THE HUSBAND & WIFE :)

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

27 March 2012

Menjalani Pantang 44 Hari

Hadoi  lama nya aku peram citer berpantang ni…nak mengarang sikit stop kejap amik napas…wahh citer anak laju kemain je cerita kann…last cerita sapa ingat pasal perubahan berat badan ketara 28 hari tu?? Ha ni kira sambungan citer la…buat yang bertanya bertanya “Macam mana boleh kurus balik ni?” dan “Wah! Dah kurus sekarang”…nak kata aku ni kurus giler keding berat  idaman wanita size S or M..memang tak dapek la der…..aku dah lost 15kg pun dah suke giler….apa ko ingat senang nak capai gitu aku ni….cuma aku proud ngan diri sendiri sebab aku adalah payah nak follow disiplin makan tapi dalam pantang aku boleh follow pulak…clap clap…walaupunnn jeritan singa, harimau ka…oppss sapa  lagi mak aku le…

Bagi aku yang gedempol ni nak kasi kurus badan susah..yer memang susah…berkorban banyakk…Tuhan sajalah yang tahu perit, sedih dan sengsaranya masa berpantang…hahaha ..rileksss jangan takut… "bersusah-susah dulu, bersenang-senag kemudian"….dalam pantang mmg jadi puteri la aku ni..serba serbi makan minum, baju, air mandian, jaga baby semua all done by my mak…macam mak aku cakap…ikut aje pantang ni…tak lama 44 hari je…kalau ko tahan…sure pasni ko akan lebih disipilin senang kurus..percayalah cakap mak….tak payah habiskan duit pegi Slimming centre habis beriban…duit duit..aku tak banyak duit so aku sayang duit aku...kalau leh mengurus ngan cara pantang tak perlu duit pun...cuba bayangkan baju dalam almari yang berlambak dah tak boleh pakai..sayangkan...hah aku dulu macam tu la asik beli baju dah gedempol terbiar jadi pameran almari...membazir tull..so aku serik tak ulang silap yang dulu...

Lain orang lain cara pantang nya…dalam 44 hari aku follow apa mak aku suggest la…itupun dia suh aku follow 60 hari…kalau mampu la…hmm cuba 44 hari je la yerkk…ngeeeeeee…tengok dulu aku tahan ke tak nak harung…dan juga tak lupa pantang bersama 100 hari…ha boleh boleh kot…huhuhu.. yang tak pantang langsung pun ada tau…tapi ikut badan masing masing la…kalau tahan ok la…bagi aku tak pantang badan sakit….so memang ada baik nya berpantang ni…pantang ni ada tujuan dan musababnya..untuk kebaikan kita jugak..nanti dah tua sakit sana sini…tak de la nak pantang yang bukan bukan…pada aku pantang ni adalah kepada penjagaan badan dan merehatkan diri…tak strict sgt pun sampai ada benda yang tak logik pun nak ikut…apa yang penting dalam penting …tolong jangan melawan cakap orang tua yer…kalau kata jangan buat tu, JANGANLAH!!! orang tua lebih banyak pengalaman..kita apa ada…so jangan la banyak cakap eh…follow je apa yang terbaik....sapa yang untung suami dan kita jugakkk...nak pakai badan lama kan..tahan la sikit...

Pantang-larang ketika berpantang:

  • Memakai stokin dan baju lengan panjang supaya badan tak masuk angin dan sentiasa panas…
  • Kaki sentiasa rapat jangan tidur terkangkang nanti masuk angin
  • Jangan mandi dengan air sejuk badan boleh jadi berbisa sakit tubuh
  • Tidak digalakkan duduk bawah kipas atau aircond..angin mudah masuk ke tubuh badan

Makanan ketika berpantang: 

  • Nasi panas secawan 2x sehari lunch 12.00 tghari dan dinner 6 ptg …cukup 30 hari tukar 1x sehari je lunch
  • Ikan haruan elok cepat sembuhkan luka dalaman selama 2 minggu…beranak czer di galak makan… ada orang tak boleh makan ..tapi aku suka…kadang aku ganti dengan pati ikan haruan..
  • Jangan makan ikan yang gatal, telur, sotong, udang..all seafood la…aku pantang lagi masih tak makan walau dah lepas 44 hari…lagi czer kan…memang takut nak makan….lagipun seafood kan banyak kolesterol..
  • Elok makan Ayam Kampung buat sup herba tapi aku pantang ayam takut gatal…bersalin czer so hari ke 40 baru makan…itupun tak makan kulit , kepak…makan isi ayam saja..
  • Semua makanan yang dimasak kena letak lada hitam, halia, bawang putih…(anak jaundice kena stop kejap)
  • Jangan makan makanan bergoreng - mengemukkan dan berminyak….nanti luka lambat sembuh...
  • Elakkan makan sayur-sayuran atau buah yang sejuk dan berangin contohnya kobis, betik, kangkung ..bab sayur memang aku jaga…sayur aku makan cuma lobak putih dan sawi saja untuk tambahkan air susu…
  • Buah yang boleh di makan Oren Sunkist atau Prune..elok jugak untuk penyembuhan luka czer dengan cepat dan elakkan dari sembelit
  • Minum pagi dan minum petang hanya biskut atau oat cicah milo atau horlick panas
  • Jangan minum air berais dan berkarbonat….boleh pulak aku tak minum ais...iyer boleh !! ingat ais akan mengurangkan susu badan...hanya minum air suam panas panas… badan sentiasa panas dan cepat berpeluh…. orang tua tak kasi minum banyak sekaligus tapi aku kan breastfeed mudah haus dan memang memerlukan air sekurang nya 3 liter… Breast feeding pun dapat menguruskan badan kerana salah satu cara mengeluarkan air dalam badan kita.

