08 October 2008

Jangan Berkahwin Dengan 9 Sebab

Janganlah berkahwin seandainya atas sebab.....



1. Harta

Tidak ada gunanya hidup harta banyak tetapi tanpa cinta.
harta boleh datang dan pergi setiap saat.
"Cinta" yang sesat dan sesaat dapat diperoleh setiap saat,
tapi cinta yang sejati tidak dapat dibeli dengan harta.


2. Perasaan Asmara

Rasa tertarik, simpati, merupakan
asmara yang sering disalah erti sebagai cinta.
Asmara itu bukan cinta. Asmara cepat berubah
oleh rupa, harta, tempat dan keadaan.
Asmara itu buta, tidak tahan lama dan tidak tahan diuji.
Cinta perlu diuji dalam suka dan duka dengan mata terbuka.


3. Rupa Saja

Kecantikan yang diluar memang indah,
tapi dapat luntur termakan umur.
Utamakanlah kecantikan yang di dalam.


4. Belas Kasihan

memang baik dan harus ada dalam hidup kita,
tapi tidakboleh menjadi dasar perkahwinan.
belas kasihan boleh luntur, tapi kasih tidak berkesudahan.
Dasar perkahwinan adalah kasih, bukan kasihan


5. Untuk Kepuasan Seks Sahaja

Memang seks suci dan penting dalam hubungan suami isteri,
namun tidak boleh menjadi tujuan utama dari perkahwinan.
Seks hanyalah salah satu bahagian dari perkahwinan.
Orang yang hanya mengejar kenikmatan seks
akan kecewa dan terjerat oleh kesusahan
yang diciptakannya sendiri.


6. Paksaan Keluarga

Seorang anak harus Berbakti kepada keluarga,
namun tidak boleh menyerah dalam hal perkahwinan,
kalau mereka memang salah dan anda benar.
Berdoalah dan berikanlah penjelasan kepada mereka,
jangan dengan kekerasan.


7. Desakan Usia

Bila usia sudah menjelang senja
dan rakan-rakan sudah berpasangan,
orang akan mulai gelisah (terutama pada wanita).
Banyak orang akhirnya "yang penting ada."
Jauhilah tindakan tersebut.
Sabar dan yakinlah bahwa Tuhan sudah
menyediakan yang terbaik untuk anda.
Jangan takut kehabisan jatah dan kadaluarsa.


8. Untuk Membalas Jasa

Orang yang telah berbuat baik perlu dibalas,
tapi jangan dengan perkahwinan.


9. Jangan Berkahwin sebab inginkan Anak

Kerana anak yg ramai belum tentu akan membahagiakan ibubapanya.cuma anak yg soleh dan solehah shj yg akan mendoakan kesejahteraan kedua ibubapanya didunia dan diakhirat.




Selain itu korang fikirlah sendiri................!

No comments:

Post a Comment