27 June 2013

Fayel Demam untuk Kesekian Kali nya Ini Tahun 2013

Setelah antibodi badan bertahan selama 6 bulan tak demam...akhirnya demam datang juga pada Fayel semalam....balik keje Tok mak dah bagitau...Fayel dedar....tadi muntah...badan panas...ahh sudah memang demam....sian nya anak mama....:(...walau demam tapi dia nampak aktif lasak lagi tapi merengek aje la....tapi kaki tangan tetap sama tak duk diam...

Fayel last demam masa bulan 12 2012..masa tu pun dia baby lagi tak pandai jalan ....so peel demam dia lain la sikit...agak behave la melepek je....now 6 bulan dah berlalu dah jadi toodler...kira pengalaman pertama aku la handle anak demam dah pandai cakap sikit sikit...dah boleh berjalan...kira cabaran gak la...nak bg makan ubat dah pandai menepis...pastu cakap nanak...hamboii

Lama tak Overtime tengah malam anak sakit...malam tadi overtime bergilir gilir dengan EA...memula aku tido dulu kul 10 malam dah lelap...Fayel still melasak lagi....kul 1.30 pagi aku berjaga...lap lap kan badan dia...huishh susah nya alahai...dia menepis nya siap mengamuk...Fayel ni kalau demam dia tak nak aku...dia lebih ke papa dia....papa dia pun lemah ar anak duk sebut...papapapapaap....hahahah...so tak dapat la dia menkrooh tido....

Sampai kul 3 pagi aku pantau Fayel...nak tunggu dia nyenyak tido aku nak basahkan kepala dan badan dia....tetap la tido celah ketiak papa dia ...angkat baringkan pun dia sedar nak juga papa..hmm ok baiklah...bau ketiak papa dia baru la nyenyak sampai pagi...dah nyenyak tu memang keje aku la lap satu badan...basahkan kepala...

Untuk demam kali ni aku mencuba kaedah natural remedies....baru berkesempatan mencuba sebab Fayel baru demam ini kali...kaedah pertama aku bakar garlic lumatkan dengan minyak zaitun ruqyah sapu kat tapak kaki dia sarung stokin yang direndam....kaedah kedua aku masak air barli cengkih gula batu bagi Fayel minum ganti air suam...harap nya mujarab la...kalau still panas tinggi nampaknya petang ni kena gi jumpa doctor la...di kala anak demam ni pun aku still keje...harapkan tok mak tolong pantau...apa pun tunggu mama balik petang ni sayang Fayel....cepat sembuh tau....lama tak demam kan...sekali demam teruk deritanya...sian dia...poor baby



Petang semalam budak demam pun tangan tak reti duk diam

Hmmm bersepah jugak merata makanan...nak marah tak boleh kesian kat dia demam..bertabah la

Muka Aaron Aziz masa baby ehehehhehe....opssssssssssssss

Demam demam pun nak melasak....tak reti diam

Kaedah Natural remedies...garlic bakar


Lumat lumat dengan minyak ruqyah zaitun kasi tampal kat tapak kaki

Keadaan pagi tadi ...kesian nengok...:((...tengah nyenyak tu boleh letak kain basah kalau tak mengamuk

 Susah hati papa dia nak gi keje...anak duk sebut papapapapapapapa...alahai


 Budak manja...nak papa je...mama tak nak...Fayel kalau demam dia lebih suka papa dia dari mama....

Walau anak sakit tetap ke opis...sebab malas nak dengar bos aku argue asik mc la al la...nasib EA hantar today...take a nap kejap dalam kete...




SEMOGA ANAKKKU DIBERI KESEMBUHAN DARI SEGALA PENYAKIT...AMIN...TAKE CARE FAYEL....MOM LOVES U







Important : Declaration of images are the intellectual or personal property,image usage is strictly prohibited without the written consent of the blog owner,Failing which may result in possible legal action against the involved party using the image. MIMY HAMID

26 June 2013

Menjenguk 3 M - Mommycha, Mikayla, Mikhail

Hadoyaiiii benci tul ar …pic gathering sampai sekarang tak boleh upload…excited nak story mory tergendala …kang terbengkalai…apa problem ni haa…gambar tak boleh upload….memanjang loading….dari pagi aku upload sampai ke petang la duk gitu…hmmmmmmmmmmmmm…spoilt

