THE HUSBAND & WIFE :)

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

30 March 2018

Jatuh Cinta bersama Tilam Goodnite® StatFree®LOVE SERIES



Kenapa kita kena particular pilih tilam ?? Ye kita kena mencari yang bagus dari segi kualiti …biarpun orang kata tilam ni ikut bukan satu keperluan tapi dari segi kemampuan, keselesaan … tilam yang bagus akan memberikan support seluruh badan dan menjaga postur dari tidur yang salah..bila postur salah kita akan mengalami sakit belakang seluruh badan termasuk pinggang… pelaburan untuk sebuah tilam yang selesa sebenarnya adalah berbaloi!!.…untuk seorang yang mementing kan tido yang selesa seperti aku memang mementingkan kualiti tidur yang cukup atas faktor paling penting TILAM…..bila tidur tak cukup, mulalah takde mood dan sentiasa negatif sepanjang hari… prestasi kerja akan terganggu, mood orang sekeliling kita pun akan terjejas..

Kebetulan story pasal tilam..baru ni 9-12 March 2018… aku pergi ke Export Furniture Exhibition bertempat di KLCC Convention Hall saja la nak tengok pameran furniture kat situ…then singgah la booth Goodnite…ye TIlam Goodnite..sebut Goodnite semua orang tau kan…tagline “Your Sleeping Partner”…Goodnite adalah pengeluar tilam tempatan yang lama bertapak di Malaysia sejak 1989.. lamaaaaaaaa tuu..memang famous brand Goodnite ni..then masa exhibiton ada new series diperkenal di situ Goodnite Statfree Love Series...woww best nya tilam mood love love ni...romantik uolls...





Goodnite® StatFree® LOVE SERIES terdiri dari 3 jenis True Love, Forever Love, Eternal Love..series ni reka bentuk elegan dan praktikal kepada pengguna… Ketiga-tiga elemen reka bentuk ini memenuhi keperluan rehat pengguna dan memberikan peluang untuk menikmati tidur lena dan nyenyak....sereies ini mempun tiga pilihan itu ditawarkan pada saiz queen dan king dengan harga bermula RM1,999 hingga RM5,199 (tilam saja)…boleh rujuk picture dibawah..



∙ FOREVER LOVE - mempunyai 5 Zone Individual Encased Coil dan Premium Latex Asli untuk keselesaan tertinggi.

TRUE LOVE - 6 Double Posture Coil dan Hi Density Bio-Foam yang memberikan sokongan∙  



ETERNAL LOVE - Ciri-ciri 5 Zone Individual Encased Coil dan Foam Memori Premium untuk sokongan kontur badan tanpa kompromi untuk tidur yang berkualiti tinggi.


LOVE SERIES mempunyai Statfree terbaru yang diperbuat dari buatan serat karbon ultra halus yang menarik elektrik statik yang terkumpul di dalam badan dan menghantarnya ke udara pada voltan rendah…. Apa itu Statfree? berfungsi untuk membebaskan badan daripada elektrik statik yang terkumpul di dalam badan akibat daripada pendedahan kepada barangan elektronik dalam kehidupan seharian Tegasan boleh mencapai serendah 4,000 volt yang bermaksud bahawa ketegangan mengalir dari badan seseorang semasa mereka berbaring di atas katil, membolehkan seseorang untuk berehat dan mendapatkan keperluan tubuh yang lain…. pergerakan elektron keluar daripada tubuh badan kita akan mengurangkan tekanan pada tubuh seterusnya memberikan kelegaan dan tidur yang lena.Penyelidikan menunjukkan bahawa dengan tidur di Statfree®, anda akan bangun berasa lebih baik berehat, memerlukan purata 20 minit lebih kurang untuk tidur lapan jam…. Tilam ini  disyorkan untuk orang yang mengalami keletihan walaupun selepas tidur serta bagi mereka yang mempunyai insomnia, tidur yang tidak sihat atau mereka yang mendapat gangguan statik ketika berhubungan dengan orang lain.





