Fayel dah nak masuk 8 bulan baru la terhegeh story mory solid food..ini penyediaan makanan semasa dia 6 bulan..sejak menjak Fayel dah makan ni...hover eksited lak aku...tetiba terlebih rajin...mak aku pun tengok aku beria benor sediakan makanan Fayel dia tercengang seketika.. mak aku memang tau la anak nya yang sorang ni cemana...sekadar berkongsi untuk tatapan masa akan datang...kadang keterlupaan kann...dulu mak aku selalu komplen..apa aja la ko buat ni pelik pelik hahahaha...now a days dia jugak yang rajin join buat kenduri solid food Fayel..siap bersila sesama singsing lengan..tengok tu mama dan tok mak berganding bahu tenaga demi Fayel si cucu kuat makan...haha
Episod permulaan makanan Fayel aku perkenalkan makanan style Puree dari sayuran dan buahan...aku sanggup gigih ke dapur masak demi anak...demi anak dapat khasiat nutrien semulajadi...tidak jugak ku menafikan makanan instant itu tak bagus....sometimes aku yang bekerja ni ...bila what to do kena jugak terbagi..kadang tu tak sempat nak buat..so far bagi biskut milna or baby bites la kalau dah takde masa sangat...cerelac dah cuba bagi..Fayel tak suka la...dia buat muka pastu tutup mulut menangis tak nak makan...ala kesian pulak.....
Sebab anak dah tak suka instant..as mama i have to buat jugak fresh fruit frozen....biasa aku sediakan frozen food untuk Fayel ...aku sediakan dalam bentuk ais kiub...so tetiap malam aku dah prepare menu untuk esok...weekend aku memang agak bzz la dengan penyediaan kiub frozen Fayel...kadang rasa nak pengsan wooo....dah la takde food procesor canggih manggih hahaha...demi anakanda tercinta nak makan...sanggup !! janji makan dengan selera nyaaaaaa...
Resepi Makanan Bayi
Fruit Puree
Bahan-bahan:
1.Epal/Pear /(sebarang jenis buah mengikut umur 6 bulan)
2.Susu Ibu/Susu FM/Air Masak
Cara Penyediaan:
Buangkan kulit,potong buah kecil-kecil, steam selama 15 minit, bila dah lembut, sejukkan. kisar buah air masak sehingga halus. Boleh terus dimakan atau boleh bekukannya. (boleh tambah susu ibu, susu formula juga)
Veggie Puree
Bahan-bahan:
1.Lobak merah/Brokoli/Ubi kentang (sebarang jenis sayuran mengikut umur 6 bulan)
2.Susu Ibu/Susu FM/Air Masak
Cara Penyediaan:
Buangkan kulit,potong buah kecil-kecil, steam selama 15 minit, bila dah lembut, sejukkan. kisar buah air masak sehingga halus. Boleh terus dimakan atau boleh bekukannya. (boleh tambah susu ibu, susu formula juga).
*Stok untuk dibekukan di simpan sepertimana penyimpanan EBM. Labelkan setiap bekas. Puree ada yang boleh tahan 3 bulan dan ada yang sehingga 6 bulan.
Mari kita tengok Fayel makan...jom jom ...Puree Brokoli
Puree Epal
Puree Kentang
Puriee Carrot
Puree Pisang
Puree Kentang+Brocoli+Papaya
Puree Pisang+Labu+Kurma
Puree Bayam+Lobak+Kentang
Puree Kismis+Kurma+Pear
Nyum nyum sedap...ai likeeeeeeeeeee
Puree Brocoli+Lobak
Puree Brocoli+Kentang+Bayam
Bayam+Kismis+Kentang+Lobak
4 in 1 Puree- Pisang+Pear+Betik+Plum
2in1 Puree- Labu + Keledek
Puree Labu+Betik+Lobak+Keledek
EPISOD MAKAN 7 BULAN LAGI BEST DAN MENCABAR SEBAB FAYEL DAH PANDAI RASA RASA....YANG PENTING NO SUGAR, NO SALT, NO INGREDIENT...NO NO NO!!
Important :
Declaration of images are the intellectual or personal property,image usage is strictly prohibited without the written consent of the blog owner,Failing which may result in possible legal action against the involved party using the image.
MIMY HAMID
12 comments:
sememeh mulut fayel, tak sabar nak tunggu mama suap :p
memang gigih.....
heheheh...aku aku semua sumbat nasi jer...campur ikan sayur, kasi buat bubur...lembek2 dah taknak mkn, nak yg keras2 pulak even gigi pun tak tumbuh lagi
okeh...naila belum 6 bulan...tp doc da bg permission boley makan...weee...nak buat jugak....:)
okeh...naila belum 6 bulan...tp doc da bg permission boley makan...weee...nak buat jugak....:)
mimy...fes time kalau nak bagi tu..banyak tak die makan..?? kalau macambuah tu.. sebijik abes tak.?? lepas tu kalau dah bekukan..kene panas kan cairkan macam susu ek..?? aku ngah mencarik ilmu sekarang ni..eves lak..heheh..even si qaleef baru jer 4 bulan lebih..eehh..nak masuk 5 bulan dah..sekarang nampak dah bayang2 gigi..kalau tumbuh gigi awal..kene bagi makan awal ker ek..??
aqilah pun suke puree klu bubur nasi dia reject!..jg kulit kot..hihih
aqilah pun suke puree klu bubur nasi dia reject!..jg kulit kot..hihih
Rajin kau nok..Aku dah melepasi dah fasa ni..Hehehehe~
asal tgk makanan nih ai plak terliur hahahha saja tau u ni mimie....
wahhhh kemain berselera fayel makan
awk... nak mintak tolong boleh izwa tgh pening nak sediakan makanan anak wa ini... boleh tak nak mintak no phone leh msj2 ngan awk pasal penyediaan makanan...baby 6 bulan
Bagus la u ni, rajin masak utk baby. Ini semua boleh simpan buat stock mcm ebm kan. Boleh tahan sampai berapa hari@bulan ye?
Salam..
Promosi BUKU HIMPUNAN DOA & ZIKIR HARIAN RM1.00 sahaja 1pc. Minimum order 100pcs. Terhad kepada 5 pelanggan terawal sahaja.
Buku doa comel bersaiz poket sesuai dijadikan sebagai doorgift untuk majlis anda seperti Majlis Hari Lahir, Aqiqah, Cukur Jambul, Akad Nikah, Perkahwinan, Pertunangan, Doa Selamat atau apa jua majlis.
InsyaAllah bermanfaat untuk tetamu2 anda..
PM
https://www.facebook.com/messages/ColorfulSomethings
Whatsapp 017-277 1232
Tengok design kat sini https://www.facebook.com/media/set/?set=a.679183902092322.1073741836.597656516911728&type=1
Post a Comment