19 January 2015

AJl 29 - Romancinta Tetap Juara Di Hatiku

Semalam AJL 29 ..keputusan pun dah tau...aku tanya apa khabar....joe flizzow & Sona one menang...ok gak lagu ni...aku suka video klip Apa Khabar...teringat masa kegemilangan too phat....sebenarnya aku lagi suka lagu ROMANCINTA..aku memang nak lagu ni menang...dari Aweera bawa lagi masa semi final...lagu ni lirik dan lagu dia puitis melankolik..arrrangement dia rock yang best...biasala KRU buat lagu kan...of course best..pastu ala ala rock melankolik...masa aweera nyanyi pun aku dah suka...tapi final Aweera dah keluar Mojo...so semalam caliph busker bawa Romancinta..pehhhh terubat hati aku lagu ni tanpa aweera.... besttttt...naik bulu roma dengar lagu ni ...tahniah edry ...mengangkat golongan OKU ke AJL..terharu rasa....sebak tengok caliph busker perform...kt situ live pun ramai dah standing ovation..apatah aku laki bini...memang tepuk tangan juga...apapun aku suka sangat Romancinta...memang berharap menang....persembahan terbaik pun ok la....hidup Aweera....tetap suka Aweera walau dah keluar Mojo....
.


Tahniah Edry buat lagu Romancinta yang best...Caliph Busker pun bawa best........


Oh Aweera...tetap suka walau bukan Mojo...suara rock yang best


Romancinta – Mojo

Sejak kamu pergi menjauh

Sudah tiada udara untuk diriku hembus
Denyutan nadi pun terbentur melumpuh
Dalam hening jiwa

Jika kamu tak percayakanku

Belahkanlah dada dan kau intiplah di situ
Pasti akan jumpa kasih yang menyala meratap dirimu

Kerana kau satu-satunya

Cinta agung yang paling kudamba
Tanpamu hilanglah makna
Untuk menikmati romancinta

Aku akan setia selamanya

Selagi masih bernyawa
Pulangkan kembali romancinta
Yang kau bawa pergi

Tanpa kamu menyiram kalbu

Punah semua harapan larut dalam mimpi
Batinku meronta
kau ulang semula
Menyayangi aku

Kerana kau satu-satunya

Cinta agung yang paling kudamba
Tanpamu hilanglah makna
Untuk menikmati romancinta

Aku akan setia selamanya

Selagi masih bernyawa
Pulangkan kembali romancinta
Yang kau bawa pergi

Beri semula

Hatiku rasa
Romancinta









No comments:

Post a Comment