhijo



berposing di celah pokok pokok semangat hijau walaupun color biru pun timbul ...hehehe



over tak aku posing....ko hoverrrr...perlu  la nak tonggek...hiks....tak pasan pulak aku menjauhi sarah....kengkonon feeling ko nak masuk pencarian dewi remaja ke?? tak kose







PASTIKAN SETIAP 22 APRIL KITA MENGHIJAU YER....HIDUP BUMI KU












Important :Declaration of images are the intellectual or personal property,image usage is strictly prohibited without the written consent of the blog owner,Failing which may result in possible legal action against the involved party using the image.MIMY HAMID

22 April 2010

Greenday Like Incredible Hulk...hehe

**Ayat dari GCC GROUP



Mari berpakaian HIJAU pada Hari Bumi!




Hari Bumi, yang disambut di seluruh dunia pada 22 April setiap tahun, telah diperkenalkan pada 1970 untuk meningkatkan kesedaran tentang perlunya pemeliharaan bumi bagi generasi yang akan datang.


Pada tahun ini, marilah kita sama-sama menyambut Hari Bumi dengan memakai pakaian berwarna HIJAU sebagai tanda sokongan. Marilah kita bersatu sebagai 1TM, dalam kita menyumbang walau apa jua cara yang kita mampu, untuk menyelamatkan BumiKu. Untuk menjadikan sambutan ini lebih menarik, anda mungkin menerima token istimewa daripada kami pada hari tersebut jika anda dilihat berpakaian HIJAU!


Ingat, apa sahaja yang anda lakukan adalah satu usaha yang memberikan kesan. Walaupun kelihatan kecil, namun ia boleh berubah menjadi suatu yang besar dan bermakna.

Selamat menyambut Hari Bumi!

Mulakan Hari Ini, Untuk Hari Esok



** tengok aku pun pakai hijau...mode greenday babe...ala2 incredible hulk...jangan memain kang aku ngamuk habis koyak baju aku ni....puas aku geledah almari cari baju hijau nak pakai...aku jumpa blazer bunga hijau...wahh aku rasa macam pokok bergerak pulak pakai baju ni..hahaha...sesuai..kiranya nampak ada benda macam pokok tp bukan pokok pastu bergerak gerak salam kesamaran...ha jangan lupa tegur...aku la tu....ihhiih..tapi apapun aku semangat HIJAU okeh...dah la favourite color...tau tak pe...tengok aku tunang cukup la...giler memang rabun HIJAU...

Tips HIJAU di pejabat:-

1) Tukar setting pencetak anda supaya ia mencetak di kedua-dua belah muka kertas
2) Gunakan sampul surat yang telah digunakan untuk edaran dokumen dalaman
3) Menggunakan cawan atau mug sendiri
4)Tutup pili air semasa anda membersihkan tangan menggunakan sabun di tandas. Buka pili
air hanya ketika membilas.
5) Tutup komputer anda semasa sebelum pulang
6) Tutup semua lampu di pejabat sekirannya tiada sesiapa lagi di pejabat pada ketika itu.




** amacam ...pokok bergerak tak?? tali mejerut pinggang bagi nampak effect kurus skit...skit je la..hihi...rupa orang nakmain taekwondo pun ada...wahhh ko ada ke talipinggang hijau...aku ada keyyyyy










Google