THE HUSBAND & WIFE :)

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

24 April 2015

Rawatan Terapi Pelangsingan Badan & Kecantikan di Mayfair

**Scroll for New Entry**
**Sticky post for 2 days**

Sedia maklum la sekarang ni badan akak yang gedang, gemuk, montel ni…ya ampun apa nak jadi la….lepas pantang berlagak jap turun 20kg merasa la badan merecik turun 20kg uolls….3 tahun berlalu usah dikenang badan yang lama…nah sekarang badan yang baru….hmmmm…pitam….semakin naik dan naik macam belon kena pam….makin penat banyak keje…makin banyak lak laparnya…asyik makan…nikmat makan yang apa yang nak didustakan kalau sedap…ok nak insaf kurus sikit ni…nk stamina sikit…senaman pun jarang…

Baru ni berpeluang ke Mayfair Pavilion…memang tepat pada masanya …terkejut tengok suasana yang tenang rileks cool aje…tenang rasa…memang sesuai la tempat privacy untuk nak memanjakan diri…kasi belai belai muka dan badan….auww tak sabar la….akak sukaaaaaaa sangat….appointment pukul 2 petang aku dah semangat datang awal 1 jam…huhu…ok tak sabar…lets me story step selangkahke Mayfair ye….so nanti leh korang datang sini ….

Ruang legar beauty hall tingkat 7...teruja..cool & damai...

Ok dah sampai Mayfair Pavilion...

Tarikh date sama pulak dengan Dayu....tapi bilik asing asing le...balik janji temu sip sip kopi la kita

First sekali sampai je …pekerja pekerja Mayfair akan sambut mesra then diorang akan bagi borang untuk kita lengkapkan butiran…untuk treatment haritu…aku buat facial dan body..akan mengambil masa 3 jam….ok then kita akan di ukur pakai penimbang..penimbang macam ko pegang handle gitu….so bacaan berat, body fat akan dikira….then ukur tinggi….berat aku ehmmmmmm yg pasti 100++ keatas..tanjat nengoknya berganda aku naik ..tinggi aku 165cm…nasib la tinggi kalau tak kesian badan tak balance…huhuhu….

Sessi check lemak badan tepu

Khusyuk dengor penerangan...fokussssssssss sgt lettew

Ok settle timbang ukuran semua tu….sessi consultation kulit muka…bab ni aku suka sangat….aku ni nan hado je bab skincare ni..semua pun belasah je pakai…aku yang tak setia…tukar tukar tak sampai 2 bulan hahaha…macam berganti baju…hasil scan muka…menakutkan tengok kedalaman kulit …kulit aku di kategorikan berminyak di bahagian zon t tapi check kebawah adalah kering makan ya kulit aku nampak kusam tak sekata…..muka kurang air memang akan kering…so nak bagi muka segar..rajin rajin pakai toner ye….baru tau fungsi toner & moisturizer yang berguna tu…pasni nak pakai...please jangan malas cakap diri sendiri..

Time ni dah seriau tengok kulit sendiri..kulit jenis oily zon t..kering cheeck ke bawah...pencuci sesuai kena berunsurkan gel

Ok kasi settle facial muka berkerak ada banyak masalah tu….proses treatment facial adalah seperti turutan gambar….Treatment yang aku jalani adalah Oil Clean Kit..produk yang digunakan brand Ree’s Skin Formulation. Fuh facial yang best…terbuai buat perasaan..paling best ada body massage.. Treatment yang terdapat di Mayfair adalah seperti berikut…

Bilik Facial treatment yang cool

  • Peremajaan Kulit-Toning kuat, pelembap, rawatan antioksidan akan menyedarkan kulit anda, semangat dan deria.
  • Intensif Rawatan Mata-Kulit yang lebih ketat dan licin di sekeliling mata, mengangkat kening membantu untuk mengurangkan bawah mata "EyeBeg".
  • Terapi Rapi Leher-Mengurangkan kehilangan kelembapan. Mengurangkan garis-garis halus dan kedutan.
  • Ketegangan Rawatan Akhbar-Tekanan sederhana dengan tenaga minyak aromaterapi  Melancarkan peredaran darah dan peningkatan kesihatan fizikal. Ia juga membantu mengimbangi semula kelonggaran dan kejelasan mental yang meningkat
  • IST Detoksifikasi -Membantu memulihkan filem lipid semula jadi kulit dan menjana semula fungsi halangan yang
  • Kulit Booste -Secara semula jadi dan merawat diringankan kulit, meningkatkan ketegasan, kelembutan-dan keserian.
  • Terapi sel Angkat Rapi -Adalah prosedur bukan pembedahan kosmetik yang menggunakan elektrod untuk merangsang lapisan kulit untuk menghasilkan lebih banyak kolagen untuk menegangkan kulit dan mengurangkan penampilan garis-garis halus dan kedutan!
  • Refining Terapi Kulit -Mencerahkan & mencerahkan, Meminimumkan The liang roma, Kulit Metabolisme dirangsang dan pembaharuan sel diaktifkan, Hydra infuse

