THE HUSBAND & WIFE :)

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Info. Show all posts
Showing posts with label Info. Show all posts

15 August 2011

Makanlah Buah Delima...Khasiatnya Melampau

"Buah delima adalah salah satu buah yang terdapat di dalam syurga yang kaya dengan unsur zat besi.Saidina Ali ada berkata: “Makanlah buah delima dan bahagian isinya kerana buah ini berfungsi membersihkan perut”.

Buah delima baik untuk kerongkong, dada, paru-paru dan mengubat batuk. Ia juga membantu meningkatkan stamina. Berguna mengubat radang usus, mencegah muntah, mengurangi panas dan mengatasi jantung berdebar.

Bagi ibu mengandung Delima, sejenis buah lain yang disebutkan di dalam Al-Qur`an, mengandung potassium yang besar volumenya, selain dari mineral-mineral lain seperti fosfor, kalsium, besi, dan sodium, dan vitaman-vitamin A, B1, B2, B3, dan C. Bereaksi bersama sodium, potassium mengatur ekuilibrium air tubuh dan menjaga detak jantung agar tetap normal..(bagi ibu dan perkembangan fetusnya). Dengan memelihara keseimbangan kadar potassium-sodium, buah ini juga menunjang kepekaan saraf dan otot agar berfungsi secara teratur( kajian mendapati rahim wanita lebih utuh/kuat sesuai dengan kepekaan nya menunjang pergerakan bayi yg dikandung) , mencegah edema, dan mengurangi kadar gula yang beredar di dalam darah ( ibu yang baru pertama kali mengandung atau lebih dari 3 kali pregnancy No.). Delima menghilangkan rasa letih otot dan memungkinkannya bergerak dengan mudah,dan juga menguatkan jantung.

Antara kebaikannya yang lain:
* menghalang pembentukan sel kanser
* mencantikkan kulit
* mencegah dr nyanyuk
* memberi tenaga
* elok utk pesakit tekanan drh tinggi dan rendah
* elok utk sistem penghadaman
* mengurangkan berat badan
* prevent morning sickness( utk org mengandung)
* memperelokkan rahim
* dan lain-lain
___________________________________________________


Setelah membaca info di atas hasil carian kat google...sejak dua menjak hamil ni suka mengoggle apa yang patut diikuti ...lepas tu kawan opis Yani dia tanya dah makan buah Delima ke belum?? terus teringat teringat nak beli...then google...oh bagusnya khasiat nya...melampau lampau lak....rugi tak di amalkan...kalau tak pregnant pun leh makan...elok untuk kesihatan...misi nak cari buah Delima ni kena tunggu weekend la bila My EA tak keje...sebab dah bagtau dia...nak buah Delima...plsss...pastu dia cakap..okeh nanti weekend cari...

Survey survey cari kat Giant je la...dekat pun dekat je ngan umah...so gigih mencari demi khasiat buah Delima...dan satu hal...kitaorang tak kenal rhopa buah Delima..hahaha lawak...dah jumpa bahagian buah tapi tak kenal mana satu..haru...tanya budak sales Giant pun tak kenal...haishh...so tanya la orang sekeliling kat buah tu...nasib ada sorang mak cik tu kenal..ha tu dia dik buahnya...hihiih...maluuuu...dah la takde tanda nama...Giant lain kali tolong letak tag nama yer...aku nak 2 biji je...EA suh hangkut 4 biji terus..baik la terus timbang...

Buah ni memang mahal sikit..tapi oklah 4 biji dalam RM19++....dan tak lupa cari Jus Delima gak..nak jugakkk...tak banyak jus Delima di jual...ada satu jenama Freshies...hamik je la...RM7++...EA suh beli 2 tapi aku nak rasa dulu..pestime kan nak try buah Delima....semalam gak minum masa berbuka...jus dia adalah sweet sour tapi ada pahit sikit...payau jugak la nak habiskan secawan...buah Delima jugak semalam dah kopek 4...makan sikit sikit sekaligus ngan bijik...sedap ala ala masam...


Jus Delima dan Buah Delima telah ku beli..semata ke GIANT beli tau

Delima @ Pomegramate....timbang untuk 4 biji =RM19.96

Jus Delima jugak beli...sampingan jugak...rasa ada pahit masam...

ini rhopa buah Delima ..baru aku tau...EA pun tak tau...blurr jap mencari...hampir dah frust takjumpa

kasi kopak...meh makan isi dalam bijik bijik nya..leh makan bersama biji ....best rasa masam masam manis



MARI KITA AMALKAN PEMAKANAN BUAH DELIMA INI...KHASIAT DIA MELAMPAU LAMPAU....




