THE HUSBAND & WIFE :)

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

06 April 2010

Dunia Baru Aku - 8 to 5


Okeh okeh semua...opis baru aku sudah siap...baru la sangat....masih di tingkat yang sama ...yang berubah adalah penempatan...dan yang pasti tempat semua sudah semakin mengecik....ibarat umah teres pindah umah flat...macam gini la jadikk nya...so rapat rapat...sekali kuar sore jeritan..konpom orang sekeliling memandang...yang pasti tempat aku open air gitu...no kepung kepung macam dulu...sekarang amik ko luas terbentang..ko nak korek hidung pun orang alert tau.....AWAS..anda di perhatikannn...ini lah dunia baru aku...untuk 8 jam sehari....sanggup?? ok kkkk...takde hal janji aku leh blogging ....sangat penting!!..heehe





** penempatan baru aku...belakang cermin tu bilik bos aku...bos aku kuar masuk pun tak pasan kalau aku asyik duk hadap PC jek..bahaya seh...hehe


** penempatan untuk orang orang admin @ pentadbiran...meja diorang menghadap aku...senang sikit nak berurusan...dulu kena jalan ke belakang jauh nak menapak...jauh la sangatttttttt

** opis baru ada pintu sekarang ni...ko buka je dah nampak Secretary to Bos Besar...sangat privacy okeh tempat ni...i loikeeeee.....hehehe..sungguh terpencill...dan di situ juga ruang menunggu untuk tetamu...dan disitu jua bilik meeting...


**pandangan jarak jauh dari pintu masuk.....nampak tak tempat duduk aku..tu haaaa jauh tepi dinding...orang masuk nampak je kepala aku...tak jumpa memang la kannnnn
** dunia baru bekerja untuk semua ...gambarajah keseluruhan...korang tengok la betapa kecik nya placement ini...selagi leh sumbat...nak wat camner kannnn....dulu conquer sorang sekarang kena kongsi maaaaa



** barang sapa la ni serabut benor....hihihi...nak jugak berhiasssss kannnnnnnn...


**jiran sebelah aku merangkap teman segosip....sangat suka okeh dia duk sebelah...mata bertentang mata maka bermula la cerita...hehehe


** di mana mereka semua?? owh lunch hour aku snap snap...


** kotak masih ada...maklum la umah baru kannnnnnnn....capek dong nak kemas...haihhhh akhirnya penempatan siappppp....tapi ada yang tak siap lagi... apa ?? tungguuuuuuuuu




05 April 2010

Nak Cantik Macam Dato' Siti Nurhaliza??

Aku rasa ramai tau Tok Ti @ Dato' Siti Nurhaliza dah kuar kan produk kecantikan dia sendiri...pehhhh vanggaa nyaaaa...sebab artis hollywood dah berlambak buat label komestik diorang sendiri...kat Msia pun sama gak tapi special tang Tok Ti ni ..dia kuar tepek mekap nya produk ...uhh i loike......

Semalam nengok NONA dia ada reveal produk ni la sket sket...ahh sudah aku rasa macam nk terjebak le plak...apasal aku tengok dia mekap ...ah lawa giler...adakah sebab muka dah memang cantek...wah jeles disitu...aku dah macam minat lak dengan Krim Simply 5 dia tu...kata nya 5 in 1.....agak2 pakai leh jadi kulit cam Tok Ti tak?? kalau iyer....20 pun aku sanggup beli...huuhuh

Kat mana nak cari??...aku gi tgk WATSON...hmmmmm rasa macam nak beli pastu tak jadi...hahahaha...ahh aku saja je survey harga...nak tau baper range price dia jual...owhh standard MAYBELINE, SILKY GIRL, IN2IT etc....tak delah cecah satu barang RM100.00...ok ar bagus tak mahal ..sasaran pada golongan rakyat msia yang berpendapatan sederhana macam aku ni..jangan pasni naik harga sudah...makin kaya la ko hai Tok Ti...murah rezeki....

Picture Credit to MURAI.COM.MY



** Alamak comeynya muka DATO' SITI NURHALIZA...aku tidak la fan dia ni...tapi aku kagum tengok kejayaan nya...dan semestinya muka nya yang jelita nessssssss...



