Long dresses atau maxi dresses sering menjadi pilihan ramai wanita untuk ke mana sahaja. Ia boleh dijadikan sebagai pakaian kasual ketika cuti hujung minggu, boleh digayakan ke pejabat, dan juga boleh dipakai ketika menghadiri majlis-majlis istimewa asalkan kena dengan gaya. Bukan sahaja selesa dipakai, koleksi long dresses ini juga boleh digayakan oleh wanita bertudung. Ia membuatkan si pemakai kelihatan lebih feminine dan tampil menyerlah. Jom kita lihat beberapa tips penting ketika ingin memakai atau menggayakan koleksi Muslimah long dresses ini;
First of all, pastikan anda memakai koleksi long dress yang menepati dengan saiz anda. Jangan memakai long dress yang bersaiz terlalu besar kerana ia akan menyukarkan pergerakkan anda (kerana terlalu labuh) dan elakkan daripada memakai long dress yang bersaiz terlalu kecil.
Seterusnya, kenali bentuk badan anda terlebih dahulu dan pakai koleksi long dress yang bersesuaian dengan potongan badan anda tersebut. Terdapat banyak rekaan dan potongan yang boleh anda temui di pasaran.
Ketiga, wear the right shoes! Apa yang menarik mengenai koleksi long dress ini adalah ia sesuai untuk anda gayakan dengan apa jua jenis kasut pilihan anda. Anda boleh memilih untuk memakai ankle boots, heels, pumps and even flip flops!
Untuk penampilan yang lebih menyerlah, anda juga boleh menggayakan koleksi long dress ini bersama pemakaian jaket atau cardigan sebagai outerwear anda.
pakai dgn kardingan oke sikit
ReplyDelete