Lama menunggu aku citer after selepas gathering la eh…after gathering jalan dulu kat Jusco AU tu pastu ada plan lain nak ke Putrajaya..whoot whoot…nak menjenguk new baby born MommyCha….mewakili geng mommies jugak….meredah Putrajaya jenguk mommyCha baru bersalin anak no.2…baby girl yeayyyy sudah sepasang…yang first dah jadi abang Mikhail…Abg Mikhail ni sebaya Fayel je…lahir sama bulan…Fayel jugak belum jadi abang hehehe…masih adik lagi …

Aku dengan Mommycha ni rapat jugak…dari kenal sesame pregnant dalam blog aje…silaturahim berpanjangan rapat sebab anak kami sebaya dan saling berkongsi perangai peel hero…dan kami pun sebaya tapi dia panggil aku hakak…cemana tu huhuhu…tak kisah la..…dan sekarang mommycha dah tambah sorang puteri…huwaa nak juga aura baby baru…please please my hubby jangan kontrol brek..kekekekek

Mommycha selamat bersalinkan puteri kedua yang diberi nama Nur Mikayla Aeesha ..hamboi nama…macam mama dia gak ar…Natasha Fareena…glam kan nama Mama dia…teringat masa after bersalin mommycha nangis sebab sakit normal tetiba aku pun menangis huhuhu..sebab tak tau sakit normal camana....masa aku melawat Mikayla dah 30 ++ hari…tido aje la dia manjang…nak ajak main susah gak sebab 2 abam hero Fayel dan Mikha asik datang jenguk je…cuak aku..sampaikan Mommycha tengah breastfeed pun 2 abam ni duk datang terjah selak selendang cover tu…hahahaha…biasa ar bila 2 abam bertemu memang haru la..sorang usik sorang nangis sorang kacau…apa pun tak boleh…

Ok untuk Mommycha selamat menghabiskan sisa pantang yang dah nak habis …selamat berehat panjang …kerajaan maternity 3 bulan tu…wohooo sedap weh cuti lama lemak berkrim…selamat membesarkan putera dan puteri hati…take care ye darling…nanti dah sihat boleh join gathering geng mommies gojes…oh yeaaaaaaa…..sian dia makan hati dengar kitaorang duk gathering birthday sana sini..tungggu kemunculan hot mommycha…serius sejak anak dua ni dia vogue the vass…tetiba tengok badan sendiri..nangis…….!! hahah argg ni stress nak pregnant lagi ni…dengan pantang je la aku confirm kurus…hukhuk


Mari kita ke Putrajaya jom....bukan senang nak kesini ...amat jarang ar kalau takde urusan

Bila dua abam bertemu...bukan ngam sangat pun...kejap baik kejap gaduh hahaha...


Fayel ngaco si Mikha tengah syok layan youtube

Alolo laga pipi ye...sayang mikha...takmo gaduh gaduh ok...kawan baik

Sebab dua dua baik....mama mimy bagi upah....



Mikha dah bengan Fayel nak tengok sorang...dh start dah...hahah

Adik Mikayla gak best ..tido je...tak kisah pun Abg Fayel dan Abg Mikha buat apa

Kami dan anak anak....Fayel dah start ..mikha n Fayel dah start fokus tv...hadoyai fayel ...

Mommycha yang gojes...auww seri tul...nak amik aura pregnant ni...












Important : Declaration of images are the intellectual or personal property,image usage is strictly prohibited without the written consent of the blog owner,Failing which may result in possible legal action against the involved party using the image. MIMY HAMID

Fayel The Drummer

Fayel ada mainan baru ...mainan lama pun...hadiah birthday hari tu...nak harap aku beli mainan memang tak la...huhu kedekut eh mama....bukan kedek...tak nak membazir...Fayel ni bukan sayang harta pun....memula je excited...pastu kasi buang merata dan lempar sana sini....hmmm ...dan bila dah bosan mainan lama baru boleh bukak hadiah..

Oleh sebab rasa Fayel suka sangat mengetuk...hadiah tak boleh bukak semua...bila perlu je buka...ok drum ni dah sampai masa dan waktu sesuai digunakan....ok kita kasi bukak....yeaaaaaaa...aku lak excited....Fayel dah galak kemain suka...pasang siap semua...ready to go Fayel...lets drum....kemain berdentam dentum ngetuk...sekali ngan papa dia pun sama jadi budak kejap ....

