THE HUSBAND & WIFE :)

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

28 August 2016

Tips to Wear Long Dresses


Long dresses atau maxi dresses sering menjadi pilihan ramai wanita untuk ke mana sahaja. Ia boleh dijadikan sebagai pakaian kasual ketika cuti hujung minggu, boleh digayakan ke pejabat, dan juga boleh dipakai ketika menghadiri majlis-majlis istimewa asalkan kena dengan gaya. Bukan sahaja selesa dipakai, koleksi long dresses ini juga boleh digayakan oleh wanita bertudung. Ia membuatkan si pemakai kelihatan lebih feminine dan tampil menyerlah. Jom kita lihat beberapa tips penting ketika ingin memakai atau menggayakan koleksi Muslimah long dresses ini;


First of all, pastikan anda memakai koleksi long dress yang menepati dengan saiz anda. Jangan memakai long dress yang bersaiz terlalu besar kerana ia akan menyukarkan pergerakkan anda (kerana terlalu labuh) dan elakkan daripada memakai long dress yang bersaiz terlalu kecil.

Seterusnya, kenali bentuk badan anda terlebih dahulu dan pakai koleksi long dress yang bersesuaian dengan potongan badan anda tersebut. Terdapat banyak rekaan dan potongan yang boleh anda temui di pasaran.

Ketiga, wear the right shoes! Apa yang menarik mengenai koleksi long dress ini adalah ia sesuai untuk anda gayakan dengan apa jua jenis kasut pilihan anda. Anda boleh memilih untuk memakai ankle boots, heels, pumps and even flip flops!

Untuk penampilan yang lebih menyerlah, anda juga boleh menggayakan koleksi long dress ini bersama pemakaian jaket atau cardigan sebagai outerwear anda.





25 August 2016

Aktiviti Cuti Sekolah bersama Uniqlo

Ini kisah cuti sekolah bulan June hari tu di bulan puasa..mari kita throwback semula...


Yeayy…sejak anak dah sekolah aku kena plan apa aktiviti sepanjang cuti yang boleh Fayel join..so tak la buang masa asik nak tengok tv , gadget….baru ni hari sabtu minggu pertama cuti sekolah …kami ke Uniqlo Kids Event bertempat di One Utama Shopping Mall…sanggup papa fayel cuti semata nak teman kan anak bujang kesayangan nya..seawal pagi dah sampai shopping mall tau…puul 9 pagi dah sampai…sebenarnya datang bertujuan gak…Uniqlo, jenama pakaian terkenal anjurkan aktitivi untuk anak anak…aktiviti pertama untuk cuti sekolah ni  adalah membina lego…aktiviti yang sangat menarik …bonding bersama parent jugak…

Nampak Fayel happy sangat dengan aktivit hari itu …excited dia lain macam…dia nampak je lego terus dia semangat nak bina lego…anak anak dibahagi kan 2 kumpulan…lego dibina berdasarkan contoh gambar yang diberi…membina lego yang kecik sebenarnya tak mudah disangka..lagi lagi Fayel tu baru je umur 4 tahun…terkial jugak la dia buat…tapi kami mak pak yang kena support dia bagi semangat…go fayel go…memang kami sorak dari belakang..nampak muka dia stress…tapi ini la challenge dia kena hadap…dia mesti boleh…mama akan support ..bila cabaran siap ..nampak fayel so proud dengan diri dia sendiri..anak anak kita ni sebenarnya bijak…kita kena main peranan dari belakang sampai dia berjaya…

Settle aktiviti lego…yeayy boleh bawa balik Lego..nanti simpan..boleh buat semula kat rumah…aktiviti yang dianjurkan Uniqlo ni sangat menarik la…sambal jalan ke shopping mall tu kita leh drop sekejap anak biar dia leka dengan aktiviti..,.so kita boleh la ambil kesempatan membeli belah…sebelah je pun tempat aktiviti dengan Uniqlo…memudah kan cara 2 dalam 1…

Kesempatan nk dekat raya ni…kesempatan ke Uniqlo dapat la cuci mata sambil tengok koleksi baru kanak kanak Uniqlo…agak menarik baju kanak kanak disini…kualiti tshirt dia ok sangat…sangat selesa di pakai…sesuai untuk kanak kanak yang aktif dan lasak suka bermain…dengan di datangn kan style yang menarik pelbagai karakter…ada Lego, StarWars, Avengers, Sponge Bob..kanak kanak amat suka kan sesuatu karakter..selain itu Uniqlo juga mempunyai banyak pilihan design santai, kasual yang boleh digayakan mengikut tempat dan keadaan…suka sangat semua design Uniqlo…berkenan sesangat dah…tak pikir panjang terus pilih pilih baju raya Fayel…

Finally berjaya jugak mama beli kan Fayel baju raya..tahun ni raya bersama Uniqlo la kita..tak sabar nak gayakan koleksi baju yang smart habis..stylo mylo…material yang sesuai di pakai di hari raya…akan membuatkan anak kita selesa…berhari raya dengan gembira ..kalau korang masih mencari baju yang sesuai untuk anak anak..sila la ke Uniqlo banyak pilihan sangat….setaraf dengan kualiti dan harga berbaloi mampu milik…jangan lupa download apps Uniqlo untuk dapatkan info fesyen update terbaru…






Awal 8 pagi dah sampai..semangat awal heheh...first time ever dtg shopping mall kedai semua tak bukak lagi


kul 9 lebih aktiviti Lego nk start dah...butik Uniqlo pun dah bukak.....