Important : Declaration of images are the intellectual or personal property,image usage is strictly prohibited without the written consent of the blog owner,Failing which may result in possible legal action against the involved party using the image. MIMY HAMID

02 April 2010

INFO : Tanda tanda Sakit.....


Info ini bagus untuk anda semua............
Tanda-tanda sakit yang selalu kita rasakan berhubung kait dengan fungsi badan yang lain. Bacalah untuk menilai sejauh mana kesihatan diri anda :-

1. MATA (Bertindak balas dengan keadaan hati).
i) Mata menjadi merah : Hati mengandungi paras toksin yang tinggi.
Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.
ii) Mata menjadi kabur : Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.
iii) Keluar tahi mata : Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.
iv) Keluar air mata : Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja
v) Ketegangan mata dan kelopak : Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.

2. HIDUNG
Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong.
i) Selesema : Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong. Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).
ii) Hidung sumbat : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan.
Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
iii) Bersin
a. Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
b. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.

3. Batuk
a. Batuk keluar kahak : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
b. Batuk tanpa kahak : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Biasanya kahak pekat keluar selepas beberapa hari memakan RG..
c. Batuk dan berasa gatal di kerongkong : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.

4. KERONGKONG
i) Kerongkong kering. Proses membuang toksin sedang berlaku
di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.
ii) Sakit kerongkong. Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.

5. BIBIR (Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman)
i) Bibir pucat
a. Sistem penghadaman yang lemah.
b. Perut mengandungi angin.
c. Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi. Sepatutnya diperkuatkan fungsi penghadaman dahulu dengan RG sebelum memakan zat besi.
ii) Bibir kering dan pecah. Perut mengandungi banyak bahan toksin.

6. MULUT DAN LIDAH : Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem pengedaran darah.
i) Lidah atau gusi bengkak, sakit : Menunjukkan jantung mempunyai masalah, seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.
ii) Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser). Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.
iii) Mulut berbau busuk . Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.

7. TELINGA: Berkaitan dengan buah pinggang.
i) Telinga terasa tersumbat : Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.
ii) Telinga berdengung : Sedang merawat buah pinggang yang lemah.Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.

8. KULIT Berpeluh :
a) Peluh masin : Badan mengandungi lebihan asid urik.
b) Peluh berbau : Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.


9. RUAM DAN BISUL : Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.


10. KULIT GATAL DENGAN RUAM : Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.

11. KULIT PECAH DAN BERAIR : Proses pembuangan toksin yang larut dalam air.Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan.

12. RAMBUT GUGUR : Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.

13. SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI
a. Sakit Sendi
i) Rasa panas. Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan tanda- tanda penyakit pirai (gout).
ii) Tidak rasa panas Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism).
iii) Sakit di bahagian bahu. Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.

b) KEBAS TANGAN : Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.

c) KEBAS TANGAN KIRI DAN LENGAN : Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.

d) KEBAS KAKI : Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.

e) SAKIT TAPAK KAKI : Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.

f) SAKIT TUMIT KAKI : Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.

g) RASA PANAS DI TAPAK KAKI : Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.

h) GATAL DI CELAH-CELAH JARI KAKI : Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).


14. TANDA-TANDA DALAMAN

A. KEPALA.
Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.

B. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN DEPAN KEPALA
Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.

C. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN BELAKANG KEPALA
i) Bahagian atas . Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
ii) Bahagian bawah (tengkuk). Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.

D. SAKIT KEPALA DAN RASA GAS KELUAR DARI TELINGA :Menandakan penyakit migrain.

E. BISUL TERJADI DI KEPALA
Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.

F. RASA PENING YANG MEMUSING
Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.


15. MULUT/KERONGKONG/LIDAH
a. LOYA/MUNTAH . Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.
b. MUNTAH DARAH
i) Darah merah : Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong dan
ii) Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut; misalnya penyakit ulser.


16. LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK : Tanda sakit jantung.


17. KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT . Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman


18. KENCING
a) KERAP KENCING
Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran yang
b) AIR KENCING BERKAPUR Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.
c) AIR KENCING BERMINYAK : Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.
d) AIR KENCING PEKAT BERWARNA COKLAT : Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.
e) AIR KENCING BERDARAH : Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.