Serius aku suka mainan drum ni...nampak stylo mylo ar...ahh ko mainan pun nak stylo ke...huhu...sebenarnnya memupuk mainan melalui muzik adalah baik merangsang perkembangan otak nya...aku ada selit artikel kat bawah nanti baca la eh...so boleh ar Fayel main muzik macam macam ni..ok nanti nak check hadiah dia...so far ada keyboard, piano, gitar, percussion...ok ar tu lenjan ar mainan tu Fayel....




Sumber Google

Peranan Muzik Memupuk Minda Kanak-kanak

MUZIK sentiasa menjadi sebahagian penting dalam sistem pembelajaran kanak-kanak. Misalnya, seorang ibu akan mendendangkan irama lagu semasa mendodoikan anaknya untuk tidur, menyanyikan nada irama kanak-kanak apabila menyampaikan cerita fiksyen atau sejarah, serta aktiviti nyanyi-bersama yang dipelajari kanak-kanak semasa di rumah atau di prasekolah. Semua rangsangan stimulasi ini memberikan perkembangan yang sihat kepada bayi dan kanak-kanak.

Kajian terbaru membuktikan bahawa muzik boleh memantapkan perkembangan bahasa, hubungan bunyi-perkataan, keupayaan matematik kanak-kanak dan sesetengahnya meningkatkan keupayaan intelektual kanak-kanak.

**untuk baca seterusnya klik kat BACA SETERUSNYA dibelah kanan kat bawah.



Pada trimester ketiga pembesaran janin, otak sedang membuat persediaan untuk operasi lengkap. Oleh itu, ia mudah menerima sebarang bentuk informasi. Ketika itu, telinga fetus telah terbentuk sepenuhnya dan perlahan-lahan mula mengenali suara ibu dan bunyi sekeliling.

Pada peringkat ini, Stimulasi Prenatal adalah digalakkan kerana kaedah ini melibatkan pelbagai rangsangan seperti bunyi, gerakan, tekanan dan getaran unuk berkomunikasi dengan bayi anda sebelum bayi dilahirkan.

Pada peringkat ini, bayi mula belajar mengenali dan bertindak-balas kepada rangsangan berbeza yang membantu dalam perkembangan fizikal, mental dan deria mereka. Latihan ini membantu mengukuhkan ikatan hubungan ibu dan bayi, serta membantu dalam perkembangan emosi dan potensi intelektual bayi.

Dalam tempoh sebelum dan selepas bayi dilahirkan, muzik klasik telah diyakini dapat memberi pengaruh yang kuat terhadap kepintaran kanak-kanak. Tetapi kajian menunjukkan bahawa walaupun kebanyakan degupan jantung bayi bertindak balas terhadap muzik klasik, tiada kajian yang dapat membuktikan bahawa bayi hanya menggemari muzik klasik.


Kepelbagaian muzik

Kebanyakan pakar kanak-kanak akan bersetuju bahawa kesesuaian muzik untuk bayi dan kanak-kanak adalah tidak terhad, asalkan muzik tersebut tidak terlalu kuat atau menyakiti telinga bayi.

Kepelbagaian jenis muzik berguna untuk masa depan bayi anda kerana ia memupuk kemahiran menulis, membaca dan perbahasan, kata Dr. Lihanna Borhan, pensyarah Perkembangan Kanak-kanak di Universiti Malaya.

Baru-baru ini, ibu bapa di Malaysia telah dibanci tentang dua soalan berhubung muzik dalam perkembangan awal anak mereka melalui Tinjauan Pendapat Ibu Bapa Bijak yang dikendalikan oleh Mead Johnson Nutritionals.

Salah satu soalan yang dikemukakan mengkehendaki ibu bapa memberikan pendapat mereka sama ada muzik membantu anak mereka belajar dengan lebih baik.

91 peratus ibu bapa yang dibanci bersetuju dengan persoalan tersebut dan memberikan kesimpulan bahawa lebih ramai ibu bapa kini yang terdedah kepada sumber-sumber yang membantu dalam perkembangan awal anak-anak mereka termasuk muzik.

Satu lagi soalan yang dikemukakan adalah pilihan ibu bapa terhadap muzik klasikal atau muzik pop untuk anak mereka. Ia memberikan tindak balas bercampur kerana 57 peratus memilih muzik klasik manakala 43 peratus memilih muzik pop.

Walaupun majoriti ibu bapa menjawab ya, terdapat golongan ibu bapa yang berpendapat bahawa muzik pop juga bersesuaian. Ini mungkin boleh dikaitkan dengan bagaimana cara ibubapa pada masa ini menggunakan muzik sebagai alat pembelajaran.