Asyik melayan feeling sampai tertido

Face Machine – IST Machine

Setelah selesai rawatan muka lebih kurang 1 jam setengah…so kita beralih keperawatan badan…okeh yang sangat ditunggu …nak try treatment di Mayfair….treatment pertama di mulakan denganIF (Intensive Frequency- IF adalah gelombang radio berfrekuensi tinggi yang menembus kedalam kulit dan menghasilkan haba yang meningkatkan peredaran darah..Iaju game ransang lapisan kulit untuk menghasilkan lebih banyak kolagen untuk menegangkan kulit…Untuk IF aku pilih bahagian perut….sambil buat tu berbunyi gak la bising frekuensikan…dan perbezaan akan ketara nampak side sebelah perut ada curve…kempis sikit…bukti bergambar ada tapi takleh tunjuk kat blog ar…malu hihihi…

Bilik IF

Slim Master Therapy

Cara IF di sapu bahagian perut..frekuesi akan berbunyi....

Ok setel bab pertama…session kedua… …Vibe Kinetik Terapi (Badan Penuh)..Kesan getaran VKT adalah seperti ribuan urut rolling kecil dengan jauh-inframerah yang membantu membakar lemak. Penggunaan kalori adalah lebih cepat dan lebih cekap berbanding senaman biasa. Hanya 10 minit masa, VKT boleh mengambil 500 kalori, bersamaan dengan satu hingga dua jam latihan itu. Oleh itu, ia membantu untuk mempercepatkan program penurunan berat badan. aku suka buat VKT ni...just berdiri then kaki badan semua bergetar bergegar...10 minit pun rasa kejap...punya la syok badan gegar gegar...kita just berdiri then akan terasa seperti pergerakan kita berlari....selepas habis VKT terasa regangan kaki...

Mesin VKT

Sessi 10 minit yang syok...gegar gegar badan...rileks je...tapi sama mcm berjogging

Session last yang debar hahaha sebab nama dia CLA Chili Slimming …CLA adalah diekstrak daripada biji cili lada. Unsur aktif pada dasarnya capsicum boleh menjadi berkesan dan cepat merangsang penguraian dan perkumuhan lemak badan…fuh dengar chili aku debar aku bayangkan panas pijar…huhu…dah nama chili…krim ni bila sapu sejuk je rasa…bestnya..haha konon pastu badan akan di wrap dengan plastic…like a mumia lutsinar….heheheh…then kita akan di baring kan atas selimut haba dalam keadaan selubung….Selimut haba yang panas boleh melegakan otot; meningkatkan peredaran darah di samping mengurangkan pembendungan cecair….aku cuba nak tido tapi tak lelap…dah terasa bahangnya kepanasan menyerap…macam sauna…cukup masa badan yang panas tu leganyaaaaaaaa….habis lencun badan aku berpeluh….panas tapi puas hati la orang kata…

Syhh tengah kepanasan badan berchili tu...hahaah nak tido tapi gelisah...hahah tapi habis session best lencun

Selesai akhirnya treatment setelah 3 jam…hasilnya aku rasa badan fresh segar….muka pun berseri  je eheheh….then sebelum balik dihidangkan the bunga krisantemum..oh nyamannnyaaaaaa…terasa segar badan….secara keseluruhan aku suka semua treatment yang aku buat..serius enjoy sangat plus pakej Mayfair yang tak lokek bersembang berkongsi setiap fungsi treatment…so untuk yang beminat ada pakej best nak bagi..dari Impian Anggun…


Habis semua session...muka fresh...tegang regang badan muka

Lets minum teh bunga bagi segar badan

“Impian Anggun, sebuah rancangan realiti kecantikan yang dibawakan khas oleh Kumpulan Mayfair, menceritakan kisah-kisah benar para wanita yang berjaya melangsingkan badan dan mengembalikan keremajaan kulit dengan bantuan profesional Mayfair Bodyline sejak tahun 2008. Kini, Impian Anggun merupakan sebuah zon wanita yang menawarkan informasi dan tips untuk membantu mengembalikan keyakinan diri anda dengan menyelesaikan masalah berat badan serta kulit anda”

