Oleh itu jalan untuk membantu dia menjadi tenang:
1- Pegang dia seperti dalam gambar ini.
2- Bisik kan anda sayang dia dan understand perasaan dia.
3- Baca ayat Quran dan A'uzubillah hi manasyaitan nir rajim, supaya syaitan tidak mengambil kesempatan kepadanya dan anda.
4- Tenangkan dia dengan kata-kata kasih dan anda pun perlu tenang
5- JANGAN SEKALI-KALI MARAH DAN MENJERIT ATAU MEMUKULNYA KONONNYA UNTUK MENDISIPLINKAN DIA. Ini hanya akan menjadikan dia anak yang pengecut atau yang suka memberontak.
*Kenali Apa Itu Tantrum?
Tantrum bermaksud kemarahan secara tiba-tiba. Manakala "Temper Tantrum" ialah suatu luapan emosi yang meledak-ledak sehingga tiada kawalan diri. Temper Tantrum seringkali muncul pada anak usia 15 bulan – 6 tahun. Tantrum biasanya terjadi pada anak yang hyper-aktif. Tantrum juga lebih mudah terjadi pada anak-anak yang dianggap "sulit", dengan ciri-ciri sebagai berikut:
1) Kanak-kanak tidak cukup tidur.
2) Makan dan proses pembuangan najis tidak teratur.
3) Kekok dengan situasi baru atau orang yang dia tidak kenali.
4) Lambat beradaptasi terhadap perubahan.
5) Emosi tidak tenteram (sering negatif).
6) Mudah marah dan mudah menangis.
7) Sulit dialihkan perhatiannya.
Tantrum termanifestasi dalam berbagai perilaku. Berikut adalah beberapa contoh perilaku Tantrum, mengikut peringkat usia:
Dibawah Usia 3 tahun
·Menangis
·Menggigit
·Memukul
·Menendang
·Menjerit
·Memekik-mekik
·Menghempaskan badan ke lantai
·Memukul-mukulkan tangannya
·Menahan nafas
·Menghentakkan kepala
·Melemparkan barang
·Menyangkung
·Memeluk tubuhnya
Usia 3-4 tahun
·Perilaku tersebut diatas
·Menghentakkan kaki
·Berteriak
·Meninju
·Membantingkan pintu
·Mengkritik
·Merengek
Usia 5 tahun keatas
·Perilaku-perilaku tersebut diatas
·Memaki hamun orang lain @ ibubapanya
·Menyumpah
·Memukul kakak @ adik @ kawan-kawannya
·Mengkritik diri sendiri
·Memecahkan barang dengan sengaja
·Mengancam
·Merungut
·Trauma @ fobia keatas sesuatu yang menekan emosi anak.
*FAKTOR PENYEBAB TANTRUM
Ada beberapa faktor yang menyebabkan terjadinya Tantrum. Diantaranya adalah seperti berikut:
1) Kehendak @ Keinginan Anak Di Halang
Setelah tidak berhasil meminta sesuatu yang tetap pada keinginannya, maka sianak mudah saja melepaskan emosi tantrumnya yang bertujuan mendesak ibubapanya agar memenuhi impiannya.
2) Ketidakmampuan anak mengungkapkan dengan perkataan
Kanak-kanak bawah usia 4 tahun memiliki keterbatasan bahasa. Amat sukar sekali untuk mereka menterjemahkan keinginan mereka dalam bentuk bahasa yang mudah untuk kita fahami. Oleh itu, kondisi mereka yang masih tidak betah telah menekan emosi mereka menjadi kecewa dan secara tidak langsung mewujudkan frustasi pada diri mereka dan disampaikan dengan sikap tantrum.
3) Pergerakan yang Terhad
Kanak-kanak yang hyper-aktif sudah biasa dengan pergerakan yang bebas tanpa kongkongan atau batasan. Sekiranya, ibubapa cuba mengawal pergerakan atau hadkan kelakuannya menjadi sopan dan bertertib, maka ini mewujudkan stress pada diri sianak. Untuk anak melepaskan stress, maka wujudnya tantrum. Sebagai contoh; anak hendak minum menggunakan gelas, ibu atau pengasuh tidak benarkan dan menggantikan dengan cawan plastik; sianak masih bertegas dengan keinginannya, maka telah wujud sifat amarah dalam dirinya dan untuk dia melepaskannya dia akan bersikap tantrum agar kehendaknya
diperbolehkan.
4) Asuhan Ibubapa
a. Terlalu dimanjakan apabila semua keinginan dipenuhi dan tetiba ada keinginannya yang lain tidak diikutkan.
b. Asuhan yang tidak konsisten – tidak menerangkan yang mana baik dan yang mana buruk (tiada penjelasan diberikan). Apabila anak melakukan kesilapan dan secara tiba-tiba kita menegur dan menghukum, maka inilah komplikasi yang timbul dengan wujudnya tantrum.
c. Ibubapa bertelagah pendapat yang mana baik @ buruk untuk sianak.
5) Anak merasa penat, lapar atau dalam keadaan sakit.