Aktiviti pertama binaan Lego...Fayel dah start seronok
Aktiviti kedua LEGO ...membua octopus..Fayel dah makin sukaaaaaaaaaa....habis aktiviti kita shopping ye
Ok masa untuk shopping....Fayel dh pilih sendiri apa dia nak....harus la pilih design Lego 

Kepuasan hati beraktiviti sambil shopping....anak happy mak pun happy..Fayel terus pakai baju baru...






















09 August 2016

MImy Hamid Mana Hilang??

Assalamulaikum...aku tak pasti either aku masih ada pembaca lagi kat blog ini...terlalu rindu nak menulis ksiah peribadi..tapi aku dah jadi limited...maybe faktor malas pun satu hal...tengok blogger lain gigih sampai sekarang menulis...aku jadi kagum...kenapa la aku tak terus kan aje minat..bila tak berblogging aku hilang sumber carian peribadi untuk diri aku sendiri....hilang cerita kenangan tersimpan...ye aku miss banyak moment..nak comeback..hmmm ...itu lah keje dah tak macam dulu...daily rutin operation berbanding duduk kat audit dulu...berbeza boss jugak..audit even boss tak keluar duk ofis je..masa senggang banyak juga...hiihhi...ni ko duduk produk..hmmm boss meeting keje ko pun di tinggal kan suh siap.......huwaa kadang tu tak cukup masa nk balik nk siap kan keje...enjoy keje memang enjoy sangat...stress takde tapi bidang keje berbeza...


Masih bertiga..doakan kami sampai bersepuluh hehehe...i love my family...oi apa ni sabotaj aku...muka tak nampak

Kehidupan aku masih sama macam ...anak sorang lagi..hehehe ...kalau menambah sure dah kecoh kan :))..hahaha dasar kepoci....takde rezeki lagi...tengah usaha usaha tapi tak nak stress sangat pun...Fayel dah 4 tahun..besar bujang dah...dah sekolah...tapi masih manja lagi...dia dah jadi besfriend aku ...kadang kawan gaduh aku...kalau mood tak kena kitoarg memang macam anjing kucing...hek eleh ngan anak sendiri pun gaduh muahahah..serius weh...gaduh ngan laki kurang tapi gaduh ngan anak la pulak...penambahan anak takde...penambahan anak kucing pun takde...still sorang manja kucing sorang..Lilopa...Lilopa dah besar gak...gebu , montel, gemok...dah start bunyi bising nak kahwin lettew..oh no mama tak ready menantu oiiiiiiiii...


anak anak hehe..fefeling macam anak dua je...sorang bulus



Aduh lama tak menyembang sembang ...byk share dalam Facebook je....blog tak relevan kah?? relevan kalau ko rajin menaip...aku banyak ngadap phone so live thru ig/fb.. tapi tak puas sebenarnya untuk orang macam aku ni suka cerita panjang bagai...fb tu ringkasan aje...takpe rasa rasa nak cari mana mimy hamid hilang..cari la di muka buku..hari hari menempek sana ahakss..jangan jemu jelik sudah la...eh kisah aku tidak...my life my way...gituu...

Nanti nak update la cerita lama..biar pun lama nak memori kan dalam blog ni..senang nak mengimbas cari gambar ke...susah tau takde memori kat blog..bila rasa nk tgk pic raya 2016..wehh takde....padahal tetiap tahun tak miss kot cerita pasal raya je...ramadhan story pun aku miss...apa aku beli pun aku miss...kahkah weyyyyyyyyyy itu pun nk citer kah...ye kene...sebab tetiba aku teringat apa aku pernah pakai...aku google blog aku sendiri tau...nampak tau relevan nnya blog dengan diri aku...


Kisah Raya 2-16...team raya johor..team hijau




Journey terbaru aku dalam proses diet..aduhai malu nak sebut diet...aku kan tak suka sebut diet ni..sebelum ni diet aku kelaut hahaha...tapi istiqomah banyak banyak...ada progress nampaknya berbeza dari dulu yang hot hot shit chicken...serius tak leh move .....bila selalu update progress ramai la yang minta share kat blog please..ok ini salah satu sebab aku kena comeback menulis...ini satu sharing is caring...harap nya aku rajin dan ada masa la ye...ok adios..ketemu waktu yang aku free ye..kalau boleh hari hari nak update..ai rinduuuuuuuuuuuuuu.....



tunggguuu saya mengalami penurunan dari 120-115...masa ni 115 now terbaru 107...



























Google