19. BUANG AIR BESAR
a) CIRIT-BIRIT/KERAP BUANG AIR BESAR : Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar.
b) SEMBELIT: Membersihkan toksin dari usus kecil.
c) NAJIS BERDARAH
i) Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.
ii) Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.
d) NAJIS BERWARNA HITAM : Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku.

20. BADAN
a) RASA SAKIT : Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah.
i) Sakit menyucuk : Proses menyeimbangkan urat saraf.
ii) Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan.
iii) Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.
iv) Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah.
b) BADAN TERASA BERAT/ MALAS/ LENGUH . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan
c) BADAN TERASA PANAS . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.
d) BADAN TERASA RINGAN :
Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.

21. RASA TAKUT MENGEJUT : Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.

22. CEPAT NAIK DARAH/MARAH : Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.

23. RASA BIMBANG DAN TAKUT : Sistem paru-paru yang lemah.

24. RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB :
i) Sistem jantung yang lemah.
ii) Sistem saraf otak yang lemah.
iii) Masalah pengaliran darah.

25. SUKA BERFIKIR DAN BERKHAYAL : Sistem penghadaman yang lemah.






02 February 2010

Terlalu.....



1.Terlalu lama berdiri - merosakkan tulang. Urat sekitar kaki menjadi kembang.

2. Terlalu lama duduk - merosakkan lipatan daging. Akan mudah dihinggapi penyakit tua. Tubuh badan menjadi kendur.

3. Terlalu lama berjalan - merosakkan urat.

4. Terlalu lama melihat - merosakkan darah.

5. Terlalu banyak tidur - merosakkan tenaga. Menjadi pemalas. Jauh jodoh!

6. Terlalu banyak ketawa /gembira - merosakkan usus.

7. Terlalu kerap marah - merosakkan hati. Cepat kelihatan tua.

8. Terlalu banyak berfikir - merosakkan limpa. Kulit muka cepat berkedut.

9. Terlalu banyak bersedih - merosakkan jantung.

10. Terlalu merana - merosakkan paru-paru.

11. Terlalu takut - merosakkan ginjal. Apabila fungsi ginjal terjejas, boleh mengakibatkan gejala kencing manis dan lemah jantung.

12. Terlalu kerap terkejut - merosakkan pundi hempedu. Gejala pening kepala kerap dialami.

13. Terlalu banyak makan - merosakkan pencernaan. Mudah mengalami keletihan, malas dan selalu mengantuk.

14. Terlalu banyak minum minuman berais - merosakkan otot & lambung. Badan menjadi lembik. Berat badan meningkat. Mudah diserang penyakit & tidak kelihatan awet muda.

15. Terlalu banyak masa lapang - merosakkan fikiran. Kelapangan masa yang terlalu banyak menimbulkan berbagai khayalan dan menimbulkan berbagai penyakit jiwa, kecuali masa lapang diisi dgn aktiviti hidup yg positif .

16. Terlalu banyak baca e-mail/blog/fesbuk - nanti bos marah. Dah ... pegi sambung buat keje tu, jangan nak tenet je. hee...he...



23 December 2009

PERKARA-PERKARA YANG TAK DISUKAI ISTERI...


** copy paste lagi untuk peringatan bersama.....para kaum laki pulak....ha baca ni...takpun isteri yang baca ni gi suh laki baca..atau tampal depan meja solek...ehehhe...


1) Bangun tidur kena kejut 2-3 kali - kalau lambat kita yang kena marah....

2) Suka letak barang merata-rata

3) Tak pandai basuh pinggan ( pandai makan aje)


4) Sebelum kawin pandai iron baju lepas kawin semua dah tak pandai (malas) - Kena bertolak ansur sebab isteri kadang2 penat menjaga anak dan rumah.

5) Tak pernah menghargai kasih sayang isteri. Jgn sebelum kawin aje romantik lepas kawin semua lupa. Kadang2 isteri memerlukan kasih sayang dan belaian dari seorang suami. Walaupun hanya sebuah kucupan di dahi cukup membuat hati siisteri bahagia.

6) Kepada kaum suami tolonglah mengingat hari2 yang bermakna buat kamu berdua. Seperti tarikh perkhawinan, hari lahir anak atau isteri. Walaupun hanya seungkap kata. Gembira rasanya siisteri apabila sisuami mengingati hari2 mereka, bukannye nak meminta hadiah , tetapi sekadar ungkapan tak luakkan....

7) Jgn kedekut................