Apa perlu korang buat untuk menikmati pakej hebat dari Mayfair dan Impian Anggun ..cara nya mudah saja….
Website : www.impiananggun.com.my

2. Nyatakan mengapa anda berminat untuk mengikuti treatment . 10 pembaca bertuah akan menerima hadiah giveaway.

3. Jangan lupa untuk memenangi nya sebelum tarikh tutup 10 Mei 2015 ….


Thank Grace...yang tungkus lumus uli muka badan akak yang 2 kali ganda dari awak hehehe

Manager Mayfair Pavilion..Thanks uolls



Sempena ulang tahan ke-30, Mayfair sedang menjalankan promosi RM30 untuk 3 treatment seperti berikut..


Tunggu apa lagi? Kalau tak sabar-sabar nak tunggu pertandingan, bolehlah lawati Mayfair dengan promosi ini!



















22 April 2015

Mari MengHIJAUKAN diri 22 April

Hari ni 22 April...setiap 22 April sejak keje TM dan ada blog ni aku tak miss akan berbaju hijau pastu upload kat Blog..tapi now blog dah jatuh ke bawah...apa2 hal update Instagram dulu pastu link ke Facebook...last baru Blog..kesian kat ko Blog...dah jatuh saham ko sekarang....

Ada apa 22 April...setiap 22 April adalah Hari Bumi...omputih panggil Earth Day..kebiasaan TM akan sambut Earth Day ni dengan support la berbaju Hijau...tgreenday gitu...yeahhhhhhh..meriah la hijau kat Menara TM...untuk aku Hijau tak ada masalah sebab aku memang suka sangat Hijau....warna kesukaan aku...selak selak almari...cari mana Hijau pakai....so untuk tahun ni masih dalam mood hijau ...nak bgtau tiap tahun tak pernah miss...huhu http://nurmimy.blogspot.com/search/label/greenday...


So sempena hari bumi....ada sedikit tips untuk kita pratikkan..masa aku banyak kat pejabat so aku share kat pejabat ye..


Tips HIJAU di pejabat:-

1) Tukar setting pencetak anda supaya ia mencetak di kedua-dua belah muka kertas
2) Gunakan sampul surat yang telah digunakan untuk edaran dokumen dalaman
3) Menggunakan cawan atau mug sendiri
4)Tutup pili air semasa anda membersihkan tangan menggunakan sabun di tandas. Buka pili
air hanya ketika membilas.
5) Tutup komputer anda semasa sebelum pulang
6) Tutup semua lampu di pejabat sekirannya tiada sesiapa lagi di pejabat pada ketika itu.



semangat hijau..pokok bergerak...lime green tu sgt la menyerlah dari jauh orang dah nampak...


gambar join contest...gadis hijauuuuuu 














14 April 2015

Mengenankan Rambut Pinochio Lee Jong Suk

Hai hai uollls....akak tengelam timbul balik....hihihi....tangan sotong hari ni berjaya update satu entry...ok entry simple , short & sweet je...hari ni pasal rambut fayel...pernah ku story Fayel ni ada problem potong rambut....sejak kecik memang bergelut sampai emo emo nak potong rambut dia yang cepat nau panjang....pesen rambut lebat gitu la...yang sakit tu bila cepat panjang mula la serabai rambut dia...rambut cecah mata...belakang panjang macam bela ekor...yang paling bising atok dia la...selagi tak potong duk zikir telinga....atok nya pesara polis memang gitu la tak merasa ko rambut panjang...mesti sentiasa pendek dan kemas 

Kitaorg trauma bawa fayel potong kedai...dek sebab Fayel akan menangis lalakan gempita...dan dia kan bagi orang duk terintai pandang...suara budak mana la kena dera...tempat biasa potong KL Festival Mall kat situ ada barber shop tingkat bawah....konon nya tempat mesra budak....ada kereta mainan so leh ar duk dalam tu...eh sorry der...Fayel tetap tak layan memang berkuntau...kasi pegang kapla dia...risau je kena tobek kepala...india tu pun dah garu kepala cuak... kali ni tak de gi kedai...buat malu je...papa fayel nak bikin sendiri potong...haah dia tu rambut sendiri tak pernah potong kedai...memang trim sendiri...tak pun adik adik dia pun leh je tolong...

