02 July 2014

Roti Jala yang Senang Buat..

Entry memasak ye hari ni…uhuhu mementang bulan puasa kan…hari tu sebelum puasa aku ada buat roti jala untuk breakfast…ntah apa roh rajin bangun pagi nak try buat roti jala untuk breakfast..ni gara gara tengok Fayel makan kat kenduri…kemain galak dia menyuap…ada la 5 ketul..hamboi anak…nampak nau mama ko tak pernah buat kemain makan banyak ye….pastu bang megat dah hint hint…tengok tu anak kita favourite makan roti jala..hmmm ko masih tak paham lagi …harus la paham..kata kata laki ku itu memang double meaning…perli akak la tu….. 

Baik la sebab kesukaan anak…mak akan sedaya upaya penuhi tekak anak nya…baru tau eh jadi mak mak ni…patut la mak aku sedaya upaya masak apa je aku suka makan….dulu tak pot…ah lantak…boleh beli…huhu feel beli dengan buat sendiri untuk suami dan anak makan adalah lain…ok aku dah mak mak sekarang..terima hakikat…sok besar apa lagi Fayel suka makan…kena ready ni..tetiba cakap mama nak makan kuih talam…masak lodeh aku…huhu… 

Pertama kali nya dalam hidup aku try buat roti jala…pewittttt…serius senang…selama ni tau makan aje…tapi yang tak senang nya…sekali melipat sekali ngap masuk mulut hahahah…first time buat jugak..skill menjala atas pan tu tak berapa berseni …takpe takpe pertama kali katanya..yang penting dah try buat uolls..senang gile..ramuan mudah tak mahal…orang jual satu 60 sen tau…ok weekend ni nak buat la untuk 2 bujang kesayangan hamba kat rumah tu…so korangyang takde idea apa kuih muih homemade tu sila la buat roti jala..cicah kuah durian or kuah kari ayam..peh marbelessss…thorbaik..


Bahan2 Roti Jala 
(ku tiru resepi ini http://yatiememories.blogspot.com/2013/08/roti-jala-kari-ayam.html)
  • 3 cawan tepung gandum
  • 3 ½ cawan air
  • 1 biji telur
  • sedikit pewarna kuning
  • 1 sudu besar marjerin ~ dicairkan
  • 1 sudu kecil rata garam
  • sedikit minyak (untuk lengser pada kuali)

** ada resepi guna santan tapi aku cari resepi yang simple...

Cara2nya 
  1. Campurkan semua bahan2 di atas menggunakan whisker hingga sebati. Tapiskan.
  2. Panaskan kuali. Lengserkan dgn sedikit minyak pada kuali.
  3. Menggunakan acuan roti jala... ceduk adunan tadi & kirai ke dalam kuali menjadi seperti jala .
  4. Biarkan hingga roti jala masak. Tak perlu dibalikkan. Terus saja angkat & masukkan ke atas pinggan lalu dilipat / digulung mengikut sesukaan anda.
  5. Buat hingga habis. (tak perlu lengser minyak setiap kali nak kirai roti jala.. lengserkan sekali sekala saja kerana dah ada marjerin dlm adunan... jika guna non stick pan lagi senang )
  6. Pastikan setiap kali sebelum menceduk adunan.. mesti sentiasa dikacau2 adunan terlebih dahulu supaya adunan sebati semula daripada proses mendapan.
  7. Hidangkan samada bersama kuah kari, rendang, serawa durian atau apa2 saja kuah kegemaran anda.
_______
_____________________________________________________


Ni resepi versi dapur kak jee (guna santan)

BAHAN2NYA:

2 cawan tepung gandum

1 cawan santan(boleh guna susu cair)
1 cawan air
1 biji telor
secubit garam
beberapa titis pewarna egg yellow

CARA:

Masuk semua bahan dalam blender (kecuali kulit telor) dan trrrrr sambil sebati. Tuang dalam botol acuan. Boleh guna acuan biasa. Pastu panaskan non stick pan dan oleskan mentega ke seluruh kuali. Kjee guna Olive Oil. Biar kuali panas dan mulalah menjala. Mula2 buat mesti tak cantik tapi lama kelamaan okaylah. Bila sekeping sudah masak, alihkannya ke pinggan, terbalikkan supaya permukaan atas yang licin mengadap ke bawah. Kemudian gulung. (Kena simpan dalam bekas kedap udara supaya tidak menjadi kering dan keras)  Ulang sampai habis. 

Makan dengan kari ayam/daging atau serawa durian.

Cara Kjee buat serwa ialah masukkan durian ke dalam periuk, ramas2 seketika. Tak payah buang biji. Masukkan air kira2 dua inci dari paras durian dan bubuhlah gula merah atau gula melaka dan secubit garam. Apabila sudah mendidih, masukkan ½ cawan santan pekat ataupun susu cair. Masak lagi hingga mendidih dan padam api.



Pakai blender je campur kan semua bahan....


Siap ready nak menjala


Percubaan pertama tak berseni sangat...baru cuba kan..aku pakai acuan roti jala yang besar tu mak  aku punya

Lepas dah beberapa kali menjala...jadi la berseni sikit macam ni...yang penting mengirai kena pakai non stick pan ye....berbaloi tau brand vviva ni...tak lekat langsung


Roti jala siap bergulung hasil percubaan pertama ku....heheh..dah lipat tak nampak la seni tak seni nya pun...Fayel makan 6 ketul..papa dia 10 ketul...aku ?? kira la lebihan nya huhu






8 comments:

  1. daku pun setiap kali menjala tak berseni kak...asyik lempeng je...ahahaha

    ReplyDelete
  2. cer menjala tu tinggi sikit...hehe..
    mudah resepi ni leh amik..

    ReplyDelete
  3. tak pernah buat lagi mi. mak mentua pandai buat. hahaha. ilmu menjala tak menuntut lagi. baru ilmu daging dendeng. hahaha.

    ReplyDelete
  4. waaahhh lama tak berblog...ni pestime nak komen tahun 2014 nih...hahaha... kira pass le roti jala ko mimy, aku ni ain memang suka mkn roti jala, tapi aku maleh nak buat...hahahaa...apa punya mak le kan aku ni... nanti bleh la aku cilok resipi kat blog ko ni... TQ mimy

    ReplyDelete
  5. husband lin, kalau makan roti jala ni, dia nak garing2 je.. klu tak, dia komen2.

    ReplyDelete
  6. kak ade acuan botol utk menjala ni.
    plastik botol...huhuhuhuh

    ReplyDelete
  7. Sedap ni kak. Eka pon tak reti dan tak pernah buat pun roti jalan ni hahaha makan je tahuk.

    Tapi makan ngan kuah doyan sedap nii

    ReplyDelete