** blusher ni harga dalam RM39.90...





** set muka ada jenis untuk jerawat, anti ageing, dan normal...tak silap aku set permulaan dia dalam RM39.90






**eyeshadow ni dalam RM29.90 macam2 color ada...tapi kalau dah KOREA produk sama la pulak ngan ELIANTO RM 5 satu...baik aku beli yang murah






** aku pasan eyeliner RM25.90, lipstik RM 39.90....tu jela aku sempat nengok...tapi beli nya tidak...macam siot kan perangai aku...SA Watson tu hangin je ngan aku...promote bagai beli tidak...just nak tau harga je lol...yer ar artis glamer nya produk kannnnn




Aku Serius Membeli .....Pesta Buku 2010 - PWTC


Ini adalah kisah di bulan March yang telah dibawa cerita pada bulan April..iyer memang tau dah lapok ..tapi bila ada gambar dah tentu ada citer kan...layannnnnnnnn....**tak kose nak buat heading panjang2...penat mak nak story story**



** ha nampak tu tarikh memang sah sudah kebelakang 19- 28 March 2010....kat mana?? PWTC le


** biasa ar muka aku menempek kat sini nak cari buku le...buku apa ...nanti korang tau le..sampai jadi kes gaduh le ngan Encik Awak...berang jap aku



** tempat paling ramai orang datang...uhhhhhh macam semut kerumun aku rasa..nak pengsan..yer mmg ada orang pengsan pun...nak beratur bayor...mak aiiiii berpanas aku..basah celah celah sumer



** masa melilau mencari buku kegemaran...huhuhu...bunyi macam serius je..jeng jeng


**okeh aku serius yer memang serius...apa tak nya berhimpit himpit dah macam tin sardin di dalm itu...aircond pun tak rasa...


** amboi Encik Awak kemain yer aku suh snap gambo aku gambo orang lain dia snap...motipp??? ada rasa muka korang ke dalam gambo ni?? maaf tonang ku main bantai snap je...haa adalah tu sesuatu ke??



**tujuan sebenar ke PWTC adalah bertogether with KELLA..tapi Encik Awak aku pun sebok nak join geng pompuan..dia mana leh tak ikut aku...kemana saja jua pasti ada...ehehe..memula kata tak mo pegi tengok pepagi buta dah ada depan umah..camno

**yeahh with KELLA...finally kita dating berduaan...eh tak bertiga...Encik Awak ada..hehe


** tetiba kena tandatangan cuti bersalin 90 hari...harus la kan....setuju angkat kaki...



** KELLA ..i lebiu...lesbo la pulak...hehe



** 18 SGXXX...siotttt Encik Awak...gambo jangan pandang belakang yang dia snap....isk isk ...selebarrr giler......iyer agak2 leh buat goyang inul tak?? hhuuh...berjalan menuju ke THE MALL untuk acara makan makan



** terjumpa ngan IJA..our secretary geng kat TM...wakaka....sungguh tak kusangka...baru je pas gosip ngan KELLA pasal IJA...sekali terserempak ngan dak ni tgh queue nak makan PIZZA...haha apalagi kecoh jap la kan bila jumpaaa



** haruslah bergambar berbagai angle....untuk menutupi sebahagian lemak lemak body yang telah tepu..IJA ngan KELLA takpe...mereka ada lah kurus belaka......



** aku serius ni....duit telah dibelanjakan dengan membeli buku- buku seperti di bawah...jangan tanya adakah aku follow resepi dalam ni??? ehehehe...aku standby preparation untuk kawen nanti...senang je...Encik Awak request makan makan...macam kacang je aku tiru...okeh dakkkkk

**harga buku adalah RESEPI 5 buku = RM25
/ ASAS SOLEKAN = RM19.90 less 20% = 15.92




02 April 2010

INFO : Tanda tanda Sakit.....


Info ini bagus untuk anda semua............
Tanda-tanda sakit yang selalu kita rasakan berhubung kait dengan fungsi badan yang lain. Bacalah untuk menilai sejauh mana kesihatan diri anda :-

1. MATA (Bertindak balas dengan keadaan hati).
i) Mata menjadi merah : Hati mengandungi paras toksin yang tinggi.
Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.
ii) Mata menjadi kabur : Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.
iii) Keluar tahi mata : Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.
iv) Keluar air mata : Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja
v) Ketegangan mata dan kelopak : Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.

