**Scroll for New Entry**
**Sticky post for 2 days**
Sedia maklum la sekarang ni badan akak yang gedang, gemuk, montel ni…ya ampun apa nak jadi la….lepas pantang berlagak jap turun 20kg merasa la badan merecik turun 20kg uolls….3 tahun berlalu usah dikenang badan yang lama…nah sekarang badan yang baru….hmmmm…pitam….semakin naik dan naik macam belon kena pam….makin penat banyak keje…makin banyak lak laparnya…asyik makan…nikmat makan yang apa yang nak didustakan kalau sedap…ok nak insaf kurus sikit ni…nk stamina sikit…senaman pun jarang…
**Sticky post for 2 days**
Sedia maklum la sekarang ni badan akak yang gedang, gemuk, montel ni…ya ampun apa nak jadi la….lepas pantang berlagak jap turun 20kg merasa la badan merecik turun 20kg uolls….3 tahun berlalu usah dikenang badan yang lama…nah sekarang badan yang baru….hmmmm…pitam….semakin naik dan naik macam belon kena pam….makin penat banyak keje…makin banyak lak laparnya…asyik makan…nikmat makan yang apa yang nak didustakan kalau sedap…ok nak insaf kurus sikit ni…nk stamina sikit…senaman pun jarang…
Baru ni berpeluang ke Mayfair
Pavilion…memang tepat pada masanya …terkejut tengok suasana yang tenang rileks
cool aje…tenang rasa…memang sesuai la tempat privacy untuk nak memanjakan diri…kasi
belai belai muka dan badan….auww tak sabar la….akak sukaaaaaaa sangat….appointment
pukul 2 petang aku dah semangat datang awal 1 jam…huhu…ok tak sabar…lets me
story step selangkahke Mayfair ye….so nanti leh korang datang sini ….
Ruang legar beauty hall tingkat 7...teruja..cool & damai...
Ok dah sampai Mayfair Pavilion...
Tarikh date sama pulak dengan Dayu....tapi bilik asing asing le...balik janji temu sip sip kopi la kita
First sekali sampai je …pekerja
pekerja Mayfair akan sambut mesra then diorang akan bagi borang untuk kita
lengkapkan butiran…untuk treatment haritu…aku buat facial dan body..akan mengambil
masa 3 jam….ok then kita akan di ukur pakai penimbang..penimbang macam ko pegang
handle gitu….so bacaan berat, body fat akan dikira….then ukur tinggi….berat aku
ehmmmmmm yg pasti 100++ keatas..tanjat nengoknya berganda aku naik ..tinggi aku
165cm…nasib la tinggi kalau tak kesian badan tak balance…huhuhu….
Khusyuk dengor penerangan...fokussssssssss sgt lettew
Ok settle timbang ukuran semua
tu….sessi consultation kulit muka…bab ni aku suka sangat….aku ni nan hado je
bab skincare ni..semua pun belasah je pakai…aku yang tak setia…tukar tukar tak
sampai 2 bulan hahaha…macam berganti baju…hasil scan muka…menakutkan tengok
kedalaman kulit …kulit aku di kategorikan berminyak di bahagian zon t tapi
check kebawah adalah kering makan ya kulit aku nampak kusam tak sekata…..muka kurang
air memang akan kering…so nak bagi muka segar..rajin rajin pakai toner ye….baru
tau fungsi toner & moisturizer yang berguna tu…pasni nak pakai...please
jangan malas cakap diri sendiri..
Time ni dah seriau tengok kulit sendiri..kulit jenis oily zon t..kering cheeck ke bawah...pencuci sesuai kena berunsurkan gel
Ok kasi settle facial muka
berkerak ada banyak masalah tu….proses treatment facial adalah seperti turutan
gambar….Treatment yang aku jalani adalah Oil Clean Kit..produk yang digunakan
brand Ree’s Skin Formulation. Fuh facial yang best…terbuai buat perasaan..paling
best ada body massage.. Treatment yang terdapat di Mayfair adalah seperti
berikut…
Bilik Facial treatment yang cool
- Peremajaan Kulit-Toning kuat, pelembap, rawatan antioksidan akan menyedarkan kulit anda, semangat dan deria.
- Intensif Rawatan Mata-Kulit yang lebih ketat dan licin di sekeliling mata, mengangkat kening membantu untuk mengurangkan bawah mata "EyeBeg".
- Terapi Rapi Leher-Mengurangkan kehilangan kelembapan. Mengurangkan garis-garis halus dan kedutan.
- Ketegangan Rawatan Akhbar-Tekanan sederhana dengan tenaga minyak aromaterapi Melancarkan peredaran darah dan peningkatan kesihatan fizikal. Ia juga membantu mengimbangi semula kelonggaran dan kejelasan mental yang meningkat
- IST Detoksifikasi -Membantu memulihkan filem lipid semula jadi kulit dan menjana semula fungsi halangan yang
- Kulit Booste -Secara semula jadi dan merawat diringankan kulit, meningkatkan ketegasan, kelembutan-dan keserian.
- Terapi sel Angkat Rapi -Adalah prosedur bukan pembedahan kosmetik yang menggunakan elektrod untuk merangsang lapisan kulit untuk menghasilkan lebih banyak kolagen untuk menegangkan kulit dan mengurangkan penampilan garis-garis halus dan kedutan!