8 ) Kalau nak isteri cantik, bagi dorongan, kuatkan semangat hulurkan bantuan kewangan untuk mendapat hasil yang si suami inginkan....

9) Jgn berat tulang, rajinlah tolong isteri dirumah, memasak dan mengemas..

10) Suka melepas merata-rata tempat (melepaskan gas)

11) Tak suka bila sisuami mula meninggikan suara (menengking)

12) Benci bila mula menaikkan tangan dan kaki ( Perkara nie walaupun jarang dibuat tetapi sekali terlepas akan meninggalkan kesan yang mendalam kepada siisteri oleh itu jgn sesekali buat macam nie kat isteri)

Rasanye banyak lagi yang benda siisteri tak suka suami buat.. tapi setakat nie aje yang teringat.. Oleh itu sayangi isteri anda semua... itu adalah amanat dan tanggungjawab yang telah diberikan. Sekali akad dilafazkan, sekali t
anggungjawab digalas. Isteri kurnian Ilahi jaga betol2 dan sayangi dia... Adios



** ni satu lagi motip??? bakal isteri yang belum jadi isteri dah berwarning bagai sebelum kawen dah siap cekak pinggang ko yerkkk...uuiii macam dah 10 tahun kawen je....padahal 10 tahun yang lalu plan kawen tak menjadi jekk...huhuuh




10 SITUASI LELAKI YG HARUS WANITA FAHAMI Lelaki...


**Info copy paste good for sharing is caring :-)

1. Bila si dia sibuk........ Jangan pula kamu terhegeh-hegeh meminta si dia menjemput kamu di tempat kerja ataupun menemani kamu pergi membeli-belah.

2. Bila si dia ego....... Jangan sesekali kamu mempersoalkan tentang keegoan bila sikap sebegini sedang menguasai dirinya. Lelaki amat payah utk mengakui dirinya ego sebaliknya berpendapat ianya ketegasan.

3. Bila si dia romantik........ Ajaklah si dia bersiar-siar di tepi pantai ataupun makan malam di bawah cahaya lilin sambil mengenangi saat-saat manis pertemuan pertama dan jgn lupa selit sekali perancangan utk m
asa depan bers ama.

4. Bila si dia panas baran........ Jgn membuat sesuatu yg boleh menyemarakkan lagi perasaan marahnya. Cuba kamu berdiam diri dulu sampai kemarahan reda.

5. Bila si dia penat....... Jgn mengadu perkara ataupun bercerita ttg hal yg remeh. Dalam saat sebegini si dia hanya perlu rehat yg secukupnya dan jgn memaksa dia membuat sesuatu yg boleh menambah kepenatan.

6. Bila si dia pentingkan diri sendiri......... Cuba berterus-terang dan meluahkan rasa tidak puas hati kamu tentang sikapnya itu. Kamu patut bersikap terbuka dan memintanya supaya mengimbangi pendapat kamu juga. Jgn lupa utk bertoleransi antara satu sama lain.

7. Bila si dia mengongkong..... Kalau k amu memberontak, pasti akan dimarahinya. Tapi kalau menurut saja katanya takut
menjejaskan diri sendiri. Utk itu, kamu perlu berkata padanya utk membiarkan kamu membuat keputusan sendiri asalkan tidak menjejas hubungan kamu berdua.

8. Bila si dia selamba....... Cuba tarik perhatian si dia. Contohnya membuat sesuatu yg boleh menarik minatnya. Orang yg selamba ini selalunya ingin kita yg memulakan dahulu. Oleh sebab itu, kamu patut merancang sesuatu bagaimana utk menarik perhatiannya.

9. Bila si dia curang..... Jgn tuduh tanpa usul periksa. Jika benar si dia curang, bersemuka dan tanya dengan si dia mengapa bersikap begitu. Tapi kalau si dia tetap dengan keputusannya, eloklah kamu sendiri yg berundur dul
u sebelum makin parah kelukaan hati.

10. Bila si dia lurus bendul...... Memang kamu boleh mengambil kesempatan ke atas dirinya tetapi jgn sampai memperlekehkan setiap tindak tanduknya. Kamu patut menjadi perangsang padanya dan mengatakan yg si dia mampu membuat keputusan sendiri tanpa mengharapkan org lain sangat.



** motip LELAKI INI??? adakah 10 situasi di atas menggambarkan dirinya...lu pikirla sendiri...huhuhu




Google