2. HIDUNG
Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong.
i) Selesema : Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong. Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).
ii) Hidung sumbat : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan.
Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
iii) Bersin
a. Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
b. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.

3. Batuk
a. Batuk keluar kahak : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
b. Batuk tanpa kahak : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Biasanya kahak pekat keluar selepas beberapa hari memakan RG..
c. Batuk dan berasa gatal di kerongkong : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.

4. KERONGKONG
i) Kerongkong kering. Proses membuang toksin sedang berlaku
di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.
ii) Sakit kerongkong. Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.

5. BIBIR (Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman)
i) Bibir pucat
a. Sistem penghadaman yang lemah.
b. Perut mengandungi angin.
c. Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi. Sepatutnya diperkuatkan fungsi penghadaman dahulu dengan RG sebelum memakan zat besi.
ii) Bibir kering dan pecah. Perut mengandungi banyak bahan toksin.

6. MULUT DAN LIDAH : Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem pengedaran darah.
i) Lidah atau gusi bengkak, sakit : Menunjukkan jantung mempunyai masalah, seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.
ii) Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser). Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.
iii) Mulut berbau busuk . Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.

7. TELINGA: Berkaitan dengan buah pinggang.
i) Telinga terasa tersumbat : Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.
ii) Telinga berdengung : Sedang merawat buah pinggang yang lemah.Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.

8. KULIT Berpeluh :
a) Peluh masin : Badan mengandungi lebihan asid urik.
b) Peluh berbau : Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.


9. RUAM DAN BISUL : Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.


10. KULIT GATAL DENGAN RUAM : Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.

11. KULIT PECAH DAN BERAIR : Proses pembuangan toksin yang larut dalam air.Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan.

12. RAMBUT GUGUR : Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.

13. SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI
a. Sakit Sendi
i) Rasa panas. Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan tanda- tanda penyakit pirai (gout).
ii) Tidak rasa panas Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism).
iii) Sakit di bahagian bahu. Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.

b) KEBAS TANGAN : Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.

c) KEBAS TANGAN KIRI DAN LENGAN : Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.

d) KEBAS KAKI : Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.

e) SAKIT TAPAK KAKI : Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.

f) SAKIT TUMIT KAKI : Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.

g) RASA PANAS DI TAPAK KAKI : Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.

h) GATAL DI CELAH-CELAH JARI KAKI : Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).


14. TANDA-TANDA DALAMAN

A. KEPALA.
Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.

B. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN DEPAN KEPALA
Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.

C. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN BELAKANG KEPALA
i) Bahagian atas . Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
ii) Bahagian bawah (tengkuk). Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.

D. SAKIT KEPALA DAN RASA GAS KELUAR DARI TELINGA :Menandakan penyakit migrain.

E. BISUL TERJADI DI KEPALA
Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.

F. RASA PENING YANG MEMUSING
Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.


15. MULUT/KERONGKONG/LIDAH
a. LOYA/MUNTAH . Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.
b. MUNTAH DARAH
i) Darah merah : Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong dan
ii) Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut; misalnya penyakit ulser.


16. LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK : Tanda sakit jantung.


17. KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT . Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman


18. KENCING
a) KERAP KENCING
Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran yang
b) AIR KENCING BERKAPUR Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.
c) AIR KENCING BERMINYAK : Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.
d) AIR KENCING PEKAT BERWARNA COKLAT : Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.
e) AIR KENCING BERDARAH : Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.


19. BUANG AIR BESAR
a) CIRIT-BIRIT/KERAP BUANG AIR BESAR : Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar.
b) SEMBELIT: Membersihkan toksin dari usus kecil.
c) NAJIS BERDARAH
i) Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.
ii) Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.
d) NAJIS BERWARNA HITAM : Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku.

20. BADAN
a) RASA SAKIT : Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah.
i) Sakit menyucuk : Proses menyeimbangkan urat saraf.
ii) Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan.
iii) Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.
iv) Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah.
b) BADAN TERASA BERAT/ MALAS/ LENGUH . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan
c) BADAN TERASA PANAS . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.
d) BADAN TERASA RINGAN :
Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.

21. RASA TAKUT MENGEJUT : Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.

22. CEPAT NAIK DARAH/MARAH : Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.

23. RASA BIMBANG DAN TAKUT : Sistem paru-paru yang lemah.

24. RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB :
i) Sistem jantung yang lemah.
ii) Sistem saraf otak yang lemah.
iii) Masalah pengaliran darah.