Apabila bayi anda mula membesar, dia mula bergoyang, bergerak dan menari mengikut irama muzik. Semua bayi mempunyai naluri deria irama dan menggemari muzik. Ingat lagi irama kanak-kanak yang anda pelajari di zaman kanak-kanak? Jika anda suka menyanyi Twinkle Twinkle Little Star, begitu juga dengan bayi anda.


Perasaan

Ibu bapa juga boleh mengetahui perasaan bayi anda dengan mengaitkan muzik atau bunyi yang menghasilkan reaksi tertentu. Misalnya, apabila bayi atau anak anda tidak gembira, ibu biasanya akan mendakap anak mereka, mendendang atau mendodoikan anak dengan irama muzik.

Tidak kisahlah jika anda boleh menyanyi dengan sedap atau tidak, nada yang tenang atau melodi yang mendamaikan di sebalik suara ibu membantu menenangkan emosi bayi. Ringkasnya, bunyi yang tenang mempunyai kesan menenangkan terhadap bayi.

Lagu pop atau rancak boleh meningkatkan semangat kanak-kanak, menjadikan mereka gembira dan bertenaga, apabila mereka menari mengikut irama muzik. Sebaliknya, muzik klasikal membantu mengekalkan perhatian dan tumpuan kanak-kanak, menjadikan mereka tenang dan patuh.

Dalam usia enam tahun pertama mereka, kanak-kanak boleh berlagu mengikut irama apabila mereka cuba membezakan deria dan bunyi dari irama muzik serta memperoleh penyampaian visual bunyi tersebut.

Proses mendapatkan maksud dari bunyi merupakan kunci utama untuk permulaan kanak-kanak dalam perkembangan bahasa.

Semasa usia bertatih, anak boleh menentukan penekanan terhadap bunyi seperti Tidak dan Berhenti, diikuti oleh bunyi geram, nada tinggi atau lain-lain konotasi agresif.

Ini juga boleh digunakan untuk perkataan positif seperti, Baik, Bagus atau Hebat. Kanak-kanak berupaya untuk mentafsirkan maksud melalui nada perkataan; umumnya jika apa-apa perkataan yang diucapkan tidak mempunyai ritma yang betul, tidak ada seorangpun yang boleh memahaminya.


Otak kiri

Pada bahagian kiri otak, terdapat Kawasan Broca yang juga dikenali sebagai Memori Tugasan Verbal. Bahagian otak ini mengendalikan semua simpanan dan pemprosesan informasi verbal, serta peranan penting pemprosesan bahasa. Semasa usia awal perkembangan kanak-kanak, mendengar adalah lebih baik dari membaca, sering dianggap sebagai bentuk pembelajaran yang efektif.

Memandangkan bahasa ucapan biasanya sementara, apa-apa bunyi yang tertinggal di belakang disalurkan dengan cepat dan disimpan dalam otak untuk rujukan dan perkaitan di masa depan. Oleh itu, pemahaman mendengar mengesyorkan bahawa lebih banyak pemprosesan semantik dalam Kawasan Broca.

Misalnya, dalam bahasa Mandarin, setiap suku kata dan nada adalah penting dalam membezakan di antara satu perkataan dengan perkataan yang lain; jika diucapkan mengikut tahap nada yang berbeza, perkataan mi mungkin bermaksud untuk mengecilkan mata, nasi atau kebingungan.

Muzik juga memiliki keupayaan memulih ke atas kanak-kanak. Mengikut hasil kajian yang dijalankan oleh Stanford University telah mendedahkan bahawa muzik meningkatkan pembacaan untuk kanak-kanak dileksia.

Seperti yang dinyatakan dari awal, pengalaman muzikal boleh meningkatkan keupayaan otak untuk mengenalpasti dengan cepat perubahan bunyi dan nada.

John Gabrielli, bekas Profesor Psikologi Stanford menekankannya dengan berkata: apa yang ditunjukkan oleh kajian ini, yang penting, terdapat aspek tertentu bahasa... Yang berubah dalam minda dan otak manusia dengan latihan muzikal.

Kajian dijalankan turut mencadangkan bahawa memainkan alat muzik mempunyai faedah kognitif, walaupun tahap ukurannya belum ditentukan.

Di dalam artikel adakah muzik menjadikan kita lebih pintar? (Does music make us smarter?) oleh BabyClassroom.com mengaitkan muzik dengan perkembangan awal otak.