Amalan ketika  berpantang :

Berurut
Dah sihat sikit 3 hari lepas bersalin dah start mak bidan dating mengurut tapi aku bersalin czer hanya urut badan saja…perut tak boleh usik melainkan normal….urutan selama 3 hari berturut turut….oh bestnya….bersalin asik duk atas katil badan sakit sakit…dapat berurut lega urat sendi semua…

Param
Macam  lulur tapi herba untuk buang angin dalam badan…pakai sebelum mandi ke seluruh badan dan feel  segar…aku pakai dari jenis  Jamu Air Mancur

Pilis
Kena sapu kat dahi…katanya untuk hilangkan pening kepala dan rabun mata

Bertungku
Paling aku suka buat…pakai batu panas di balut bungkus  dengan daun mengkudu…untuk melancarkan perjalanan darah n,betulkan urat yg tegang di samping mengempiskan perut..,bersalin czer tak boleh letak kat perut..kalau normal dapat mengecutkan rahim…seronok bertungku rasa rileks..buat selepas mandi pagi dan malam….

Mandi air rebusan daun
Masa pantang mandi sekali sehari je…air sejuk tak boleh…kena mandi air suam….air rebusan daun dari daun pandan, serai wangi, lengkuas, daun mengkudu, daun inai…aku amal kan selama 44 hari …serius sangat segar badan

Berbengkung
 Bertujuan untuk mengempiskan perut  dan support rahim naik …sebelum pakai sapu kapur campur limau nipis kat perut dan bengkung...kadang aku pakai krim losyen pati limau…berangin je…in case aku czer …aku tak dapat pakai hanya gantikan dengan korset ….itupun setelah 2 minggu yer…bengkung lilit try jugak pakai bila dah 40 hari tapi tak sesuai lak rasa payah nak buat keje… 

Set Bersalin Air Mancur
Ada disediakan jamu …aku makan setelah 30 hari bersalin …makan lambat sebab baby jaundice lama...ada 3 jenis pil jamu dalam bentuk kapsul boleh di makan…Pil 1 untuk rahim selepas bersalin…Pil 2 memelihara kesihatan dalaman sendi wanita dan Pil 3 membantu melancarkan air susu badan…makan jamu terasa sihat segar badan…..

Minum Air Rebusan
Mak aku buatkan air rebusan manjakani dan air akar kayu...sanggup atau tidak untuk telan...pehhhh...

Sauna
kuruskan badan la..aku buat seminggu 2x ...now masih sambung buat lagi...panas tapi best...dalam 45 minit sehari...





OKEY SEKIAN SAJA KISAH PANTANG AKU....SELAMAT BERPANTANG PADA YANG TENGAH BERPANTANG YER..PANTANG JANGAN TAK PANTANG...JANGAN PANTANG TENGOK MAKANAN YER











24 comments:

NanieZara said...

Seronok sebenarnya berpantang ni.boleb rehat jer tp bdn sakit2 lah.mlm agak letih skit baby kerap terbangun kan..

Nadine said...

Bravo Mimy! Dah selesai pun 44 hari pantang you. :)

I tiap kali pantang, pantang bebetul 44 hari pastu still pantang makan/minum/wear stoking & bengkung sampai 60 hari. Pantang bersama mmg 100 hari complete :P Ini gara2 Mak dgn Nenek I very particular...

Tp I tak kisah, sbb dah dua kali pantang, I rasa manafaat disebaliknya. Badan cergas, luka cpt sembuh, body back to figure cpt n bnyk lagi. Jadi kalau untuk benda yg baik, tak salah kan bersusah2 dahulu :)

PinKy MoMMa said...

nox aku kagum ngan displin ko nox..memang nampak susut okeh!

aku proses berpantang yg paling mencikkkkk nak lalui..aduh terseksa..panasss daaaa..nak buka kipas pun curi2 huhuhu..ngandung gak best..makan dan makan hahahaha

PUAN THALHA : said...