6) Anak sedang stress
Samada anak penat dengan bebanan tugasan sekolah, dan lain-lain atau kerana merasa tidak aman (insecure).
7) Trauma @ Fobia
Anak diseksa atau pernah menyaksikan sesuatu yang ngeri atau diperkosa sejak kecil. Trauma yang melanda dirinya menjadikan emosinya tak tenteram. Kanak-kanak mengharapkan perlindungan yang aman. Apabila itu terjadi, dia beranggapan bahawa ibubapa tidak memberikan kasih sayang atau keamanan yang diharapkan. Maka dia akan tantrum untuk melepaskan tekanan yang melanda emosinya. Tantrum ini memakan masa untuk pulih dan akan terbawa sehingga dia dewasa.
Lets See Fayel Tantrum...
hafidh pun selalu cmtu... pening gak nak ngajarnya.. kadang2 tu... blur tak tahu nak buat apa...
ReplyDeletehahaha fayel comel!!
ReplyDeleteiman slu kne ugut dgn papa die nk tgalkn kt balkoni sbb die suka sgt duk kt balkoni umh.memlm xbg keluar pn nk keluar jgk.huhu
good info! ayish kadang2 ada gak tantrum dia...tp org sekeliling cakap normal je budak camtu...anggap je dia budak bijak but in the same time kita kena jugak la cari solution kn? hehe
ReplyDeletegambar bawah tu yg aku tak menahan tu my..mama yer yer jer senyum hahahaha..fayel buat derk jer..
ReplyDeleteanak aku pun sama, suka tunjuk perasaan..aihh..kena baca ya latiff lbh lagi ni ;)
amboi garang nya muka dia marah.. hehe
ReplyDeletethx sharing info ni kak..mmg geram je tgk ank ber tantrum bagai hehh..insyaAllah boleh improve lps ni... :)
ReplyDeleteAlolo..muka marah dia tu homeiii
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletesabaq jaa laa bila dh start ngamuk. Yana selalu buat x layan jaaa, biaq dia tenang dulu baru dekat. klu tak, my blood goes upstairs laa
ReplyDeletecomel giler bile fayel buat muke ketat.. btl la kak, time dia dh pandai memberontak, kite yg boyot ni lupe diri dah.. kejap ke api naik ke kepala..
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletenice sharing..kelakar plak tengok fayel buat muka ketat camtu..huhuhu..
ReplyDeletethanks kak for sharing. mmg cabaran sungguh bila anak dah pandai mengamuk. shaheem pun suka baling2 barang. menangis x tentu pasal. geraaaammmm..
ReplyDeletefuh...mencabar jugak ye bila anak dah besar sket...memang hari2 tiup ubun2 dengan zikir Ya Latif supaya anak jadi lembut hatinya...:)
ReplyDeletealahai..fayel buat2 muka ek..sgt comel ok..dr nak marah,terus xjd marah.hihih
ReplyDeletegood sharing...kena sabar byk2 la kan..kadang2 tu mmg menggugat iman jugak...
Betul tu... Ada anak ni baru faham kenapa dia macam tu.. dulu time MQ blm kwin mesti pelik kenapa mak ayah dia tak pandai jaga ke.. nangis, guling2.. sekrang dh ade anak, rasekan pulak.. ;D
ReplyDeletealolo comelnya muka merajuk dia ;D
ReplyDeletehahaha comel fayel buat muka camtu.mama senyum lebo, fayel wat derk jer. hehehe
ReplyDeletesedih je tengok dia tidur kepenatan lepas nangis.. tapi bila fikir balik.. kelakar pun ada.. bersungguh-sungguh nangis dengan harapan dapat yang dia nak.. hehehe..
ReplyDeleteBagus info mimy....tantrum mmg selalu terjadi pada anak2 hendak membesar...kena kumpul ilmu mcm kak mimy nih if esk anak2 Umi Qi jd cm nih...great info...ada pernah google x sis mimy dlm youtube kisah tantrum anak2 boleh diatasi dgn bau-bauan seperti bau lavender...ada tertgk video tantrum org putih tuh bg bauan dlm botol kecik terus kids tuh tenang dan senyap...tp kt malaysia x juai that tantrum solution...
ReplyDeletehmmmgood info.selama ni xtau pon.tp simptom tu ada kat anak makcik i.kalo org marah.hentak kepala kt dinding.
ReplyDeleteok part ketuk kepala dengan barang mmg lawak...kalau naila buat gitu kat mama dia,siap la...hahaha...
ReplyDeleteerrrr....baru tau pasal tantrum eh apa nama dia...lupa dah...hihhi...rasenye annaila dah menampakkan ciri2 tu...kuat merajuk, kuat marah...cuma kalau merajuk tu nampak manja siket la...(merajuk : sembam muka smbil jeling2 kat kita nak suruh pujuk...)
Good info kak.mimy! Hussein pon macam dah nak start tantrum jugak kadang2. Time kene tido dalam crib. nanges sampai dekat sejam! Last2 bapak die tak tahan,suh bagi tido ngan kitorang.huhuhu
ReplyDeletebuat child lock klu fayel dlm kete
ReplyDelete