Mereka memetik kajian oleh Dr. Frances Rauscher dan Dr. Gordon Shaw yang menunjukkan bahawa kanak-kanak prasekolah yang mengambil pelajaran muzik menampilkan keupayaan pemikiran spatial dan temporal (yang merupakan asas penting untuk matematik dan sains) dan prestasi yang lebih baik dalam menjalankan tugas dibandingkan rakan mereka yang tidak mengambil pelajaran muzik, termasuk mereka yang mengambil pelajaran komputer dalam tempoh yang sama.

Selain daripada itu, muzik juga telah dikaitkan dengan peningkatan celik huruf. Malah, muzik sememangnya menjadi komponen penting dalam perkembangan bahasa kerana ia merupakan cara yang baik untuk melibatkan kanak-kanak dalam menerokai bunyi dan perkataan, manakala irama pula alat yang berguna untuk meningkatkan memori. Contoh terbaik adalah lagu huruf. Sesetengah orang dewasa masih menyanyikan ABCDE hingga Z untuk membaca huruf.

Dengan pendedahan muzik dan latihan muzikal, anak anda berupaya untuk memahami maklumat baru dengan lebih baik dan cepat, kerana muzik meningkatkan keupayaan mental.

Satu lagi faktor positif muzik adalah ia merangsang keyakinan dan harga diri anak anda. Ya, muzik boleh memberikan faktor penting untuk perkembangan dan pembesaran kanak-kanak. Bagaimanapun, ibu bapa dinasihatkan tidak menggunakan pelajaran muzik yang boleh memberi tekanan kepada anak-anak sehingga melampaui keupayaan mereka kerana ini boleh memberikan akibat negatif.

Keseronokan adalah kunci kepada apa jua proses pembelajaran dan ibubapa perlu sentiasa bersama anak dan berinteraksi dengan mereka untuk memperoleh sepenuhnya kreativiti anak mereka, meningkatkan kemahiran motor atau mengatasi halangan kognitis anak mereka.

Menyanyi, bermain dan menarilah bersama anak anda, kerana tiada pembelajaran yang lengkap tanpa ibu bapa.


* RENCANA ini disumbangkan oleh Mead Johnson Nutritionals dan merupakan sebahagian daripada empat rencana merangkumi Smart Music (Bijak Muzik), Smart Language (Bijak Bahasa), Smart Play (Bijak Permainan) and Smart Nutrition (Bijak Nutrisi).




Eceh ceh over excited anak bujang ni...rockstar konon...yeayyy Fayel the Drummer...sampai pecah la dia duk bantai ketuk...huhuu..ganas betul





Tetiba timbul idea untuk besday 2 tahun nak buat theme rockstar...ehhhhh...kata penat surrender...huhuhu tengok ar camana...2 tahun nak buat ke tak tengok bajet...rasa macam nak buat....huhuhu






Important : Declaration of images are the intellectual or personal property,image usage is strictly prohibited without the written consent of the blog owner,Failing which may result in possible legal action against the involved party using the image. MIMY HAMID

25 June 2013

Mama Fobia Fayel Menyakat...Lariii

Errr bengang ni nak upload pic gathering tak lepas dari pagi tadi...maka entry draft terpaksa la di keluarkan...aku nak cerita pasal perangai Fayel yang suka menyakat mama nya....muahahaha....ada yang tau dan tak tau kot kan...aku ada satu fobia sejak dari kecik sampai la sekarang....fobia nya aku takut ayam !!!!!...yer takut tengok yang real....tapi makan takpe ngeeeeeeeeeeeee laju aku habis kan....lagi lagi KFC kan....tak takut pulak...coiii...

Masalah fobia ni memang bukan main main eh...so ko jangan mencuba nak try tunjuk ayam real ke gambar ke....ko nak aku pitam pengsan sila buat ...huuhuh...selalu masalah bila balik kampung ...ayam kan banyak berkeliaran..serius aku cuak ketakutan....satu hal la selalu jadi diva duduk dalam kereta till semua ayam ayam dah di syoh syoh kan kena halau...hehehe..

Sebab fobia ayam...tengok ayam dalam tv pun aku tak rela..lagi lagi kalau drive tetiba nampak lori ayam dalam bakul tu..auwwwwwwwww seram ko...mau gigil kaki tekan pedal minyak...kasi pecut la....hahaha...kalau boleh pecut...tak boleh pecut tetiba traffic light merah memang tak toleh kiri kanan la...kejung la dalam kete....berpeluh basah bagai la...tahan takut...