25. SUKA BERFIKIR DAN BERKHAYAL : Sistem penghadaman yang lemah.






Pelancaran Album..hehe

Di persembahkan sebuah album yang mengandungi gambor yang tak baper nak lama la tapi agak lapok...wahh launch album gituuuu....okeh okeh my OP album sudah siap...tapiiiiiiiiiii cukupla sekadar aku cakap...aku tidak berpuas hati..pull stop di situ...why n why...tak kose aku nak dedahkan....aku komplen banyak cakap pun tak guna...benda dah siap kan...customer always right kannnnnnnnn....

Nasib la hai just gambor engagement je...kalau nanges gini...konpom aku kawen sekali lagik....takpe experience...memang tak la kann aku amik photog ni again..tak mau tak mau...aku serik....cakap aku kau tak dengar kan!! sudahhhh...malas nk citer...tengok je la pelancaran album yang tak baper nak laku ni...haihhhhhh


**kulit depan edisi pertunangan bersama sang tonangan...hmmmmmm awat muka aku terpampang iklan gigi...ngeeeeeeee....besor lak tu...

** belakang kulit album.....tu ha dia nama OP photog nya ada website lagik...tapi sori aku tak rekomen sebab aku sangat takpuas hati...maaf yer mr OP aku tak promote kamu...sebab aku pelanggan yang rasa tidak happy....aku telus yer bukan cerewet tapi kalau korang nak amik gak...ada aku kesah...tak de hall


**kulit album ini adalah hard iaitu keras...hmmm pestime tgk aku teruja sebab kengkonon tengok luar opcos dalam cantek tapi tapi...ah malas nak ngomel..tengok sendiri la


**buka je album dah tunjuk gambo cincin...hmmm apa daaaaaa susunan ni...terpaksa aku susun balik...kalau camtu baik aku je bikin gambar ni kannnn cuma aku tak de kamera DSLR jekk

** susunan gambar gambar dalam album...no komen..nak kata edit tapi muka aku ada nampak jerawat halus...camno tu...tapi gambo siap hujung bulan March...sebulan okeh masa ...apa hasil...frustttt...


** edit edit tapi aku print sendiri ..itupun aku amik kat website dia...kesian tak customer kena buat cam gini.....aduhai...dan aksi aku semua adalah aku yang paksa rela suruh snap...bukan keje photog cari shot yang cantik ke tanpa disuruh ???? takpe ini pengajaran buat aku...lain kali survey album deal elok2...jangan main set aje janji murah..





TAG - Kasut Favourite




Tag dari Aireen


Menarik tertarik kebabom la tag ni...walaupun di tag aku sanggup sebab pasal kasut ...kalau citer bab kasut...sampai besok pun tak habis...okeh aku nak tunjuk kasut yang kategori kesukaan bukan kategori kejenamaan ....aku kasut mahal takde ..serius sumpah mengaku sebab aku adalah ganas dari segi berjalan lalu baek lah aku lenjan kasut murah2 sajokkk...


Kasut kesukaan aku buat masa ini ada 2...napa 2 ?? sebab satu aku pakai casual...satu lagi office wear....yang pasti..RED uolssss...i loike....





Brand: VINCCI & NOSE

Harga: tak de makna mahal huiii....sale price..both RM27.90


Tahun beli: 2010 & 2008


Reason beli:

1. VINCCI - Jeans material bila pakai ngan jeans sempoiiiiiiii....yg penting flat..senang nak berlari...ngeh ngeh...sebab utama membeli terpaksa ganti kasut yang tapak cabut di tengah jalan...dan Vincci Terengganu okeh..hihih

2. NOSE - RED is hot...yeahhh...sbb aku suka tapak nya yang ala2 wedges tp bertumit..pastu sedap pakai lak tu..dah 2 tahun aku pakai still okeh...yang penting merah sepadan ngan semua baju...masyukkkkkkkkkkkk



ok aku nk tag gak kekawan aku yg byk kasut ni:

Daela
Sy. Iqa
Neena
Dina
Ina Achik
Posh
Haliana
Nadine
Mastura
Emyn
Kella

dan pada yang suka main tag tag ni...sila sila buat...





Google