Fayel nya rambut dah serabai moh la potong...bang megat dia ni peminat drama korea..ada satu drama Pinochio..aku ni tengok gitu je..bukan minat sangat pun...kat rumah tu...conquer tv channel korea bang megat sorang je...so terkenan la si hero pinochio tu ...apa nama dia Lee Jong Suk...eh ini pun akak google tau...punya la tak tau nama.....rambut Fayel setelah dipotong adalah ala ala meniru sikit Lee Jong SUk...kemainnnnnnn ko anak ...persis korea pulak...hasil mengenan papa nya....korea celup pun boleyyyyyyyyyyyyyy......so kita tunggu 2 bulan lagi ...apa la style korea papa ko nak buat...mak pasrah aje la...kpop apapun tak tau...kesiann haha..tak minat ...


nah hasil google si Lee Jong Suk...rambut ni la dalam pinochio tu

Hah gituu depan nya haaaaaaa...kemain papa ko mengenankannya 

Hasil siap potong rambut oleh papa nya..sengeh kemain papa dia buat...nangis sikit je...kalau kt kedai macam kena dera

Dari sisi tepi....adalah sikit sipi sipi macam nak sama rambut si korea tu....boleh la....


Whatever la korea ke apa ke........janji kemas...itupun dah panjang...2 minggu dah panjangggggggggggggg



________________________________________________________________________________

Iklan :

Hi uolls ..i still jual macam macam...business is still on going walaupun agak segan menjenguk.....so sapa sapa nak beli genie bra,lipstick nyx, kimono cardigan, shawl  ** ALL READY STOCK** ..boleh klik link bawah ye...tqqqqqq uolss still support me...muahhhhhhhh 





20 March 2015

Short Getaway Birthday Boy Fayel 3 Tahun - Gold Coast Morib

Entry kenangan yang kena cerita gak dalam blog...maaf kekangan waktu...malas ...dan tangan pun macam sotong dah kat opis ni..pa cum finance...keje baru 2015 bertambah job finance pulekk.....nk blogging kat rumah...laki ai tak bagi...rumah adalah untuk berehat dan bonding dengan anak anak katanya...tak yah sibuk semua benda...nak pegang hp kadang tu pun kena jeling tau...gitu citer nya mukadimah dulu kenapa blog macam biskut...macam biskut pun tak pe...tak nak baca ke komen ke...i tak kisah uolls...blog ni pun memori untuk diri sendiri...orang suka satu bonus...kan kan...tq uolls..

Ni kisah birthday Fayel...tahun ni tak plan buat majlis ...tahun ni start dengan bawa fayel bercuti...Fayel nya birthday memang akan cuti panjang...sebab sehari selepas birthday dia adalah hari wilayah persekutuan..so memang cuti umum..so tetiap tahun memang cuti umum...untung la fayel...heheh......ni kira cuti family pembuka tahun 2015...konon tahun 2015 ni bang megat dah janji nak jadi tahun berjalan....2014 kan kitaorang tak jalan langsung.....

Cuti cuti birthday kitaorang sepakat nak gi dekat dekat enjoy kan Fayel...untuk birthday boy...tempat harus la dia enjoy sakan lebih...ala dekat dekat aje...Gold Coast Morib yang berzaman aku rasa orang dah terjah ..aku je belum hahaha..always ketinggalan...ada aku kesah...tak janji sampai....aku pernah beli tahun 2014 tapi takde rezeki burn gitu aje...semua nya sebab bang megat tak de cuti...grrrrrrr..so tahun ni mesti kena jadi walaupun hampir ada je alasan tak jadi ....bagi jadi jugak....hampir nak cancel sebab fayel tak sihat malam birthday..tapi pujuk dia cakap esok nak jalan kena kuat tau....esok nya nak gerak pun lemau gak muka layu je...debar je...akhirnya sampai hotel eh Fayel segar bugar lak excited..sebab nampak kolam ngeeeeeeeee...

Dengar macam dekat..tapi aku rasa macam lama gak...heheh maklum la aku tak biasa area sepang sana....rasa macam balik kampung je...lalu kiri kanan kelapa sawit...akhirnya sampai jugak..wehoo...dan satu hal...hari cuti check in orang super ramai...beratur panjang.....parking pun jauh nun kat belakang belah pantai......akhirnya kesabaran beratur dapat la kunci kul 4 petang...naik bilik rehat sekejap je..terus anak bujang ajak waterpark...tak menyabar dah nampak air....bang megat tak nak turun nak tido ...so aku ngan Fayel je la ...