Dengar macam pelik kan..fobia ayam tapi ini lah hakikat nya...betul bukan cobaan...sometimes akan menjadi bahan usikan kawan kawan yang tau ...iskkk geram hoiii...aku paham kadang diorang nak bagi aku berani...tapi aku tetap tak berani menghadapi fobia ayam itu...dulu aku nak pegang ayam masak pun aku takut...now dah ok sikit tapi aku dah bgtau EA pastikan ayam tu dah siap potong..kepala dan kaki jangan ada...kalau tak aku buang ayam ...hehehehe....

Kini aku dah ada anak...semakin dia besar semakin dia suka explore...nak pulak pasal binatang...aku pasti semua budak suka kan binatang...aku kononnya tak nak bagi Fayel kenal Ayam heheh kang tak memasal nak bela Ayam ...pitam aku oiii...aku lebihkan kucing kat dia ...tapi Fayel tak minat kucing ...dia sangat suka Ayam....huwa huwaaa...why why ayam??? pleaseeeeeee....ni EA la ajar....

Sampai aku pernah cakap kat EA...kalau Fayel tanya ayam apa ma....cakap je KFC habis citer...ko tengok la sampai gitu la fobia aku...yang aku pasan dia memang suka Ayam...kalau tengok ayam mata ralit je...hoii mama tak sukeeeeeeee...dia pun semacam tau mama dia takut ayam..apa tak nya asik la duk baca buku Animal ..buku animal ni gambar binatang bukan kartun tapi real punya..seramm...tapi selak punya selak tang Ayam je dia tengok...satu hal lagi...saja je datang kat aku .."Ma yam"...erkkkkkkk no Fayel please...kelibut la aku tutup mata...lagi aku tutup mata lagi la ggih dia bangun duk tunjuk ...papa EA kemain kan saja gak nyakat...gi kat mama..."ma yam"...sudahnya sampai sekarang dia akan gelak kalau bukak buku Animal tu...kadang nak gelak pun ada sebab anak pandai nyakat ..dalam masa yang sama nak menangis sebab takut huhuhu....fobia oh fobia



Percubaan mama halang baca buku Animal hahaha..teruk ar mama ni

Apa gelak gelak eh...nak start kaco la tu

Mulut tu tak habis habis sebut "yam yam...ma yam"....

Aku tutup mata...dia gelakkan aku...selak la selak tetap pic ayam

Sudah sudah la tu book Animal ..book lain ada

Haiyoo gigih bangun nak tunjuk pic Ayam..larikkkkkkkkkk


Itu dia Fayel start bangun dah....lariiiiiiiiii mama lari...Ayam kejar












Important : Declaration of images are the intellectual or personal property,image usage is strictly prohibited without the written consent of the blog owner,Failing which may result in possible legal action against the involved party using the image. MIMY HAMID

Merajuk Dengan Megat Nufail Anaqi...

Semalam Megat Nufail Anaqi memang betul buat perangai ....geram geram...tanpa aku sedar aku menangis dan jadi merajuk....hahahah...serius aku merajuk dengan Fayel...dengar macam lawak je kan...tapi benda ni spontan...yer Fayel kecik lagi pun...buruk muka oii merajuk ngan budak kecik hehehe...

Fayel dari aku balik semalam satu satu perangai protes dia tunjuk...ni gara gara tak dapat keluar ronda petang sebab cuaca berjerebu teruk....balik amik dia dari rumah tok mak terus kunci rapat pintu semua...tetiba semendan la dia mengamuk sepak pintu...terkejut tengok reaksi dia gitu...urut dada aku...sabar mommyyyyyyyy

Ok lepas maghrib setel nengok tv...elok je frame atas tv...tetiba dia amik nya...duk pijak...patah wehh...huhuh..setelah sekian lama ada je kat atas rak tu..takpernah dia amik...frame tu pic kawen mama papa dia....pijak tu satu hal...kalau kaca pecah masuk kaki dia camana...aduhai geleng kepala....

Tengah rancak nengok masterchef selebriti sambil Fayel pun duk sebelah sekali..elok je dia duduk..tup tup tetiba berlimpahan air susu tumpah...bila masa ntah dia main puting botol masuk termasuk dalam...dia tumpah selamba aje....huwaaaaaa time ni aku memang sangat marah...tak sedar aku jadi tarzan terjerit...