Dengan setiap pembelian Goodnite® StatFree® LOVE SERIES akan disertakan FreeGfit di bawah merupakan bantal Latex yang terdiri dari – Bamboo, Contour, Soft Latex, Memofoam


Diperkenal kan juga Goodnite® IceSleep®  ..satu lagi teknologi untuk mendapatkan tido yang ideal suhu 18’c.. di paras suhu ini kita dapat berehat dan membantu menangani insomnia untuk kesihatan yang sihat.. kebaikan IceSleep®  mempunyai ciri ciri tilam seperti kesejukan yang tahan lama, selesa di permukaan, meresap dengan lembut, mudah kering, senang di jaga dan sesuai untuk semua…





Untuk maklumat lanjut bolehla melayari website www.goodnite.com.my/













29 March 2018

Sesi Mama2 Penyayang Dumex Dugro®



Bertempat di The Cooking House pada 18 Mac yang lalu...aku telah diemput untuk menghadiri satu event ekslusif diberi nama "Sesi Mama2 Penyayang Dumex Dugro®".. aku sangat excited dengan jemputan ni aku memang excited..event sebegini biasa nya banyak aktiviti parenting disamping aktiviti kreatif dan mendapat ilmu keibubapaan bukan saja dari segi akademik tapi menerap kan nilai nilai kasih sayang antara ibu dan anak.. yang paling penting peluang yang kami dapat seperti petua nutrisi lebih lagi untuk anak kita...Acara eksklusif  ini juga menjemput selebriti mommies Diana Amir dan Yana Samsudin selaku pengacara majlis bagi memeriahkan majlis dan berkongsi tips bersama ibu ibu yang hadir...


Apa apa kita bergambar dulu..




Yeayy im.ready ..acah acah chef


Bersama mommy celebrity selaku jemputan


Bersama sebahagian mommies yang join turut serta


Okay aku nak share sikit tujuan event ini dianjurkan ...."Sesi Mama2 Penyayang Dugro®".. Dumex Dugro® memahami bahawa ibu-ibu sentiasa mahukan yang terbaik untuk anak-anakbertujuan untuk menggalakkan ibu-ibu dan anak-anak mereka menggunakan kreativiti dalam menyediakan hidangan yang berkhasiat untuk memupuk tabiat pemakanan yang sihat sejak kecil.. kita ada sesi demo masakan bersama Chef Norzailina Nordin (Lin) untuk menunjukkan Menu Ringkas 6 hari Dugro®’ ..sebanyak 6 resipi akan diperkenalkan dalam acara ini, yang semuanya kaya dengan DHA, Omega 3, Omega 6, serat, vitamin dan mineral. Ini juga sesuai untuk pelan makanan 1 minggu untuk kanak-kanak, membuat resipi ini lebih sempurna dan mudah untuk disediakan ibu-ibu bekerja..


Buku Menu Ringkas 6 hari panduan menyediakan juadah si manja


6 menu si manja yang disediakan oleh chef 

Ready Chef Lin in action

Juadah pertama Quiche Ayam Cendawan 





Diserikan dengan emcee Yana Shamsudin berceloteh

Pakar careline membantu bersama menjawab soalan

Bersama Chef Lin...dulu aku pembaca blog masakan dia...

Selain main masak masak bersama mommies..kita juga ada tetamu jemputan terdiri daripada Dumex Dugro®" Careline expert yang membincang kan isu isu anak dan inisiatif mereka membantu menjawab soalan kemusykilan ibu bapa ...penasihat pasukan careline mereka adalah terdiri daripada para ibu, bekas jururawat, bidan, pakar diet dan pakar nutrisi berpengalaman yang sedia mendengar dan menawarkan nasihat pada bila bila masa saja..meraka banyak berkongsi  tips mengasuh anak-anak, dan menyediakan lebih banyak makanan berkhasiat & susu untuk anak-anak mereka dengan lebih cekap dan dengan jaminan kualiti - semua dengan bahan-bahan yang berkhasiat, cekap dan efisien..pasukan Careline sedia membantu 24 jam 7 hari seminggu di talian 1800-38-1038 jika anda memerlukan sebarang nasihat atau pendengar setia...



Sessi bersama Team Careline..membantu menjawab sebarang masalah kemusykilan para ibu...












Sesi Masakan bersama ibu ibu kami di bahagikan 6 orang satu kumpulan..kami diminta untuk menyediakan 2 hidangan menu ringkas Dumex Dugro®’..yang pasti anak anak pasti suka nutrisi lebih tinggi..menu kami pada hari itu ialah Quiche Ayam Cendawan & Kebab Ikan Comel...kami di beri masa selama 40 minit untuk menyiap dan menyediakan hidangan lengkap penuh berkhasiat menggunakan susu Dumex Dugro®...perasaan yang seronok sangat dan teruja dapat memasak makanan berkhasiat untuk anak...tak sangka susu Dumex Dugro®. tinggi nutrisi boleh membantu penyediaan menu sihat...


Kerjasama memasak team kami...

memasing memang rajin ada je tugas...