- Refining Terapi Kulit -Mencerahkan & mencerahkan, Meminimumkan The liang roma, Kulit Metabolisme dirangsang dan pembaharuan sel diaktifkan, Hydra infuse
Asyik melayan feeling sampai tertido
Setelah selesai rawatan muka
lebih kurang 1 jam setengah…so kita beralih keperawatan badan…okeh yang sangat
ditunggu …nak try treatment di Mayfair….treatment pertama di mulakan denganIF
(Intensive Frequency- IF adalah gelombang radio berfrekuensi tinggi yang
menembus kedalam kulit dan menghasilkan haba yang meningkatkan peredaran
darah..Iaju game ransang lapisan kulit untuk menghasilkan lebih banyak kolagen
untuk menegangkan kulit…Untuk IF aku pilih bahagian perut….sambil buat tu
berbunyi gak la bising frekuensikan…dan perbezaan akan ketara nampak side
sebelah perut ada curve…kempis sikit…bukti bergambar ada tapi takleh tunjuk kat
blog ar…malu hihihi…
Ok setel bab pertama…session
kedua… …Vibe Kinetik Terapi (Badan Penuh)..Kesan getaran VKT adalah seperti
ribuan urut rolling kecil dengan jauh-inframerah yang membantu membakar lemak.
Penggunaan kalori adalah lebih cepat dan lebih cekap berbanding senaman biasa.
Hanya 10 minit masa, VKT boleh mengambil 500 kalori, bersamaan dengan satu
hingga dua jam latihan itu. Oleh itu, ia membantu untuk mempercepatkan program
penurunan berat badan. aku suka buat VKT ni...just berdiri then kaki badan semua bergetar bergegar...10 minit pun rasa kejap...punya la syok badan gegar gegar...kita just berdiri then akan terasa seperti pergerakan kita berlari....selepas habis VKT terasa regangan kaki...
Mesin VKT
Sessi 10 minit yang syok...gegar gegar badan...rileks je...tapi sama mcm berjogging
Session last yang debar hahaha
sebab nama dia CLA Chili Slimming …CLA adalah diekstrak daripada biji cili
lada. Unsur aktif pada dasarnya capsicum boleh menjadi berkesan dan cepat
merangsang penguraian dan perkumuhan lemak badan…fuh dengar chili aku debar aku
bayangkan panas pijar…huhu…dah nama chili…krim ni bila sapu sejuk je
rasa…bestnya..haha konon pastu badan akan di wrap dengan plastic…like a mumia
lutsinar….heheheh…then kita akan di baring kan atas selimut haba dalam keadaan
selubung….Selimut haba yang panas boleh melegakan otot; meningkatkan peredaran
darah di samping mengurangkan pembendungan cecair….aku cuba nak tido tapi tak
lelap…dah terasa bahangnya kepanasan menyerap…macam sauna…cukup masa badan yang
panas tu leganyaaaaaaaa….habis lencun badan aku berpeluh….panas tapi puas hati la
orang kata…
Syhh tengah kepanasan badan berchili tu...hahaah nak tido tapi gelisah...hahah tapi habis session best lencun
Selesai akhirnya treatment
setelah 3 jam…hasilnya aku rasa badan fresh segar….muka pun berseri je eheheh….then sebelum balik dihidangkan the
bunga krisantemum..oh nyamannnyaaaaaa…terasa segar badan….secara keseluruhan
aku suka semua treatment yang aku buat..serius enjoy sangat plus pakej Mayfair
yang tak lokek bersembang berkongsi setiap fungsi treatment…so untuk yang
beminat ada pakej best nak bagi..dari Impian Anggun…
Habis semua session...muka fresh...tegang regang badan muka
Lets minum teh bunga bagi segar badan
“Impian Anggun, sebuah rancangan
realiti kecantikan yang dibawakan khas oleh Kumpulan Mayfair, menceritakan
kisah-kisah benar para wanita yang berjaya melangsingkan badan dan
mengembalikan keremajaan kulit dengan bantuan profesional Mayfair Bodyline
sejak tahun 2008. Kini, Impian Anggun merupakan sebuah zon wanita yang
menawarkan informasi dan tips untuk membantu mengembalikan keyakinan diri anda
dengan menyelesaikan masalah berat badan serta kulit anda”
Apa perlu korang buat untuk
menikmati pakej hebat dari Mayfair dan Impian Anggun ..cara nya mudah saja….
Website : www.impiananggun.com.my
2. Nyatakan mengapa anda berminat
untuk mengikuti treatment . 10 pembaca bertuah akan menerima hadiah giveaway.
3. Jangan lupa untuk memenangi
nya sebelum tarikh tutup 10 Mei 2015 ….
Manager Mayfair Pavilion..Thanks uolls
Sempena ulang tahan ke-30,
Mayfair sedang menjalankan promosi RM30 untuk 3 treatment seperti berikut..
Tunggu apa lagi? Kalau tak
sabar-sabar nak tunggu pertandingan, bolehlah lawati Mayfair dengan promosi
ini!
2 comments:
syok nye kak kene uli!!
dorang xde pujuk soh continue slimming package tu ke?kalo london berusaha jugak smpi tanya dlm atm kita ade duit bape siap follow kita klua duit
Post a Comment