Ini semua gara gara kemalasan nak keluar umah semata nak beli donut ....hari ahad aku adalah santai golek depan tv pastu tido aje kekdahnya...tengahari dah makan nasi kerabu...petang nak makan apa pulok....camni la kitaorang kat umah..camner tak gemuk...duduk saja tanpa makanan adalah bosan...kena buat sesuatu kudap kudap nak makan...baru rasa itu hari ahad.....
Okey la aku selak resepi ....mari kita buat donut gula...mak aku dulu adalah penjual kuih terkenal satu ketika dulu tapi aku nak suprise kat mak aku...aku bikin sendiri...gigih cari resepi sendiri...Encik Awak makan ke?? hmmm tak makan aku makan sorang...harap maklum dia desert manis agak kureng...eeeeeee rugi kannn...tapi aku selalu paksa dia makan...pedulik...tak makan tak mo kawan...dia amik hati makan la dia sebiji dua tetiba tambah 4 biji...apa cerrrrrrrr...tadi kata tak suke...
Buat donut bunyi cam senang je kan..tp pada aku pestime buat ni...tang paling susah menguli doh...tang ni aku suh Encik Awak uli...tenaga laki kan kuat...nak uli bagi kembang...baru la donut tu jadi...
Bila Donut dah menjadi leh la kita goreng...api jangan kuat...buka api kecik sudah yer....pastu cari gula halus tabur...kita makan panas panas...uihhh nyum nyum...best....
Encik Awak amik turn lak...buah mangga ada dalam peti ais...buat Jus Mangga Susu..buah mangga 2 biji campur susu pekat.....pehhhhhhhhhhhhhh takleh blah....mengila sedap nya...berlawan kami laki bini minum...layan tul...Encik Awak ni memang boleh buka kedai makan la...air tangan dia sedap...aku sebagai bini mengakui nya..sah cop sirim...super sedappp...aii like...
Jemput mak aku makan sama...suh rasa donut anak nya ini...ehhehe...dia kata sedap..."tak sangka anak mak buat"..kembang kempis hidung lagi sekali...huhu..yeayy berjayaaa
DONUT (sumber my resepi)
• 3 cawan tepung gandum
• 1 cawan air suam kuku
• 2 sudu besar mentega
• 6 sudu besar gula pasir (boleh kurang bagi yang tak suka manis)
• 3 sudu besar susu pekat manis (aku ganti susu tepung)
• 1 paket yis (jenama mauripan)
• 1 biji telur
Cara-cara
1. Cairkan mentega dan ketepikan.
2. Gula dan susu disatukan di dalam air suam, kacau supaya gula larut. masukkan yis, kacau lagi. Biarkan selama 10 minit.
3. Pukul telur sedikit dan campurkan bersama mentega cair tadi.
4. Selepas 10 minit yis akan naik berbuih-buih, masukkan pula mentega yang dicampur telur tadi.kacau.
5. Masukkan campuran yis kedalam mangkuk yang berisi tepung gandum, gaul sebati dengan senduk kayu. biar adunan lagi selama 45 minit.
6. Banyakkan tepung ditangan supaya adunan tak melekat.(adunan memang agak lembik). ambil sedikit adunan, bulatkan dan leperkan atas papan pencanai. tekan acuan donut yg telah dicelup sedikit tepung.
7. Sediakan minyak untuk menggoreng. gunakan api sederhana. alih selalu supaya dapat warna yang sekata. setelah agak kekuningan bolehlah diangkat. Tabur gula caster atau hias dengan coklat cair dan ditabur dengan coklat rice...

Important :Declaration of images are the intellectual or personal property,image usage is strictly prohibited without the written consent of the blog owner,Failing which may result in possible legal action against the involved party using the image.MIMY HAMID
10 comments:
wow hebatla pandai hang buat donut tu...sedapnyer fav ni
WAH GILER KENTANG...SEDAPNYA!!!! TAPI AKU CNFIUS SKIT, PESAL DONAT KO PECAH2...TERLEBIH YIS NIH!!!!
mcm2 jenis dh pandai masak ni.best2...majula kedepan perut en.awak pasni.bini msk sedap je kan.sndiri pun msk sedap.
oh yeah... cayalah frennnnn! resepi nih? harus aku salin! :D
dah lama xbuat donut...sedapnya donut beb len kali buat lelebey skit na....jangan lupa jemput aku skali..hehehhehe
nampak sedap. lain kali aku nak terjah umah kau la hujung minggu. leh makan kuih muih
perghhh baca entry donut di pagi hari..kalao sempat ptg pon nak buat...adehhh kalao tak makan gambo donut pic mimy jek gamaknya...hhhehehe superb duper yummehhh nasib baik budak berdua tu tengah main kalao tak....kena terjah dapur tauk...hahahaha
baru dapat resepi dia..wiken ni nak try..harituh aku terliur tgk jus mangga ko kan..aku terus carik mangga..tapi last2 tak terbuat ..sebelum jadik air budak2 kat umah da belasah mkn dulu..
harinih hari ahad 20/3, aku tgh hadap resepi ko ni nak buat donut..muehehe.. tapi aku tambah kentang.. thanx beb share kat sini.. muashhh
aku pun ada jugak nak buat tapi bila ingat tang menguli tu yang membuatkan terbantut keinginan
Post a Comment