Dah la tarzan terjerit...papa EA marah aku pulakk...sentap mak...Fayel pun pandai kan selamat kan diri lari kat papa...dah mama kena bising ngan papa....ok fine...aku terus merajuk tak kemas apa pun...aku tido....aku nampak Fayel pandang je aku....kemain gigih dia nak amik hati baring celah ketiak...kiss mama...papa pun sama minta maaf guna anak...Fayel say sorry mama...hmmmmmmmmm serius sedih weh...Fayel kemain peluk peluk manja mama dia...huwaaa mama sangat merajuk....terasa betul hati ...terasa Fayel tak sayang mama sampai buat mama marah....

Beginila perasaan eh kita selalu je buat mak kita terasa hati...serius i'm touch ...ni baru Fayel kecik....belum besar lagi ada banyak lagi journey yang akan aku lalui....bertabah la wahai mama...kita sedang diuji....sabarrrrrrrrrrrrrrrrrr...




Kena bebel ngan mama sebab sepak pintu tak dapat keluar....menangis beria

Berebut nak Frame 

Akhirnya berkecai kena pijak...nasib kaca tak pecah


Pertumpahan susu berlaku...selamba je kannn..puting dah termasuk dalam botol tu...



BANGUN PAGI DAPUR BERKEMAS....PANDAI PULAK KEMAS RUMAH YE PAPA ....KALAU TAK KERANA MERAJUK KANNNNNNNNN...MERAJUK SELALU LA GINI








Important : Declaration of images are the intellectual or personal property,image usage is strictly prohibited without the written consent of the blog owner,Failing which may result in possible legal action against the involved party using the image. MIMY HAMID

24 June 2013

Koleksi Kasut Fayel By Jusco Yang Murah ....

Semalam ahad alkisah aku ada gathering dengan Geng Gojes Blogger Supermum & Baby...memula plan buat kat Taman Layang Kepong...disebabkan jerebu venue tukar ke indoor ..maka pertemuan berlangsung di Kidszoona Aeon Setiawangsa AU temapt indoor playland kanak kanak... ...bagus gak sebenarnya tukar lokasi ke ..tempat yang sangat sesuai....selain kanak kanak pun happy...aku pun happy gak..yeayyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy...why why...sebab situ ada Jusco berhantu...muahahaha..kenapa berhantu...aku kan Jusco tak dapat dipisahkan...tempat soping ku .....citer gathering nanti la eh....gambar ada banyak....tak larat nak buat caption hehehe...

Motip utama nak citer pasal sambil menyelam minum air....ye sambil bergathering lepas tu sambil cuci mata dalam jusco...konon la kan cuci mata....kebetulan pucuk dicita sangat....Jusco hantar sms suruh redeem point sebelum 30 June...EA pun ada ...aku suruh dia collect voucher...Jcard adalah atas nama EA ye..tapi sopingan bini yang lenjan hehehe....so kalau ada voucher boleh la soping sikit sikit apa pakai voucher....yeayy kami dapat voucher RM40..ok la tuu...simpanan aku hasil soping jcard ada RM50...mari la guna kan secara kebetulan dah ada ni...

Belek belek dalam jusco terus terjah bahagian kids...bahagian aku tak de apa sangat nak menarik...lagipun aku dah soping baju online ...kali ni untuk Fayel la....papa EA mmg tak nak memanjang...dia mana kisah soping ni....beralah katanyaaaaaaa...ok takpe kita beli untuk anak...baju tak de yang berkenan...sekali ternampak longgokan kasut...dah dasar mama Fayel pengila kasut kan...harus la situ yang diterjah nya...hehehe...tengok harga RM15 sepasang...apa test acu kaki Fayel...ada size..cantekkkkkkk....rembat 3 pasang ..baru RM45...apa la sangat bayar pakai voucher kan...hihih..jimat ko...terbaik...so Fayel dah tambah koleksi kasut baru untuk bulan ini 3 pasang....nasib la Fayel dapat mama suka nau kasut....walau baby boy kasut kena tukar jugak ikut baju hehehe..baru stylo...


Geng Gojes Blogger Supermum & Baby gathering yawwwww @Kidszoona Aeon Setiawangsa AU...tungggu story pasal gathering happening ni

Yang penting lokasi gathering adalah best sebab ini...dapat la menyoping ..nah beli kasut anak pun dah rasa seronoknya shopping

Yeayy koleksi kasut Fayel untuk bulan ini...terbaik mama suka....