Malam nya kitaorg dinner kat dalam hotel jugak...sebab dah beli pakej birthday include dinner...so dapat la kek sebijik comel, sijil ,teddy bear song happy birthday..so cute...Fayel suka sangat teddy bear ni...kek pun ok la sedap aje....menu dinner pun ok...ok la dop takde nak komen apa...janji perut kenyang sudah...lagipun malas nak keluar....lepas makan kul 10 dah naik bilik...ehhhhhh...feeling tido hotel lain ...nyaman nyaaaaaaaaaaa....heheheheheh

Pagi pun ada include breakfast...disebab orang ramai kitaorag makan nun jauh kt belah pantai..dan aku terputus hubungan ngan bang megat sebab dia nak simpan beg...pastu hp tak de bateri..sudah nya pisah la laki bini makan breakfast berjauhan sobss...aku n fayel kat belah pantai ......habis makan jumpa kt lobi...mujur jumpa hehehe..jodoh pasti bertemu gituuuuuu....then aktivit mandi waterpark sampai lebam....bagi fayel puas puas mandi.....check out awal....senang tak payah pikir dah ....Fayel surrender sampai kul 12 tghari hehe...ok la dah tak nak dia mandi dah...dah terik pun....so kita balik letssssssss...mata dah ngantuk..plan nak jalan pantai tak jadi...panas terik tak kuasa dah...so ingat lapar je....balik singgah area bagan lalang makan seafood...main pantai kat area Avani Sepang...till we bercuti lagi...tq papa spend time sesama....nanti kita jalan jalan lagiiiiiii....next april Gambang pulak...yahooooooo..om layan gambar bye..haha




Awal pagi dah bersiap anak oi....dengan rumah bersepah nya...abaikan....

Muka masih monyok..topi birthday tu patut pakai malam birthday...tapi moody kan..nak pulak pakai siang nya

Menahan mata mengantuk...asik tanya je...bila nk sampai

Still tak tido...hejhe macam balik kampung kan nak...jauh nje mama rasa

Yeayy dah sampai.....Gold Coast Morib cuti untuk birthday boy

Dah dapat kunci jom naik bilik tingkat 4

Masuk bilik...tapi tak dapat ngadap waterpark full...so request nak katil king ...so hadap la jalan raya...

Trademark GCM..jakuzi....haruslah mak conquer..siap buat air buih sabun...date ngan laki...tetttttttttt

Bilik air transparent...seram...dah 3 beranak masuk sekali..sorang nak mandi 

Hero dah start meneroka

Ok ni kisah malam nak dinner...waiting waiting

dinner dish dalam GCM aje..ok la not bad janji kenyang

kemain mak makan...lahap ni

Mak nya hepi ni makan western

Bang Megat fokus makan


Birthday boy makan kuis kuis je..ayam tak tinggal ye


Pakej birthday dapat la sijil..erk gantung mana..hahaa...pastu teddy bear tu fav fayel...mcm girl 

Yippie for birthday boy ...

kek comel free GCM bagi..sedappp cinonet 

On the way nak balik bilik nak snap pic family..sapa lalu jadi mangsa hehehe..dasat mmg 6 pax perut laki bini haha

Sedap nya tido conquer katil....



Erk dah bangun...morning baby...yer still panggil baby...hahah...ngaku lak tu dia baby

Breakfast ...jauh ngan laki..sorang kt lobi sorang kt pantai..terpurtus hubungan

Time to swim..Fayel kena bayar..sebab dah lebih dari dahan ...tiket boleh pakai 2 hari as long tak cabut ...gitu..tapi cabut je slow1y..pastu lekat balik..ok je...

Mandi time sampai lebam..awat nangis tu fayel haha..dia mmg gayat sikit main slide

Ni dah kenapa ni hahah...adeh la

Mak menenang kan fikiran hahhaa

Hero puas nya mandi

Kesejukan mak sempat laki candid...

  Berenang di tepian berangan hahaha


Suka suki waterpark anak dan apaknya....enjoyyyyyyy


Selfie..wefie of us......

Bila lagi kan nak posing laki bini ..eceh ceh

Tetiba datang Fayel menyelit jugakkkkkkk...pandai pulak tu macam macam rupa gaya...

Anak papa ni...

Bagi chance ye....
jom jom kita balik jommm

 Sempat dapat paw pistol air satu...sempattttttttttttttt

Sementara menunggu tu...sempat ko suh orang snap...wakakaka

 Bye bye Gold Coast Morib...cuti singkat tapi best ...kualiti bersama penting


 Balik singgah bagan lalang pekena seafood sini

 At last dah penat sangat...susu dia hadap....bye till we cuti cuti lagi 













Google