Susu Dugro jangan dilupa...menu sihat untuk anak anak


Siap hasil kami...

menu sihat bernutrisi bersama Dugro berjaya disiap kan Quiche Cendawan Ayam dan Kebab Ikan Comel

Semestinya Dugro dalam masakan..




TAHUKAH ANDA?
Dugro® mengandungi kandungan DHA tertinggi*. DHA adalah komponen utama otak dan retina mata.

Dugro® juga mengandungi dengan Omega 3, Omega 6 dan lcFOS yang hanya didapati dalam Dumex Dugro. Omega 3 & Omega 6 adalah acid lemak penting yang tidak boleh dihasilkan oleh tubuh manusia. Ianya mesti diperolehi daripada makanan ataupun susu formula. Pengambilan Omega 3 dan Omega 6 yang secukupnya dapat membantu pembelajaran dan pemikiran Si Manja.



Ada berita baik untuk all mommies..kini ada promosi 2-in-1 Playmat dan Storage Bag ** Sebarang variansi * Sementara Stok Masih Ada..Dapatkan dan kumpul kesemua rekaan..


1. Beli mana-mana Susu Dumex Dugro 900g, dan dapatkan mainan 2-dalam-1 dan simpanan semula **Mana-mana variansi ** 
2. Ia boleh didapati di semua kedai utama di seluruh Malaysia, untuk maklumat lanjut lawati: https://www.dugro.com.my/promosi_dan_acara atau halaman Facebook Dumex Dugro


Penggunaan:
1. Cerita-cerita & Waktu Main
2. Penyimpanan
3. Pek untuk berkelah
4. Boleh dibasuh











06 July 2017

Selamat Hari Raya 2017...errr Setahun Hanya Sekali Muncul

Selamat Hari Raya 2017 buat semua...yang masih ingat diri aku ini..hoi aku kekok nak tulis....taip padam taip padam..ni sebab dah biasa dengan socmed simple la ni..etc IG/FB...ramai suh aku tulis blog balik..aku nak ...tapiiiiiii aku krik krik...kalau masih tegar tu wa salute sama lu...wa yang tak tegar dah ni......muncul balik di hari raya 2017...sunyi sepi tanpa berita ...weh mana ada..kat ig/fb bersepah muka...

Apa nak update eh kekok nya ...ok aku cerita sipi sikit la eh..korang tanya apa..hal anak...yes still sorang...the one & only ehhh..aku dah ready nak tambah tapi bang megat ko hold dulu..mengikut perintah laki....siapa yang beranak ntah suh hold kan..ke dia takut tgk aku beranak..apa saja la bang...Fayel dah 5 tahun...peminat Fattah Amin...opps...ko jangan mengutuk abg patamin dia...emo !!..pastu apa lagi...keje still tempat sama...Insha Allah selagi boleh keje kita keje....

Kisah bualan puasa pun tak gak update blog kan...ada hati nak update snap gambar beria itu ini.hashtag #mimymasak...hashtag wajib nak gempak...rasa sedap ke idak belakang citer..janji masak dari air tangan isteri buat suami tercinta wah gitewwwwwwwwwww.....

Masuk citer raya..ini tahun #teamrayamertua #teamraya terengganu...7 tahun raya bersama as suami isteri..Alhamdulillah.semoga terus dan terus menikmati raya bersama...tahun ni kami team merah maroon...warna ni masih belum dalam senarai list family kami...dan Fayel yang pilih....dia nakw arna merah sebab nampak boboiboy pakai warna merah...apa2 saja la janji sedondon..kebiasaan nya kami akan memilih plain di pagi raya...

Cerita raya menyusul kemudian la ye...korang layan pic je..apapun aku ingin menyusun ribuan kemaafan atas segala perbuatan menyinggung perasaan terlanjur kata terasa hati...maaf zahir dan batin...salam aidilfitri 2017...jumpa lagi di next entry yang ntah bila ...sila la rajin wahai diriku...




My ootd merah by Zuco Fashion

2 lelaki kesayangan ku...segak di pagi raya




Potret Keluarga yang penting tengah tu mastermind tema segala benda hari raya


kami...posing lagi


Suami ku tersayang tercinta...pahit manis 7 tahun beraya bersama...

Megat Fayel kesayangan mama dunia akhirat


Selfie dengan mama bulu hehe



Team Raya Mertua, nananaan tganu kiteeeeeeee



Selamat Hari Raya semua..tema hakak 2017 bervulu vulu gitu...













Google