Nanti boleh tukar pakai ikut kesesuaian baju....yg tengah tu aku suka nauu sebab high cut...EA tak kenan dia kata dah macam safet boots dia...nak keje site ke...hahahaa..

Murah aje RM15 tu pasal beli 3 terus...suka la bayar pakai voucher je..:))

Brand Royale Kids size 7 bersamaan 26 untuk Fayel....memang beli besar 1 inci ..kaki budak cepat membesar 












Important : Declaration of images are the intellectual or personal property,image usage is strictly prohibited without the written consent of the blog owner,Failing which may result in possible legal action against the involved party using the image. MIMY HAMID

Penangan Lunch Sushi King 2 Hari Berturut

Phewwww akhirnya dapat jugak upload pic dan berblogging...ya ampun apa masalah blogspot ni...ke memang masalah teknikal opis aku ni...nak tunggu load gambar...aduyai macam tunggu buah tak gugur...benci...tunggu lama sangat mood blogging aku jatuh ke laut sudahnya.....banyak story mory dalam draft...aku buka window banyak n upload semua hew hew.....penuh gamak nya window aku...settle gambar baru cerita...so hasil menunggu gambar upload start dengan cerita makan la...

Sejak dah merasa rasa sushi king ...aku adalah ketagih hahaha...tekak jepun la ko sekarang kan....salahkan opis matte aku Kak Shyda...dia la ngajor...last week ada promo bonanza makan sushi plate RM3...ohoiiii pitam la dengar RM3....tapi syarat nya kena ada member card....disebabkan nak makan sangat sushi...Kak Shy sanggup tu nak sign up jadi member....hewwww....penangan bonanza punya pasal....last week our big boss CIA is away overseas...apa lagi lenjan ar lunch hour ke Mid Valley...jom terjah...

Geng secretary GIA semua turun Mid Valley semata nak berselera jepun...lunch makan sushi...ko ado hahaha...jangan gelak eh...pulut sushi tu telah mengenyangkan tekak kitaorang kebulur sushi ni...masa diberi 45 minit je....jadi dalam masa 45 minit sila la habiskan makanan sushi eh...plate lalu amik makan...dan lagi lagi lagi...sampai memasing perut dah kekenyangan...masa ada 20 minit lagi...huwaaaaaa...kenyang wehh...serius best...lenjan sushi...sampai tak sedar la sebanyak 26 plate berjaya dibaham oleh 4 secretary kelaparan...

Tak puas makan 26 plate kan....esok nya kitaorang repeat lagi..tapi kali ni tak makan sushi...bonanza hanya ada sushi saja...kali ni nak pekena yang grill, tempura...oh sodap nya....since boss cuti lagi...lunch hour lenjan lagi ke MV...weehooo....makan tempura uolsss...terbaik la...2 hari berturut lunch sushi king....pastu poket rabak hehehe...nasib minggu ni gaji....lega...duit dah habis makan sushi king punya penangan ni....hehehe...



hewhew Bonanza 3 days....makan sushi sampai lebam RM3 sajo...

Bersabar menunggu tempat ...4 secretary kelaparan nak selera jepun


Lunch hour kami bersama sushi...oh yummmy ...sedap wehhhhhhhhhhh

Sedar tak sedar 4 orang makan 26 plate...huhuhu

Pastu sempat pulak ke Baskin Robbin...2skoop besar aiskrim pemanis mulut katanyaaaaa

Belanja mereka aiskrim sorang 2 skoop pulak....makan la ye semua ai belanja ni

Keesokan hari nya bersushi king lagi.....tapi 3 orang je join....

My feberet selain sushi....aku suka octopus , jelly fish, salmon...cicah kicap wasabi...pehh terbaikkkk

Hidangan lunch yang diidam kan....set tempura.....serius best...puas hati ar bersushi tengah bulan....pastu rabak poket heheheh...janji puas makan ye dak









Important : Declaration of images are the intellectual or personal property,image usage is strictly prohibited without the written consent of the blog owner,Failing which may result in possible legal action against the involved party using the image. MIMY HAMID

21 June 2013

upload dari handphone

testing ...sengal ar pc opis tak blh upload gambar...spoilt tul...mana blh citer tanpa gambar blog hambar ko...kayu...huhu...bila blh upload gambar ni hahhhh...habis citer terbengkalai