Selamat berpantang dear! banyak tips ni. :)

Ina Khairina said...

wahh mmg tabik spring dgn mimi,tahan godaan sungguh...kita masa dlm pantang dulu suka curi2 mkn sbb x tahan godaan....huhu

~ NANA ~ said...

ini la entry yg i tunggu2...hehe

btw sauna tu u buat cmne? ke pegi spa?

Wawa said...

tips yg best~!!harap2 boley kurangkan berat badan dgn byk jgk...heee..makaseh^^

mamyharraz said...

serius kagum cara berpantang mimy..sy dulu tak konsisten stoking pun tak pakai sbb rimas .. bagus sgt displin mimy kagum.

berpantang nampak je mudah tp sebenarnya berat nak laksanakan nak kena kuat displin,kuat semangat baru boleh do it ;)

tahniah mimy sbb berjaya habiskan masa pantang dgn displin :D

Softtouch [Hanim] said...

sy pun stokin jarang pakai..panas...mak kata elok kita rasa panas bila dlm pntang

ssh tau nk abiskan 44 ari tu..tp best sbb ada org jg...

diary_ciknaa said...

nampak mcm senang je akak buat smua ni.tp berbaloi sgt la sbb dapat susut smpai 15kg. hui xsbr nk slim cenggitu.. tQ for info berpantang ni. byk jgak dpt ilmu baru.

Liyana said...

bestnye cara berpantang kak mimy, kena tiru ni... hehe

Aty Fared said...

aku nak pantang mungkin bukan sebab nak sangat kurus..[sebab aku tak mo kurus sangat macam dolu2]-aku nak berpantang sebab aku nak jage kesihatan dalaman-orang tua kate..nanti cepat 'kembang'-ko paham..?? dolu2 aku tak paham..tapi lepas dengar cerite member aku yang baru beranak 3..umur baru awal 40-an dalaman rase 'kembang'-rahim asyik turun..bahagiab 'bawah' asyik berair dan tak selesa..banyak agi problem akibat pandang rendah pade pantang lepas bersalin-buat aku belajar sumtin-berpantang untuk jangkamase panjang dan kesihatan dalaman..aku harap segigih ko...:)

noradzlina.kamdani said...

sgt kagum dgn ko mimy...aku akn amik panduan ko utk jd panduan aku kelak...

SUHAIDA said...

tenkiu kak boleh su wat rujukn..hihi

Kella said...

bagus la ko ni mimy! walaupun aku tidak pernah berpantang, tapi aku turut kagum.. sebab biasa aku dengar, tengok ada sesetengah kengkawang yang amik mudah bab pantang ni.. mungkin.. lain orang lain kesan nnya.. ya..? =)

Mrs. Norrie said...

AKU MENGURUT 7 HARI...HEHEHEHHEE, DAN SAMPAI SEKARANG AKU MASIH BERTUNGKU SEBELUM TDO...RINGAN SKIT BADAN....

AKU NIH TAK BERAPA NAK PANTANG SGT BAB MKNAN, MANA TAKNYER..ANAK NAK MKN KENE MASAK, BILA DAH MASAK, KENE RASA SKIT2 HEHEHHEHE

Unknown said...

beb bagusla info ko ni....pantang tu penting utk long term...tengokla mak2 kita...masih menten walaupun dah berumur....paling suka diet pantang tu..kalu betul2 ikut...confirm bdn lagi cantek dari masa anak dara...tak sabo nak tengok ur comeback!!

Qider said...

bagus info ni..tak ramai orang sekarang yang sanggup nak berpantang,main bedal je sebab katanya okey je walaupun tak pantang

admin said...

Salam Mimi,.. bila kita bleh start sauna lepas lahirkan anak?

Kenari Putih said...

wah seronoknya baca kisah berpantang ni.. sy paling suka tang part mandi air rebysan tu, sy kalau pantang mmg xmerasa la nak mandi air rebus2 ni.. xada sapa nak rebus pon..

Anonymous said...

Perkongsian yang sangat menarik. Sebenarnya, untuk kurus yang lebih berkesan, kena ikut tiga langkah yang sangat penting di samping pengamalan senaman yang sesuai. Tiga langkah yang penting itu adalah: Singkir toksin dari badan, Bakar lemak yang tak perlu & Keperluan otot untuk percepatkan proses metabolisme.

Nak tahu lebih lanjut & banyak lagi tips kurus, boleh hubungi saya. :)

iamnorzi said...

Assalam, salam perkenalan..perkongsian menarik proses berpantang.. kagum dengan ibu yang masih kekal mengikut peraturan berpantang. Dalam berpantang , ibu ibu boleh juga mengamalkan pengambilan makanan tambahan untuk menambah nutrisi yang berkurangan..

KakSuey said...

Sportingnye mak dia.btw, saya pun pantang makan ayam jugak.takut gatal kan

Unknown said...

Nak tnya cra sauna tu mcm mne ye...lpas tu pil air mancur tu boleh mkn slpas pntabg jga ke

Google